Thursday, February 12, 2009

KEMENTERIAN PELAJARAN DISKRIMINASI GOLONGAN KURANG UPAYA...

Ada sesuatu yg terlepas pandang berlaku terhadap sebahagian dari pelaksanaan dalam sistem pendidikan, khususnya dalam pendidikan khas terhadap pelajar-pelajar kurang bupaya.

Walau pun terdapat usaha-usaha tertentu dilakukan untuk memperbaikinya tapi sasaran masih terlalu jauh untuk dicapai.

Terdapat lebih dari 170,000 anak kurang upaya yang berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jumlah yang tidak berdaftar juga dikatakan menyamai jumlah ini. Lihat blog Tunku..

Dari jumlah ini, hanya terdapat lebih kurang 30,000 sahaja yang mendapat pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran. Selebihnya, sebahagiannya mendapat pendidikan dan penjagaan harian di Pemulihan Dalam Komuniti seluruh negara yang jumlahnya tidak pun sampai 20,000 orang. Baki yang lain-lain mungkin bersekolah di pusat pendidikan khas swasta dan badan-badan NGO.
Persoalannya, apakah wajar Kementerian Pelajaran melepaskan soal-soal yang berkaitan dengan ‘pendidikan’ ini kepada pihak lain untuk diurus?

Jika berdasarkan anggaran angka ini, KPM telah lepas tangan terhadap baki 140,000 anak kurang upaya yang berdaftar di JKM. Apa jadi dengan nasib mereka yang tidak berdaftar yang dianggarkan hampir menyamai jumlah yang didaftar?

Apa jadi dengan konvension UNESCO /PBB aka ‘Pendidikan hak semua’? Adakah maksud ini sudah dilaksana dan diterjemah seadanya di negara ini?

Jabatan Pendidikan Khas hanya mengambil pelajar kurang upaya yang boleh mengurus diri. Bagi kanak-kanak yang cacat anggota, tiada masalah bagi mereka untuk mendapat hak pendidikan ini. Mereka hanya mengalami kekurangan fizikal dan boleh mengikuti sukatan pelajaran apabila diberi bantuan alat pendengaran bagi yang pekak atau kerusi khas bagi yang kudung dan cacat anggota. Begitu juga mereka yang cacat penglihatan.

Apa jadi dengan anak-anak yang mengalami masalah pembelajaran, yakni yang mengalami kecacatan mental dan anak-anak yang mengalami kecacatan berganda, mental dan anggota?
Boleh dikatakan, KPM tidak langsung berperanan dalam mengambil tanggungjawab ini!

Jika ada pun, KPM hanya mengambil mereka yang boleh mengurus diri dan melepaskan anak-anak yang tidak boleh mengurus diri sepenuhnya kepada ibu bapa yang tidak tahu apa harus dilakukan dalam mendidik anak-anak mereka.

Ini realiti yang berlaku di negara ini. Pihak Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Khas boleh saja memberi pelbagai penjelasan bahawa mereka sedang berusaha, tetapi bagi ibu bapa yang dinafikan hak anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan dari Kementerian Pelajaran tidak melihat sekelumit pun usaha ini membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Apa yang sedang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran hanyalah untuk golongan yang boleh mengurus diri dan tidak langsung melibatkan kategori anak-anak yang tidak boleh mengurus diri atau anak-anak yang mengalami kecacatan teruk atau ‘severe’.

Diskriminasi pendidikan terhadap lebih 150,000 anak-anak kategori ini jelas berlaku di negara ini, tapi tiada siapa yang memperdulikannya. Jika ada pun hanyalah usaha-usaha permukaan saja.

150,000 dari jumlah keseluruhan pelajar seramai 5 juta pelajar di negara ini bukanlah satu jumlah yang kecil!

Kementerian Pelajaran harus ingat bahawa soal pendidikan rakyat adalah tertakluk di bawah amanah mereka dan bukan di bawah tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini soal pendidikan dan bukan soal kebajikan rakyat! Beza tafsirannya bagai ibarat langit dan bumi.

Sekurang-kurangnya Kementerian Pelajaran, jika tidak mampu menyediakan prasarana pendidikan untuk anak-anak cacat pemikiran yang tidak boleh mengurus diri ini, KPM haruslah mengambil daya usaha untuk memberikan bantuan kepada NGO dan pusat-pusat swasta sama ada dari segi bantuan kewangan mahu pun bantuan tenaga pengajar dan lain-lain yang berkaitan.

Mengapa Kementerian boleh memperuntukkan ratusan juta ringgit untuk pelajar miskin dan PIBG tetapi tidak melakukan apa-apa inisiatif untuk membantu anak-anak cacat yang tidak mendapat tempat di bawah KPM?
Bukan ramai pun, berbanding dengan jumlah pelajar miskin yang telah dibantu..!

Sudah berpuluh tahun Pendidikan Khas diwujudkan di bawah Kementerian, kenapa tidak diselidik semua data-data ini? Jika sudah diselidik kenapa tiada tindakan?

Hak wajib yang tidak dapat ditunaikan di peringkat sekolah di bawah kementerian ini adalah merupakan hutang tertunggak yang wajib dilunaskan oleh Kementerian Pelajaran selaku kementerian yang dipertanggungjawabkan.

Dato Seri Hishammuddin mungkin sedar tentang perkara ini. Tetapi kesedaran semata tidak akan membantu menyelesaikan apa-apa selagi tiada perancangan holistik. Jika ada perancangan tetapi hanya setakat menyelesaikan masalah pendidikan untuk anak-anak dalam kategori boleh mengurus diri saja pun tidak memberi makna apa-apa.

Diskriminasi terhadap anak-anak bagi kategori anak-anak tidak boleh mengurus diri atau ‘uneducable child’ tetap akan terus berlaku.

Hutang pihak Kementerian Pelajaran terhadap golongan ini akan terus terakru. KPM bersalah terhadap anak-anak ini. KPM bersalah dari pandangan UNESCO. KPM juga melanggar konvension PBB.

KPM juga pasti dipertanggungjawabkan 'here & hereafter'..

4 comments:

  1. salam,

    Boss, isu yg boss keutarakan ni memang sangat bagus, KPM hanya mementingkan statistik peperiksaan besar shj. Benda yg tak popular macam ni tak pernah nak cerita. Jgn kata org kurang upaya, kanak2 normal tapi ada sedikit masaalah pembelajaran pon terkena diskriminasi. Tengok sekolah2 dimana2 sahaja di negara kita, budak2 yg tak boleh membaca akan masuk kelas paling bawah dan guru2 tidak memberi banyak perhatian kpd dia org, budak2 yg duduk kelas no 1 dan 2 akan di beri perhatian yg begitu teliti semenjak dari darjah 1 lagi

    ReplyDelete
  2. Bro,

    Dato Seri Hisham is a flop as Education Minister and thats the bottom line.
    For a Minister who sends his children overseas for education doesn't that says it all.
    He himself does not faith in the system he created.

    ReplyDelete
  3. sila cakap kepada hisyam dalam mesyuarat x ko pemuda umno

    ReplyDelete
  4. memang lah begitu....anak-anak oku apa yang mereka boleh buat contohnya anak-anak pekak pelajaran tak berapa pandai di mana kita nak letakkan mereka.? habis belajar di sekolah pendidikan khas nak kerja memang susah...siapa nak pandang...kerja sapu sampah lah jawabnya....
    aku ni kerja di sekolah pendidikan khas tau lah macam mana perangai anak-anak oku ni...tak pernah bersyukur apa yang ada....bermasalah....keluarga bermasalah..diri pun bermasalah....kementerian tau semua tu tapi apa yang mereka boleh buat.....dan kementerian tak pernah melanggar mana-mana pandangan dalam unesco atau pun konvension PBB....

    pembantu pengurusan murid,

    ReplyDelete