Apa puncanya hingga berlaku dasar yang baik tidak dilaksana, manakala dasar yang tidak pasti keberkesanannya diluluskan pula pelaksanaannya? Atas asas apa jemaah menteri luluskan sesuatu dasar? Adakah kerana ia dicadangkan oleh PM maka dasar itu mesti diluluskan walau pun diragui keberkesanannya untuk rakyat?
Terdapat banyak dasar yang dibuat dalam era kepimpinan PM terdahulu diketepikan, dibatal atau pun dikurangkan penumpuannya apabila PM baru mengambil-alih kepimpinan. Di Malaysia tidak seperti di sesetengah negara yang ‘matured’. Dasar-dasar kerajaan sangat terkesan dengan perubahan kepimpinan. Tidak diketahui samada perubahan tersebut dilakukan untuk penambahbaikan kepada dasar yang sedia ada atau sekadar untuk menunjukkan legasi masing-masing (ego pemimpin..?).
Pihak-pihak lain yang terlibat sama dalam penggubalan sesuatu dasar pun sama. Persoalannya, adakah mereka bersetuju dengan sesuatu dasar itu kerana ia memang baik atau semata-mata supaya mereka ingin dilihat sebagai menteri atau pegawai yang tidak ada banyak masalah di pandangan mata PM?
Budaya ‘ego seorang pemimpin’ dan ‘tabiat engeh’ barisan kabinet atau pegawai yang terlibat membuat sesuatu keputusan telah menyebabkan banyak dasar yang baik gagal dipertahankan, manakala dasar yang merugikan telah terlaksana.
Sifat engeh dengan menerima dan mempertahankan saja cadangan si ketua tanpa berani berkata ‘tidak setuju’ jika mereka merasakan dasar itu merugikan, adalah sifat yang boleh menjahanamkan negara. Lebih menjahanamkan lagi, bila barisan yang terlibat sama meluluskan sesuatu dasar itu ‘kembali tidak bersetuju’ apabila ketua atau PM yang mencadangkan dasar itu sudah tidak berkuasa lagi.
Nampak sangat sifat amanah mereka salah tempat. Mereka hanya amanah (yes boss) kepada ketua dan bukan amanah kepada tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara. Kerugian akibat dari sifat ‘amanah songsang’ ini akhirnya akan ditanggung oleh negara dan rakyat.
PPSMI adalah satu contoh jelas. Kenapa semasa Tun Mahathir mencadangkan PPSMI ini, tiada suara dalaman parti mahu pun kerajaan yang menentang atau minta diperhalusi pelaksanaannya. Cadangan tersebut diterima bulat-bulat. Malah para wazir inilah yang ke hulu ke hilir memberi penjelasan agar semua pihak menerima cadangan tersebut. Bila Tun M dah bersara baru nak bersuara betapa dasar PPSMI ini lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan.
Apakah mereka tidak sedar, akibat dari kedayusan mereka yang tidak berani menegur telah menyebabkan banyak tenaga, wang ringgit dan pemikiran telah hangus gara-gara polisi yang sering berubah? Kalau dasar PPSMI ini diubah kembali, berapa billion pulak akan dihanguskan lagi untuk melaksanakan dasar baru ini?
Masa ada peluang berhujah, mereka membisu dan angguk-angguk balam. Bila dasar sudah berjalan dan kos puluhan billion diperuntukkan untuk itu, barulah berani berkata dan mengakui dasar PPSMI ‘perlu diperhalusilah’, ‘perlu diajar dalam bahasa ibundalah’, ‘dikhuatiri menjejaskan pelajar luar bandarlah’. Itu pun, keberanian hanya datang selepas si pencadang bersara. Apa punya hapraklah mentaliti wazir jenis ni.
Tengoklah sekarang ni. Semua nak lepas tengkuk. Tanggungjawab bersama kabinet hilang entah ke mana. Semua pihak meletakkan beban membuat keputusan dan menilai semula dasar PPSMI kepada Dato Hisham seorang. Dah masuk persekolahan baru pun, status PPSMI masih tidak diketahui lagi untung nasibnya samada diteruskan atau pun diubah lagi.
Masing-masing barulah sekarang berlumba-lumba mengeluarkan pandangan sebenar mereka. Tiada yang tidak bernas segala pandangan ini. Masa berbincang nak buat keputusan dulu, semua pandangan sebenar mereka simpan dalam hati. Yang mereka keluarkan hanya pandangan palsu yang bertujuan hanya untuk menjaga ‘periuk anak bini’. Baik buruk kesannya kepada pendidikan anak bangsa bukan menjadi pertimbangan mereka. Bila isteri tanya di rumah, barulah cakap, ‘abang memang tak setuju, tapi nak buat lagu mane..’.
Nanti kita tengok. Bila Pak Lah dah tak jadi PM lagi, barulah berani bersuara, ‘sebenarnya SPRM tu silap, terburu-buru sangat tanpa kajian mendalam’. Iskandar Malaysia tak ‘viable’sama macam Putrajaya juga.
Kalau ada 10 lagi PM Malaysia, mungkin akan ada 9 lagi legasi peninggalan mirip Putrajaya atau Iskandar Malaysia. 9 legasi peninggalan bekas-bekas PM tersebut dijangka akan menjadi ‘legasi gajah putih’ kerana PM yang ke 10 akan buat pulak keutamaan lain demi mencipta legasi sendiri.
Ego dan kemahuan pemimpin terlalu mudah untuk diterjemahkan di Malaysia kerana tabiat pengamal amanah songsang yang ‘angguk balam’ dalam satu masa dan ‘menggeleng gajah’ pada satu masa yang lain.
Agak-agak berapa trilion lagi wang negara akan dibelanjakan melalui kaedah angguk-angguk, geleng-geleng para wazir yang engeh?
Projek ‘build lease and transfer’ (BLT) disuntik dananya melalui PFI (Private Finance Initiative) tapi projek ‘build abandon or Defer(BAD) ini tidak boleh dilaksanakan tanpa adanya peruntukan pembaziran dana kerajaan. Jika kerajaan tidak sanggup membazir, kaedah BAD tidak akan berkesan.
PPSMI – Pelan Pembangunan yang Sentiasa Mengikut ‘Instruction’.
Kerajaan bebal sebab rakyatnya macam kaldai.
ReplyDeleteKeputusan PRU 12 yang lalu menunjukan "bilangan undi" adalah memihak kepada PR. Kesimpulannya,,,,Rakyat macam kaldai adalah dikalangan penyokong PR.....
ReplyDeleteSaya setuju komen saudara pasal PPSMI.....
aku malas nak pikir pasal PPSMI ni. orang kampung aku senang ja cakap...ORANG YANG MENENTANG PPSMI NI PASAL ANAK2 DEPA DAK TERROR DAH CAKAP OMPUTIH, ANAK2 ORG KAMPUNG DUNGU LAGI, TAKUT ANAK ORANG KAMPUNG PANDAI MACAM ANAK2 DEPA... KALAU ANAK2 ORANG KAMPUNG PUN PANDAI CAKAP OMPUTIH LAGI BAGUIH PASAL PANDAI CAKAP, PANDAI BUAT... ANAK2 ORANG YANG DOK MENENTANG TU PANDAI CAKAP OMPUTIH, BUAT KEJA HARAMMMMMMM...
ReplyDeleteorang kampung cakap perli plak macam ni bunyinya.... ORANG YANG MENENTANG TU PASAI SEDAQ DIRI ANAK2 DEPA CAKAP OMPUTIH LEBIH DARI OMPUTIH, PAKAI PUN LEBIH DARI OMPUTIH, MAKAN MINUM PUN LEBIH DARI OMPUTIH, SOSIAL PUN LEBIH DARI OMPUTIH,..BAGUIH LA PASAI DEPA TAKUT ANAK MELAYU YANG LAIN LUPA NAK CAKAP MELAYU....
Abih apa crita. Kalau ajaq dalam bahasa melayu pun nak guna kat mana ja... Kat rumah tak guna bahasa melayu pun. Aku guna Loghat BALING, Juru Blog guna Loghat NS.... aku 20X interview semua cakap omputih. Nanti kalau ramai orang melayu tak dapat keja pasal penguasaan bahasa omputih ni salah kan kerajaan..... BAGUIH SUNGGUH PEMBANGSAT BANGSA NI
aku bukan nak buang bahasa melayu...TAPI ADA TAK ORANG BERJUANG SUPAYA SEMUA URUSAN DI MALAYSIA GUNA BAHASA MALAYSIA....... TOLONG LAAAAAA.... AKU NAK TAU SAPA PAHLAWAN AGONG MELAYU NIIIIIIII
kenapo lak wanbaki nak tunggu pahlawan? kau jantan ko betino? PPSMI ni bondo mudah ajo. Kesimpulan eh nate ni monambahkan boban cikgu-cikgu kito dan mengabihkan duit rakyat sibab nak untungkan kroni-krini dio orang yang buek buku, cubo kau bayangkan wanbaki, 1 buku PPSMI dapat royalti sebanyak RM1 (ontah boto ontah tidak ini nak sonang kiro ajo) kalikan dengan murid tahun 6 pada tahun semasa, lotaklah tahun ini 500,000 org seluruh negara, tak ko untung orang yang buek buku tu! buku tu pulak wajib dimiliki oleh sumo budak2 ni, jadi? tak jadilah nak hapuskan PPSMI ni sobab gomen dah banyak berabih, nasib baik pelajaran agama dio tak buek PPSMI. Laptop yg gomen bagi pulak bukan cikgu pakai hari2 depa pakai buat reta depalah, buat assingment PJJ ka,
ReplyDeletePahlawan pun pikiaq 2x nak lawan, tp kalau rakyat pakat ramai2 1 negara bantah kat tepi jalan selama seminggu, buat mogok lapar seminggu ka, aku ingat ada harapan.