Monday, January 5, 2009

IJN VS MUSA VS PTPMS VS PPMS

Betul ke IJN akan diswasta juga akhirnya? Kerajaan setakat ini hanya menangguhkan perlaksanaan untuk kajian lanjut.

Apa pun, sebarang kajian lanjut tidak harus menjejaskan kumpulan sasaran atau golongan kurang berkemampuan. Tidak sepatutnya berlaku peningkatan kos perubatan walau atas alasan apa sekali pun. Samada atas nama ‘efficiency’, ‘competitiveness’, synergy atau apa jua.

PENINGKATAN KOS adalah sesuatu yang tidak pernah dapat dielakkan apabila berlakunya penswastaan terhadap mana-mana badan yang melibatkan kepentingan awam atau rakyat. Belum pernah berlaku disebabkan penswastaan, pengguna telah membayar kurang dari kebiasaan melainkan terpaksa membayar lebih atas nama perkhidmatan telah menjadi lebih cekap dan peralatan pula lebih sofistikated.

Kenapa pengurusan Sime Darby perlu membuat perbandingan dari segi keuntungan antara IJN dan SJMC? Kenapa mesti melihat IJN dari sudut keuntungan? Tidakkah ini membayangkan kepada kita terselit suatu niat ‘profiteering’ terhadap usaha pengambilalihan IJN?

IJN sedang memperbesarkan bangunan dan menambah segala fasilities dengan pelaburan baru melibatkan hampir RM300 juta. Kalau lalu di Jalan Tun Razak, boleh tengok sendiri bagaimana hebatnya usaha pembesaran yang sedang dibuat IJN. Dengan pembesaran ini bermakna IJN akan menjadi lebih canggih prasarananya berbanding SJMC.

Adakah Sime Darby membuat tawaran pengambilalihan atas dasar tanggungjawab sosial korporat disamping sedikit keuntungan untuk tujuan ‘sustainability’ atau ‘merah mata’ melihat IJN telah diperbesarkan sebegitu rupa tanpa perlu lagi membuat pelaburan ‘capex’?

Lembu susah payah jaga kesihatan untuk keluarkan susu berkualiti bagi golongan kurang mampu, sapi senang-senang mahu jadi orang tengah untuk dapat keuntungan atas angin dan tunjuk baik kononnya dengan penswastaan ini, IJN akan lebih berdaya saing dan makin berkualiti perkhidmatannya. Pada hal, dengan program pembesaran yang sedang dilakukan, IJN sudah lebih dari mampu dari Sime Darby dalam menawarkan kemudahan sofistikated kepada golongan yang memerlukan.

Berapa banyak komplen yang sudah kita dengar tentang kelemahan dan pertikaian terhadap kualiti perkhidmatan IJN selama ini? Macam mana kalau kita wujudkan satu kumpulan bagi menjalankan kajian, mana yang menerima lebih banyak komplen? SJMC atau IJN?

Jenama ‘swasta’ bukanlah suatu ‘syafaat’ yang boleh membebaskan mereka dari sebarang kelemahan dan kecacatan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Tun Musa adalah di antara pemimpin besar UMNO yang pernah melemparkan kritikan terhadap dasar penswastaan yang diilhamkan bekas PM Tun Dr. Mahathir. Beliaulah yang ingin membawa semula pemikiran ke kampung sewaktu bosnya ingin membawa rakyat ke peringkat global melalui dasar pengkoporatan. Tapi kini tiba-tiba menyeru semua pihak memahami bahawa konsep penswastaan yang dicadangkan tidak akan membawa kepada kronisma dan nepotisma.

Maksud tersirat yang cuba diberitahu ialah kalau beliau yang buat, rakyat kena percaya bahawasanya tidak akan berlaku apa-apa bentuk penyelewengan. Ini Musa bukan Mahathir. Dia juga nak bagi maklum kepada rakyat bahawasanya dia lebih beramanah dari Tun Mahathir…

Dua tiga kucing betina
Mana nak sama si jantan belang
Dua tiga IJN, Sime Darby boleh bina
Kenapa yang ni juga dipandang musang

Dua kali mantan PM jalani bypass
Nak tunjuk bukti Malaysia boleh
Bila hasil kejayaan sudah jelas
Mantan TPM pulak nak tunjuk lebih.

PTPMS – Post TPM Syndrome….

5 comments:

  1. Post TMS - Post Tuan Musa Sipetualang

    ReplyDelete
  2. Terbaru Sime Darby & Air Asia komplot dapat Rm1.6 billion tidak termasuk nilai tanah seluas 3,000ekar milik Guthrie yg di-telan Sime Darby.
    Kata-nya Private Initiative..tapi Sime Darby tu milik binatang Private yang mana? Sime Darby milik rakyat tapi kini dilacurkan oleh Musa (BerHati) Hitam untuk kepentingan Bodowi.
    This is daylight robbery of OUR money. Apa sumbangan AirAsia dalam projek ini?
    Goyang kaki dan sapu duit rakyat...kan senang.

    ReplyDelete
  3. Ni la dia hakikaat sebenar orang BN. Dulu Tun aka MahaZalim yang pedajal harta rakyat. Sekarang ni orang suruhan dia yang dilantik pulak buat kerjha yang sama... Dolah Badawi. Pi Mai Pi Mai Tang tu jugak no,... Tu la dia orang Utara.. Lok Lak.. (Atau Fenin al Ketam Bola)..

    UMNO ni sama saja, Dulu.. Kini .. dan Selamanya.. Betul sangat la tu. Lepas ni najib dan rosmah pulak dok perabih harta rakyat.. Mukhriz tumpang sekaki..

    Pilihlah jalan yang baik, jalan yang diredhai Allah..

    Orang PAs pun bekas orang UMNO jugak. Kita tau la kat mana orang UMNO lepak, apa kerja kotor, lupa anak bini dll yang sewaktiu dengannya.

    Salam.. Takhhbirrr

    ReplyDelete
  4. Hai ustaz tak sudah-sudah dengan takbir. Habis hang ni parti apa? Berkecuali ke?

    ReplyDelete
  5. U'Stuck Mukhriz,
    Jurublog lg open dr kamu.Mana yg salah dia kata salah walau pun yg buat salah tu org UMNO. tp kamu asal PAS sj betul dan maksum. Bila UMNO sj terus masuk neraka

    ReplyDelete