Saturday, January 3, 2009

PALESTIN : MANA MUNGKIN ISLAM MENANG JIKA...

1. “Tangan-tangan kamu(perbuatan) adalah pemimpin-pemimpin kamu. Baik tangan-tangan mu maka baiklah pemimpin-pemimpin yang memimpin kamu” – Bukan hadis tapi pujangga parsi.

2. “Jika dalam hati kamu wujud ketakutan kepada Allah, maka Allah akan wujudkan ketakutan dan rasa gentar dalam hati-hati musuh terhadap kamu”. Sebaliknya jika tidak wujud ketakutan dalam hati kamu kepada Allah, maka Allah akan masukkan ke dalam hati kamu perasaan takut terhadap musuh dan musuh tidak akan berasa gentar dengan kamu – Ayat jurublog hasil dari petikan yang diambil dari kitab.

3. Nabi Musa a.s dan para pengikut telah tersesat selama 40 tahun di suatu lembah. 40 tahun Nabi Musa bermunajat kepada Allah. Nabi Musa a.s akhirnya bertanya kepada Allah kenapa doanya tidak dimakbulkan walau pun sudah 40 tahun berdoa. Allah swt menjawab, ada terdapat di kalangan pengikutmu seorang ahli dosa.

Maka dikemukakan jawapan Allah ini kepada pengikutnya. Akhirnya seorang pengikutnya mengaku telah mengumpat dan mencaci seseorang. Nabi Musa a.s menyuruh pengikutnya bertaubat. Akhirnya barulah Allah swt perkenankan doa Nabi Musa a.s. – Pengkisahan yang dipetik dari seorang ahli agama yang mengambilnya dari kitab.

4. Tersebutlah al-kisah Sallehuddin Al-Ayubi dan bala tenteranya dalam satu perang salib. Diceriterakan dari mulut ke mulut. Perang salib tersebut telah berlarutan begitu panjang tanpa pemenang.

Akhirnya Sallehuddin Al-Ayubi mengumpulkan seluruh bala tenteranya dan memberi ‘bayan’ atau pidatonya. Baginda berkata, “kita tentera-tentera Allah telah berjuang dijalanNya dan semata-mata keranaNya dan demi untuk menyebarkan agamaNya. Allah swt telah berakujanji akan memberi pertolongan dan nusrah dalam menghadapi musuh-musuh kepada barang siapa yang membantu agamaNya.

Tetapi sehingga kini bantuan Allah masih belum bersama kita. Marilah kita bermuhasabah diri dan menilik apakah dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan sehingga menyebabkan tertangguhnya bantuan dan nusrah dari Allah swt.

Diringkaskan pengkisahan ini, maka majulah ke depan salah seorang dari tentera baginda, lantas memaklumkan beliau telah memakan sebiji buah epal yang hanyut sewaktu merentasi sungai tigris kerana terlalu lapar.

Sallehuddin Ayubi lantas berkata, “mungkin inilah yang menyebabkan bantuan Allah tidak bersama kita”. Maka disusurilah sungai tersebut sehingga terjumpa sepohon pokok epal di tepi sungai tersebut. Dicarilah tuan empunya tanaman tersebut sehingga dijumpai.

Lantas Sallehuddin Ayubi telah memohon kepada tuan punya pohon epal yang kebetulan seorang ahli kitab Nasrani sama ada untuk membayar atau meminta halal akan apa yang telah termakan oleh tenteranya. Maka ahli kitab tersebut telah menghalalkannya, dan tentera Sallehuddin kembali ke medan meneruskan jihad.

Peperangan terus berlarutan tanpa keputusan. Akhirnya Sallehuddin pergi semula mengadap ahli kitab tersebut. Apabila sampai saja di rumahnya, ahli kitab tersebut tersenyum dan berkata, beliau masih belum menghalalkan lagi buah epal yang telah dimakan sehinggalah Sallehudiin membayar harganya.

Setelah dibayar, tentera Sallehuddin kembali ke medan. Keputusan dan nusrah Allah masih juga belum kelihatan.

Akhirnya, Sallehuddin kembali ke rumah ahli kitab tersebut buat kali ke 3, lantas terus memenggal kepala ahli kitab tersebut.

Diringkaskan lagi pengkisahan ini, akhirnya setelah itu barulah tentera Sallehuddin berjaya mengalahkan tentera salib yang sudah pastinya adalah disebabkan turunnya bantuan dan nusrah dari Allah swt.

Jurublog tidak mengambil rujukan secara detail kerana ia akan menjadi terlalu panjang. Apa yang ingin disebut di sini ialah pengajaran dari apa yang telah dicatat disebalik catatan ringkas ini.

KENAPA ALLAH SWT SEOLAH-OLAH MUNGKIR DENGAN JANJINYA YANG TIDAK PERNAH SEHINGGA KINI MEMBERIKAN BANTUAN KEPADA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA? DI MANA SALAH DAN SILAPNYA SEHINGGA ALLAH BERBUAT DEMIKIAN DAN MEMBIARKAN UMAT KEKASIHNYA MUHAMMAD SAW DIHINA, DIBUNUH DAN DIZALIMI DENGAN BEBAS OLEH MUSUH AGAMA?

DI MANA SILAPNYA UMAT ISLAM YANG SEPERTI SUDAH KEHILANGAN CARA DAN DAYA UNTUK MELAWAN MUSUH ALLAH?

MUNGKINKAH MEMORANDUM YANG DIHANTAR DAN DESAKAN-DESAKAN YANG DILAKUKAN TERHADAP MUSUH SERTA BERDEMONSTRASI DI DEPAN KEDUTAAN-KEDUTAAN AKAN MENYEBABKAN MUSUH TEWAS ? MELALUI KAEDAH INI ADAKAH AKAN MEMBOLEHKAN BANTUAN ALLAH TURUN SEPERTI MANA ALLAH MENURUNKAN BANTUANNYA DALAM BADAR MAHUPUN DALAM PERANG SALIB?

APA YANG PASTI, UMAT ISLAM AKAN TERUS KALAH DAN DIHIMPIT DALAM APA JUGA PERSAINGAN DAN PEPERANGAN JIKA TIDAK ADA BERSAMANYA BANTUAN DAN NUSRAH ALLAH SWT.

UNTUK ITU, STRATEGI PERTAMA ADALAH MENCARI KAEDAH BAGAIMANA UNTUK MEMBOLEHKAN ALLAH MENURUNKAN BANTUANNYA BERSERTA DENGAN PARA TENTERA MALAIKATNYA. PERSOALAN TEKNOLOGI DAN PERSENJATAAN BUKAN PERTIMBANGAN ALLAH. HAKIKAT SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN TENTERA ISLAM TIDAK PERNAH MELEBIHI TENTERA KUFFAR SAMA ADA DARI SEGI JUMLAH BALA TENTERA MAHUPUN KECANGGIHAN PERSENJATAAN TETAPI TIADA SIAPA MAMPU MENGALAHKAN MEREKA.

JIKA ASAS PERTAMA INI GAGAL DILAKUKAN, JAWAPANNYA SUDAH KITA KETAHUI IAITU, UMAT ISLAM TIDAK AKAN MENANG, MALAHAN HIMPITAN LEBIH DAHSYAT AKAN TERUS DATANG BERTIMPA-TIMPA.

UNTUK INI MARILAH KITA NILAI KISAH 1-4 DI ATAS DAN DI SITU PASTI AKAN TERJUMPA JAWABANNYA.

Sadaqallahul Azim

10 comments:

  1. Jawapannya adalah orang UMNO seperti tuan adalah golongan munafik, yang mana setiap permohonan dan doa yang dipinta bagaikan air yang lalu di daun keladi.

    Berjuanglah ke jalan Allah yang sebenar. Bertaubatlah tuan dan juga rakan-rakan UMNo tuan.

    Benar, Aman Malaysia juga tidak boleh memastikan Malaysia aman kerana golongan yang ada di dalamnya adalah golongaan munaafik..

    insaflah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sheikh..dan pembaca yang dirahmati allah,,selagi kita mengucap dua kalimah shahadah,...jgn kita melebelkan orang macam2..seperti komen yg terdahulu..menunjukkan kejahilan seseorang, selalulah bertaubat dan mendoakan saudara sesama islam tanpa mengira fahaman politik dan kaum selagi mengucap 2 kalimah shahadah..!
    Ana bekerja dengan United Nations sudah satu tahun dan berkesempatan berbual dengan staff UN yang lain dari negara Morocco(Maghribi), beliau Islam seperti kita juga. Menurut beliau,,penduduk Palastine majority adalah 70% kristian dan cuma 30% adalah muslim. Kita tertanya2 kenapa jiran mereka yang kaya raya tidak membantu untuk menghapuskan Israel laknatullah,,
    Kita ambil contoh semasa Yassir Arafat menjadi Presiden Palastine, beliau berkahwin dengan orang Kristian Arab dan isteri beliau tinggal di Perancis yang mana sekarang hidup kaya raya dengan hasil wang bantuan dari negara2 jiran semasa hayat Yassir Arafat. Orang Kristian Palastine adalah dari Bangsa Arab Quraisy yang menyebabkan penghijrahan Rasulullah dahulu dari Mekah ke Madinah.Mereka adalah golongan yang lebih merbahaya dari Yahudi Israel sebenarnya..! Negara2 Arab Timur Tengah ini adalah bukannya semua /majority muslim melainkan di Mekah dan Madinah, seperti di Jordan, Egypt, Syria dan lain2 negara tersebut..Maka dengan itu saya percaya 'bantuan Allah memangnya tidak akan turun' kerana mereka adalah dari golongan kafir laknatullah.
    Jadi kita ambillah pengajaran dari negara2 tersebut. Suasana politik negara kita amat merbahaya ketika ini..samada BN atau pembangkang. Alangkah baik dan manisnya sekiranya semua umat islam dan bangsa melayu bersatu memakmurkan malaysia demi masa depan cucu cicit kita..

    ReplyDelete
  3. Ust Mukhriz,
    Gaya kamu ckp mcm dah konfem kamu masyuk syurga dan doa konfem makbul macam Azazil laknatullah..doa azazil memang makbul makbul dan selama semua malaikat lain dr laknat tuhan...last2 rupanya azazil yg kena laknat dan terkeluar dr syurga. Azazil tu lagi alim dari ustaz mukhriz...

    ReplyDelete
  4. Ustaz Mukhriz adalah satu contoh jelas spt yg digambar oleh tunggubulanjatuh. Golongan yg merasa diri lebih baik dan mulia dr orang lain di sisi tuhan adalah golongan yg paling sukar utk diselamatkan kerana mereka sukar utk bertaubat atas alasan mereka merasa mereka tiada dosa kepada agama dan kpd tuhan. Yg ada peluang cerah utk bertaubat adalah dikalangan mereka yg tahu mereka jahil dan berdosa dan banyak kekurangan. kalau dia tak tahu dia berdosa mana mungkin dia akan bertaubat. Itulah sebenarnya yg dikatakan sbg penyakit hati dan penyakit hati ini selalu menghinggapi hati org2 alim spt ust Mukhriz...

    ReplyDelete
  5. nampaknya pemilik blog sudah mjumpai formula dia...ya benar pengislahan la kunci kemenangan..sifat ikram la kunci kesejahteraan..mari islah diri..mari cintai saudara kita sendiri..tidak sempurna iman jika tidak menyayangi saudara islam kita..hak org bukan islam turut perlu ditunaikan..nusrah pasti datang..

    ReplyDelete
  6. Ustaz Mukhriz,
    Anda cukup hebat sampai doa yang dipinta bagaikan air yang lalu di daun keladi pun anda tau. Ini betul-betul kashaf. Syurga dan Neraka adalah kerja tuhan bukannya ANDA yang menentukan. Munafik tak munafik pun bukan anda yang boleh menghukum. Anda ingat orang yang bersikap sombong seperti anda boleh gerenti masuk syurga?

    ReplyDelete
  7. "KENAPA ALLAH SWT SEOLAH-OLAH MUNGKIR DENGAN JANJINYA YANG TIDAK PERNAH SEHINGGA KINI MEMBERIKAN BANTUAN KEPADA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA? DI MANA SALAH DAN SILAPNYA SEHINGGA ALLAH BERBUAT DEMIKIAN DAN MEMBIARKAN UMAT KEKASIHNYA MUHAMMAD SAW DIHINA, DIBUNUH DAN DIZALIMI DENGAN BEBAS OLEH MUSUH AGAMA?"

    Tapi tuan punya Blog punya ayat seperti di atas seolah-olah mempersalahkan Allah, bagaikan memberi maksud bahawa Allah ini Zalim kerana membiarkan segala yang terjadi tanpa penyelesainnya.

    Seolah-olah pulak Allah tiada rasa belas kepada golongan yang tidak berdosa. Dan juga Allah itu munafik sebab mungkir janji. Apa ni, tulisan apakah ini????

    Inilah Ustaz UMNO, main tulis saja. Bertaubatlah orang UMNO...

    Jangan rasa diri anda baik dan mulia sangat...

    Saya doakan tuan diampunkan Allah..

    Takhbirrrr!!!!

    ReplyDelete
  8. "KENAPA ALLAH SWT SEOLAH-OLAH MUNGKIR DENGAN JANJINYA YANG TIDAK PERNAH SEHINGGA KINI MEMBERIKAN BANTUAN KEPADA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA? DI MANA SALAH DAN SILAPNYA SEHINGGA ALLAH BERBUAT DEMIKIAN DAN MEMBIARKAN UMAT KEKASIHNYA MUHAMMAD SAW DIHINA, DIBUNUH DAN DIZALIMI DENGAN BEBAS OLEH MUSUH AGAMA?"

    Ustaz Mukhris,
    Cuba halusi ayat tersebut adakah ayat tersebut menuduh Allah swt zalim? Anda tertinggal maksud seolah2 yang dinyatakan. Apa yang saya faham ayat ini tidak mengelirukan cuma untuk membuka minda kita umat Islam supaya muhasabah diri kenapa pertolongan tidak sampai kepada umat Islam.

    ReplyDelete
  9. Kasihan melihatkan cara pemikiran Ust mukhriz yg awal2 lg menutup dan membuka pintu hati atau menerima dan menolak sesuatu pandangan semata2 berasaskan faham politik kepartian maka terpanggil jg saya sekali lg utk memberi pandangan agar mudah2an masih ada ruang utk menerima pandangan berasaskan kebenaran dan bukan asas kepartian.
    Allah tidak masukkan syurga atau neraka hamba2nya berdasarkan pakej parti atau pun mazhab.
    Allah jg tidak boleh disogok dengan hanya laungan perkataan 'takbirr'dijalanan atau di majlis2 keramaian. Elemen iman,taqwa, amalan yg bertepatan sptmana yg ditunjuk Nabi Muhammad saw perlu disertai sama dlm setiap perbuatan atau perjuangan.
    Ketaksuban kpd makhluk atau organisasi hingga menjejaskan dan mengorbankan perkara2 yg lebih pokok dan penting dr segi keutamaan agama hanya akan membawa kita kpd kemudaratan yg lebih besar. Bukan soal hujah siapa lebih bagus dan bukan soal parti siapa lebih mirip kpd agama mengikut pandangan yg bernafsu ingin menunjuk kita lebih benar dr org lain. Tp semuanya harus wujud keikhlasan hanya kpd Allah dan keikhlasan itu pula tidak boleh dicampuradukkan dgn kebanggaan dan ketaksuban kpd parti dan kuasa.

    Kita boleh mengaburi pandangan manusia tp tidak sesekali bg Allah.
    Asalnya saya memberi pandangan soal palestin dan permasalahan umat islam. Saya tidak sabitkannya dgn parti dan fahaman poltik. jd kenapa sabitkannya dgn politik?

    Hapuskan rasa prejudis dan sangkaan burok thdp org lain krn ia hanya akan merosakkan diri anda. Tidak mungkin sangkaan burok itu dtgnya dari bisikan malaikat tp ia adalah bisikan yg satu lg

    ReplyDelete
  10. Ustaz mukhjriz ni bangang sobonar er..mada..bahlul dan lain2 lagi yang termasuk dlm golngan orang2 yang rugi kalu dia tak segera menggunakan akal dia..! Dah, jangan layan lagi orang cam ni sebab merugi dan melalaikan kita...Orang yang sokong pas dan pkr memang selalu berada dalam denial.. tak pernah mengakui akan kebenaran,,tapi kalau dari parti mereka tak kire benar atau salah..tetap betul..!! Kan macam perangai Amerika dan Israel tu..! So..sahlah layan lagi, cuma kita mendoakan supaya dia lebih "open" dan menggunkan fikiran yg dikurniakan allah. Siaaaaann kan..?

    ReplyDelete