Berlabuh sudah tirai 2008. Tirai 2008 berbeza sekali dengan tahun-tahun sebelumnya. Saya cenderung menyatakan 2008 merupakan tahun persimpangan dan juga tahun ‘unprecedented’.
Ia dikatakan tahun persimpangan kerana 2008 banyak meninggalkan masalah tertunggak. Api masih menyala di sana sini. Walau pun ada yang padam tapi puntung masih berasap. Masalah tertunggak ini bakal memberi kesan kepada lanskap masa depan negara. Isu-isu. politik, perkauman,jati diri bangsa,budaya, agama dan ekonomi sedang berada di persimpangan yang tidak mempunyai tanda arah untuk diikuti.
Tidak diketahui mana satu jalan mati dan mana satu jalan yang seharusnya dilalui. Kerajaan dan rakyat tiada pilihan. Mahu tidak mahu keputusan terpaksa dibuat. Jika terpilih jalan mati, maka jawabnya, semua kenderaan yang membawa masalah tertunggak ini akan tersendat. Ke depan tidak boleh, ‘reverse’ tak boleh dan kalau buat ‘u-turn keadaan akan lebih bersimpang siur.
Dikatakan pula ia tahun ‘unprecedented’ kerana 2008 adalah tahun di mana berlakunya peristiwa-peristiwa baru yang belum pernah terjadi atau peristiwa lama yang berulang kembali tapi baru dirasai oleh sebahagian besar generasi Malaysia.
Terbentuknya kerajaan majoriti mudah, tindakan memperlekeh supremasi kaum, tuntutan kaum yang melebihi had kredit, perangkap agama melalui rumah ibadat, berselindung di sebalik bahasa kebangsaan untuk menyebar fahaman agama, penghinaan terhadap nabi saw, kebijaksanaan Majlis Peguam memanipulasi ‘loop-hole’ yang terdapat pada sistem perundangan dan perlembagaan negara, percubaan mendefinisi semula tiap sesuatu yang telah menjadi kelaziman (walau pun telah terbukti memberi kesan baik kepada negara dan keharmoniannya), percubaan memberi persepsi baru terhadap kebebasan mutlak dan persamaan hak, adalah antara isu-isu tertunggak yang masih mengeluarkan asap tanpa henti dan bila-bila masih boleh menyala.
Masalah kelembapan ekonomi dunia dan ketahanan negara dalam menghadapi krisis global yang sedang berlaku serta kesan domino seperti masalah penutupan kilang dan industri, penarikan keluar pelaburan langsung dari dalam negara, pemberhentian besar-besaran pekerja dan masalah pengangguran adalah di antara isu-isu yang bakal memberi cabaran besar kepada negara. Pendekatan ‘cegah dan rawat’ yang betul dan tepat amatlah diharapkan dari kepimpinan baru negara.
Tidak kurang pentingnya, fenomena berpolitik tanpa sempadan samada dari pihak pembangkang, peringkat komponen parti mahu pun yang terbit dari dalam parti (umno) adalah di antara ancaman politik baru yang jika gagal ditangani akan terus menyebabkan Umno/BN dalam kesulitan.
Sempadan yang dimaksudkan di sini adalah sempadan agama, bangsa, perpaduan nasional, ketaatan kepada negara, etika politik dan juga moral. Politik mutakhir menampakkan kepada kita segala sempadan ini telah robek dan runtuh diinjak oleh nafsu politik ‘asal beroleh kuasa’.
Kebijaksanaan, pegangan prinsip, keberanian politik, tindakan rasional, kefahaman dan ketajaman politik serta konsistensi perjuangan adalah antara ramuan kepimpinan terpenting yang seharusnya ada pada para pemimpin pemerintah sebagai taruhan kepada semua usaha memadam nyalaan api dan puntung yang masih berasap.
Persoalannya, mampukah tahun 2009 dan seterusnya menjanjikan sesuatu yang meyakinkan dalam usaha melunaskan segala masalah tertunggak ini? Seterusnya dapatkah kita melihat negara ini kembali kepada keadaan selamat aman dan makmur seperti yang pernah dilalui dikebanyakan masa?
Apakah lanskap masa depan negara dari sudut ekonomi, hubungan kaum, perpaduan nasional dan keharmonian antara agama dapat distruktur dan direkabentuk semula mengikut keseimbangan komposisi yang berdasarkan realiti semasa, realiti sejarah dan asas permuafakatan yang akhirnya dizahirkan melalui naskah perlembagaan yang ikat mengikat sifatnya?
Secara analogi, bukankah molek jika konsep lanskap masa depan negara direkayasa semula dan menghasilkan konsep lanskap kontemporari ala Malaysian berasaskan naskah perlembagaan dengan terus berpegang kepada asas komponen kepribumian yang bersulamkan rekabentuk yang diadaptasi sebahagiannya dari warisan cina dan india?
Api padam puntung pun hanyut…
"bersulamkan rekabentuk yang diadaptasi sebahagiannya dari warisan cina dan india?"
ReplyDeleteNanti hilang jatidiri Melayu pula Tuan. Jika kita berfikir terbalik, pernahkah mereka menyulamkan kepunyaan mereka dengan warisan Nusantara/Melayu?
Kedua-dua soalan mempunyai jawapan yang seakan-akan sama.
wassalam.
Assalamualaikum Sheikh..
ReplyDeleteApo yang kau tulih tu den setuju lakolah tu..den tak nak komen yg kau tulih ni doh..
Cubo kau tanyo hishamudin,,sughuh dio masuk an balik pelajaran sejarah yang kito belajar kek sekolah rondah dulu..sobb ado manusio yang tak tau sejarah dan ngobaan chin peng tu pejuang kemerdekan..ghoghamm mek2 den maco err..memang gampang boto lah..mampuh tak ondak deh doh..!
Harimau-menaip,
ReplyDeleteItu analogi sj. Bahasa mudahnya ikut lah spt mana dlm per 153 - melindungi segala hak dan keistimewaan melayu dan agama islam disamping tidak mengenepikan kepentingan lain-lain kaum di bwh kedaulatan Raja-raja..tp bila pakai ayat tu, depa2 tu fobia balik. Nak bagi paham depa2 tu cara lain pulak bgmana rupabentuk negara bangsa ini dr segi sejarah pembinaannya..
essey,
ReplyDeleteSheikh, pengajaran subjek sejarah tu dah ado keputusan eh. Memang pun nak diajar balik mengikut evolusi sejarah pembinaan negori ni. Den pun setuju kesilapan bosa dah berlaku dlm kurikulum pendidikan negara. Sekarang ni kito cakap apo pun kaum ni susah nak terimo walau pun soal sejarah yg boto, macamlah kito suruh dio ngucap ayah eh tu..