Wednesday, February 11, 2009

ANWAR LABEL RAJA-RAJA..'TOK PEKONG'

Buat pertama kali Anwar Ibrahim tidak ke depan dalam isu hak memerintah Perak. Sebelum ini tidak pernah dia tidak menjuarai setiap isu yang melibatkan keburukan kerajaan.

Dan,tidak pernah Karparat Singh ambil alih tempat ini sejak Anwar jadi Ketua Pembangkang. Buat pertama kalinya juga Anwar cuba menampakkan dia bertindak rasional dalam menangani isu. Tiada kata-kata cabaran, tiada kata-kata ugutan, tiada maki hamun dan kata nista yang keluar dari mulutnya.

Kalau tidak tu, pantang ada isu, pasti dialah yang paling lantang. Lagikan taada isu pun dia boleh ‘create’ isu dan isu tersebut boleh jadi panas, ini pula isu paling panas, tiba-tiba dia jadi orang yang sangat berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan!

Apa sudah jadi dengan Anwar ni. Dah dapat petunjuk hidayat tuhan ke?

Dulu masa jadi pengetua Yayasan Anda Akademik dia kata gambar Agong yang lekat di dinding-dinding pejabat tu “Tok Pekong”. Orang Melayu dok sembah, tak berani nak sanggah dan taat buta tuli. Semua bekas pelajar Yayasan Anda tahu ungkapan ‘Tok Pekong’ ni ditujukan kepada siapa. Punyalah anti dengan Raja-Raja….

Bila masuk UMNO barulah pura-pura tunjuk kesetiaan kepada Raja. Samalah anggapannya terhadap UMNO. Bila dah jadi pemimpin UMNO barulah pandai sebut soal perjuangan bangsa Melayu, sebut sejarah UMNO dan ambil kata-kata hikmah dari bekas-bekas pemimpin UMNO.

TAPI, bila dah tercampak keluar, maka berhamburlah kembali kata-kata nista yang sepanjang masa memang bermain dibibirnya sebelum jadi ahli UMNO.

Bro Anwar,…itu sebab keikhlasan tu penting dalam mengiringi setiap perbuatan kita. Jujur kepada diri dan perjuangan yang dibawa. Jangan terlalu banyak buat benda-benda yang tersirat dan beragenda sulit. Bila terlalu banyak sangat agenda sulit, yang tersurat lain, yang tersirat lain, akhirnya diri sendiri yang terkeliru. Sampaikan benda yang di depan dan benda yang di belakang pun tak dapat nak dibezakan.

Tuhan tu MAHA MAHA MAHA segala-galanya. Dia tahu apa yang tersedik dalam hati, walau pun sebesar zarah…

Dalam Islam ni mana ada agenda berlapis-lapis. Luar lain dalam lain. Islam tu telus. Agenda berlapis-lapis macam tu sebenarnya sunnah Yahudi dan Zionis, bukan sunnah nabi. Itu cara mereka. Bukan cara kita. Mereka dengan agama mereka, kita dengan agama kita. Kalau nak bawa agama dalam perjuangan, patutnya kaedah nabilah yang digunapakai. Bukan bawa agama tapi 'admire' kaedah yahudi pulak.Mana boleh macam tu...
Sekarang tengok apa dah jadi...diri sendiri yang terbelit angkara tali-tali yang direntang sendiri...
Jadi, cuba-cubalah belajar menundukkan hati kepada qada dan qadar….

9 comments:

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    anwar Ibrahim nak jadi raja

    ReplyDelete
  2. heran bin ajaib, dalam saudara menempelak anwar,seolah-olah saudara itu lebih baik dari yang baik, terserlah juga intipati dan jati diri yang tidak boleh digolongkan dalam golongan sederhana baik, apa lagi baik. jadi, bawa-bawa lah bertaubat, jangan dok melihat keburukan saja. saya bukan penyokong mana-mana pemimpin atau parti politik tetapi naik meluat melihat kerenah orang-orang politik seperti saudara. Tuhan itu maha adil dan maha pengampun, dan kita harus terima kenyataan bahawa proses kehidupan ini berputar. kalau dulu jahat, mungkin sekarang dah baik. kebaikan hanya boleh dilihat dengan minda yang terbuka. kalau minda dah tertutup dan hanya condong ke satu arah sahaja, makanya segala apa yang orang lain buat itu kelihatan buruk walaupun kenyataannya ia baik, sebaliknya segala yang kita buat, walau bagaimana buruk pun, kita akan sentiasa menganggap ia baik. fikir-fikirkan lah..

    ReplyDelete
  3. Masa mahathir buangkan kekebalan Raja-Raja..saudara dimana?...masih berhingus lagi ke?...

    Saudara...tolong betulkan umno dulu...kemudian...baru boleh betulkan orang lain...ok.

    ReplyDelete
  4. Tok Uban,
    Kena tanya dengan betul,'masa Mahathir & Anwar buang kekebalan raja-raja dulu kamu di mana?

    ReplyDelete
  5. Tok Uban,

    Mahathir tidak membuang kekebalan raja-raja. Tetapi membetulkan ketidakadilan. Dulu raja-raja boleh bunuh dan rogol orang sesuka hati mereka. Tidak ada undang-udang yang boleh mendakwa mereka. Mahathir membetulkan perkara itu.

    Kini raja-raja boleh didakwa (dengan izin AG) sekiranya mereka melakukan kesalahan jenayah. Kalau mereka tak buat apa-apa, apa yang ditakutkan.

    Melainkan saudara menyokong raja-raja membuat jenayah.

    ReplyDelete
  6. Apo kono eh kau jang?
    Anwar bising salah sonyap pun salah. Cammano nak buek laie?
    Apo jonih hati porot kau ni jang oi?
    Kesudahan eh ambiklah kau sorang yang botol eh. Orang lain semuo eh salah. susah makmek orang politik ni.

    ReplyDelete
  7. Anonymous 4.17pm & Tok Uban

    Jurublog menulis ikut pandangan dan penilaian sendiri spt mana jg org lain. Jurublog jg tidak buta tuli menyokong apa sj yg dibuat oleh UMNO itu betul dan pemimpinnya betul.

    Jurublog jg mengaku salah krn tak boleh membetulkan UMNO dr dlm. Anwar, spt yg dijanjikannya pun tak boleh lakukan walau pun semua kuasa hampir jatuh ke tangan, apa lg jurublog yg hanya bersenjatakan pistol air.

    Tp, walau pun jurublog tidak mampu menyumbang pembetulan kpd UMNO, jurublog jg tidak menyumbang kpd penambahburukan UMNO krn jurublog tidak pernah memegang kuasa dan wang spt Anwar utk mendptkan kuasa walau pun terpaksa melakukan rasuah dgn niat utk membetulkan UMNO dr dalam.

    Jurublog jg tidak taksub menyokong sapa2 pun dgn mengiakan sj apa juga kesalahan dan keraguan yg timbul dr seseorg pemimpin walau pun dia idola pujaan sendiri.

    Ketaksuban sehala tidak wujud dlm kamus pemikiran jurublog.
    Jurublog menulis bukan bertujuan utk mengatakan UMNO dan pemimpinnya betul dan Anwar seorg salah.
    Apakah kita tidak boleh mengkritik org lain hanya disebabkan kita juga ada kelemahan? Kalau begitu, lakukan sj gencatan senjata antara PR dan BN krn tiada yg sempurna antara ke duanya.
    Budaya 'kita boleh org jgn' tidak sesuai dlm dunia demokrasi dan kebebasan bersuara yg cuba dijuarai.
    Kalau kita memohon permit utk mengkritik org lain, jgn pula dihalang org lain utk memohon permit yg sama walau pun hingusnya belum kering...

    Dlm demokrasi tiada diperuntukan sistem kuota yg memberikan hak mengkritik kpd org atau golongan tertentu sj dan tiada juga peruntukan utk mengecualikan org2 tertentu dr dikritik.

    Jgn disalah tanggap..

    ReplyDelete
  8. kau cakap anwar macam2 bcoz kau memang dari dulu memang benci kat anwar.betul tak? kau cakap an anwar tp perangai kau sebijik macam anwar.betul tak? kau bangun tahajud malam ni kau renung balik perangai kau . aku berani cakap kau lagi teruk drpd anwar.hati busuk. bangun ye malam ni tahajud renung sampai keluar air mate betul tak apa yg aku cakap ni.

    ReplyDelete
  9. bro kg dusun....
    baik kau suruh ulamak PAS+PKR tu buat sembahyang sunat tahajud+istikarah+taubat dulu... memperjuangkan islam apa menipu lagi kuat. cakap belit2.
    kalau PAS benci UMNO aku bleh terima tapi kalau PAS kawan DAP aku tak leh terima.
    dulu mufti perak PAS sanjung letak atas langit, sekarag ni di pandang hina kerana kenyataan mufti tak selari maluri munafik PAS

    ReplyDelete