Friday, January 9, 2009

PALESTIN...BUKAN SAJAK BUKAN GURINDAM

Israel menang perang kerana mereka pemain profesional dan kita hanya pemain amateur.

Manakala Amerika Syarikat pengadil lantikan pelobi Israel.

Negara Arab pula menjadi penonton fanatik peperangan di Gaza.

Negara-negara Islam lain hanya menonton melalui screen layar.

Penonton Arab di Stadium Gaza hanya mampu baling telor, epal dan apa-apa yang tercapai. Mereka hanya menunggu giliran untuk mati. Tak tahu siapa dulu, siapa kemudian. Entah bapa, entah anak, entah ibu…

Penonton saudara se Islam negara lain pula hanya mampu berhimpun sana sini sambil memberi amaran keras kerak nasi.

KFC , McDonald, Starbuck terus dikunjungi. Kaunter pembayaran tali barut rangkaian runcit antarabangsa seperti Giant, Safeway, Tesco masih kelihatan manusia beratur panjang.

Negara pengeksport minyak terus menambah stok penimbal Amerika bagi tujuan menyara negara.

Perdagangan global terus mengguna dollar. Tetap seperti biasa, malahan semakin kukuh berbanding ringgit.

Dalam krisis ekonomi dunia, siapa sebenarnya bergantung dengan siapa? Si gula atau si semut?

Harga minyak dunia, siapa yang terpaksa mengikut siapa?

Krisis kewangan dunia, siapa yang paling bermusibah besar? Amerika atau negara kerdil?

Siapa pula yang boleh bertahan lama jika berlaku..;

1. Barangan Amerika tidak laku di eksport kerana kita tidak mengimpot
2. Amerika tidak mengimpot kerana kita tidak mahu mengekspot

Disorong koyak, ditarik tersiat..dibiar menjadi barah.

Semua faktor lebih banyak menyebelahi mereka dari kita dan saudara sekepercayaan serta sepengakuan...

Jika setakat anak kecil, tidak perlu guna bom. Cukup dengan menggunakan pisau lipat. Mereka pun akan mati dalam kesucian..

Walau pun pisau berharga 40 sen, boleh membawa mudarat buat seorang anak kecil, tapi tidak berbekas untuk seekor gergasi.

Bagi sang gergasi, apakah senjata boikot, larangan eksport atau import, nota bantahan dan sidang tergempar itu sama sifatnya dengan pisau lipat atau ia sehebat bom?

Jika senjata ini sehebat bom, sang gergasi mungkin mampu dihambat, diserkap atau dibunuh.

Jika senjata ini ibarat pisau lipat, walau pun ia luka, tapi tidak membunuh, malahan mereka akan bertukar menjadi harimau luka yang akan bertindak lebih ganas…

Semua pilihan ini, walau pun itu yang termampu dilakukan, tidak akan mengubah keadaan kepada lebih baik untuk kita dan saudara sekepercayaan dan sepengakuan….

Semestinya ada jalan untuk mengatasinya. Cuma jalan itu masih tertutup buat kita sebagai hambaNya. Ia tertutup mungkin kerana kita tidak mencariNya dan kita sentiasa mencari yang selain dariNya.

Mana mungkin jalan itu terbuka dengan sendiri atau cukup dengan jampi serapah. Jika kita tidak mencariNya, atau mencari tapi bukan dengan cara yang disukaiNya, semua makhluk di muka bumi akan mencari kita, tapi untuk tujuan memusuhi dan menyulitkan kita.

Jika kita mencariNya dengan cara yang disukaiNya, maka semua makhluk di muka bumi juga akan mencari kita. Bukan untuk memusuhi, malahan untuk berkhidmat dan menjadi pemudah kepada semua urusan kita….

Pendek kata, jika kita benar-benar menjadi hambaNya, Maka, segala makhlukNya pula akan menjadi hamba kepada kita dan seluruh saudara sekepercayaan juga sepengakuan…

…tapi siapa yang boleh merungkai semua ini…

3 comments:

  1. Inilah dia "Pemimpin Islam"
    nama saja pemimpin, tapi apa yg dipimpin entah la.

    "Innaddina Indallahil Islam"

    dan dicukupkan utk org Islam segala keperluan. Lihatlah Arab Saudi, gedung minyak dunia. tapi masih tunduk bawah amerika, bersekutu dgn lahanat ni. Tapi bab menuduh menyesatkan org. no 1, syiah yg dituduh kafir pun tak pernah pun tunduk dgn amerika.

    Patutnya Raja Abdullah contohi sikit Ahmadinejad, kalau tak pun Muaammar Gaddafi ke, Ismail Haniyah ke....

    Pokoknya, penyatuan umat islam adalah perlu utk kemaslahatan ummah. Itu sebabnya selepas Rasulullah adanya kilafah.. bersatu dibwh satu kepimpinan & satu negara iaitu Islam.

    Fikir2 kan lah

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Kita bermunajat, kita berdoa, kita berusaha, dengan wahdatul fiqr dan semangat jihad ummah seluruh dunia; Gharqad pasti garing di tanah Palestin.

    ReplyDelete
  3. Sheikh,,ana setuju sesangatlah dengan ente tu..semua masalah yang berlaku sekeliling kita adalah berpunca dari kita sendiri dan kadang2 tu..cuma Dia nak meningkatkan maqam kita,,sekiranya diberikan dugaan kepada kita..! Kalau kita tak ikut cara apa yang diberitahuNya..kita ikut cara kita yang kita rasa itu betul sedangkan cara yang betul telah ditunjukkanNya..maka takdolah 'bantuan' dariNya.. Apa2 pun amalan kena istiqoomah,,banyakkan sembahyang malam..
    kena banyak tashkil lagi ni sheikhhh.. Apa yang berlaku di Palastoin tu memang berpunca dari umat Islam sendiri..w/bagaimanapun kita simpati apa yang berlaku terhadap saudara sesama Islam disitu. Hamas dan fatah ni boleh dikategorikan sebagai mustahil untuk berbaik..? So, sendiri bangsa pun tak nak berbaik,,camano kito oghang luar ni nak nolong? Dio sendiri tak nak nolong diri err..? Yang jadi mangso..budak-budak lah..! Kito kono cadangkan kek Mukhriz sughuh dio kobaan kek Mahmud Abas tu biar semua muslim Palastoin ni sembahyang tahajjud dan jaga amalan ....Insyallah den ghaso..Amacam..? Bunyi er macam mustahil..tapi cubo..?

    ReplyDelete