Wednesday, January 7, 2009

TONY AIRASIA:HAK ISTIMEWA MELEBIHII PER.153..

Cuba kita semak apa sebenarnya perancangan jangka panjang kerajaan dalam membina KLIA dulu? Bukankah ia strategi serampang pelbagai mata.

Disamping membangunkan industri penerbangan dan pelancungan negara, bukankah ia juga bertujuan bagi memberi limpahan ekonomi kepada kawasan sekitarnya yang juga termasuk labu dan nilai? Hasil dari pembinaan KLIA, hari ini kita boleh tengok kesannya bukan saja di Nilai, malahan ramai di kalangan mereka yang terlibat dari segi pekerjaan atau perniagaan yang berhubungkait dengan industri penerbangan ini telah membeli rumah hingga ke Seremban 2.

Menurut Tun Mahathir KLIA yang dibina boleh menampung 125 juta penumpang setahun. Sekarang KLIA hanya baru mencapai tahap guna pakai 25 juta penumpang setahun.Bagaimana bayangan limpahan ekonomi yang bakal terjadi di kawasan sekitar kalau penggunaan KLIA sudah mencapai tahap optimum?

Baru 20% kapasiti KLIA diguna pakai, sudah mahu bina airport baru yang jaraknya hanya lebih kurang 15 KM dari KLIA.

MAHB baru mengumumkan pembesaran LCCT di KLIA akan siap sepenuhnya pada 2011. Sime Darby pula kata pembangunan LCCT di Labu akan siap sepenuhnya dalam tahun 2013. Tony Fernandez pula kata AirAsia tidak puas hati dengan kelewatan pembesaran LCCT disamping charge tinggi yang dikenakan MAHB telah menyebabkan mereka mengalih pandangan ke Labu.Ada jaminankah Sime Darby akan mengenakan charge yang lebih rendah dari apa yang dinikmati AirAsia kini?

Cuba tengok kenyataan di atas. Mana satu kita nak pakai? Tony cakap 2013 lebih awal dari 2011..! Mana Tony belajar buat kiraan ikut tahun Sebelum Masihi? Kalau nak 'mohong' orang pun belajarlah dulu mengguna Bahasa Melayu yang betul.

“Dulu Tony suda pusing itu wang Tabung Haji RM250 juta kasi jual paksa (force selling)itu saham AisAsia sama Tabung Haji. Satu kali Airasia suda selamat. Ini kali, lagi satu kali Tony mahu pusing reserve wang sama itu reserve tanah Sime Darby, mau kasi dapat airport free.

Ini Tony Fernandez sangat-sangat genius punya Malaysian @ benggali businessman. Dia meniaga semua orang lain kasi modal. Bila ada masalah wang suruh Tabung Haji labur saham. Bila sudah kasi buat airport cantik-cantik, dia datang buat ‘untung tala’. Orang meniaga MLM pun musti mahu keluar modal at least yuran membership.”


Keistimewaan yang diperolehi Tony Fernandez sebenarnya tidak pernah diperolehi oleh mana-mana ahli perniagaan, waima mereka bertaraf Melayu/bumiputera yang menggunakan klausa 153. Kita tidak tahu Tony Fernandez dapat keistimewaan ini dari peruntukan perlembagaan yang mana.

Keistimewaan yang diperolehi oleh benggali ini tersangat sangat sangat istimewa kerana dia dapat mencari jalan bagaimana mahu gunakan duit dan asset dari Unit Pelaburan Amanah Bumiputera (PNB-Sime Darby)dan juga dari kantung terkumpul Umat melayu islam yang mengerjakan haji dalam usaha menyelamatkan perniagaan atas angin dan udaranya.

Siapa yang bagi dia semua laluan 'syafaat' ni..? Orang Melayu islam pun tidak pernah mendapat syafaat sebegini rupa dari kerajaan melayu islam Malaysia.

Segala-galanya mesti direncanakan sekarang. Mungkin Tony sedar dia sudah kesuntukan masa kerana 'syafaat' ini hanya sah tempoh lakunya sehingga Mac 2009.

Tan Sri Bashir yang banyak memajukan MAHB (MAB ketika itu) sehingga MAHB mampu menggunakan dana sendiri dalam program pembangunannya mungkin adalah di antara orang yang paling merasai kesan yang bakal ditanggung oleh MAHB.

Masakan tidak. Sime Darby/AirAsia bakal menjadi pesaing dalam segmen yang selama ini dimonopoli sepenuhnya oleh MAHB. Pesaing ini diwujudkan dengan bantuan bekas pegawai merangkap pembancuh kopinya yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini…

Untuk makluman, dasar politik korporat NS cukup mudah:
1. I buy u out or u buy me out….
2. I’ll never associate with a loser..

TERBARU...Daulat Tuanku…Patik dah hantar budak MPS potong rumput rumah Tuanku. Dulu tak sempat. Taada masa. Sekarang banyak masa.

Ampun patik tuanku…

1 comment:

  1. Mad Hasan memang tu lah perangai eh. Kalau nak tau tanyolah kengkawan kolej atau kawan sekerja eh.Garang kek org bwh tp pengampu yg amat kek org ateh.
    Mad Hasan skrg ado 2 tugas besar:
    1. Mengampu Yamtuan baru
    2. mengampu Tok Najib melalui Rosmah
    Sobab eh tahap hubungan dgn 1 dan 2 ni belum brp menjamin masa depan dio...

    ReplyDelete