Tuesday, February 17, 2009

TITAH DYMM SPB YDP AGONG

PERKAUMAN
Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan.

AGAMA ISLAM
Mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain bebas diamalkan, dan tidak mempersoalkannya.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Kesepakatan dihormati dan tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

FITNAH DAN BERITA PALSU
Rakyat hendaklah berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar.

SIKAP AHLI PARLIMEN
Amat sedih perilaku tidak sepatutnya di kalangan Ahli Parlimen pada sesi lalu yang memberi imej negatif. Semua Ahli Parlimen hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan Dewan.

MERAKAM PENGHARGAAN KEPADA DS ABDULLAH AHMAD BADAWI
Tuanku Mizan merakam penghargaan kepada Abdullah atas kepimpinan dan segala sumbangan terutama dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman dan pendekatan Islam Hadhari.

"Beta maklum bahawa Perdana Menteri akan menyerahkan kepimpinan negara kepada Timbalan Perdana Menteri pada bulan depan setelah menerajui negara sejak 31 Oktober 2003.
Dipetik dari Utusan online.

Kesimpulan yang boleh dibuat dari titah ini cukup lengkap, iaitu negara Malaysia akan kembali seperti mana keadaannya yang asal jika diambil pepatah “Kalau memilih tempat mandi, yang pertama teluk, ke dua pantai. Kalau nak memilih pemimpin negeri, pertama elok, ke dua pandai.

Perpaduan rakyat, keharmonian kaum, keselamatan dan kesejahteraan sebuah negara berdaulat yang aman, bebas dan berkecuali akan kembali mengambil tempat kerana dasar-dasar pokok yang membawa kepada perkara-perkara penting ini sebenarnya telah lama mendasar dalam sistem pentadbiran negara.

Bila ada pihak yang merasa mereka ingin mencipta keadaan yang kononnya lebih baik dari apa yang pernah dikecapi, ianya hanyalah suatu angan-angan.

Jurublog kata ia hanya angan-angan kerana mana ada yang lebih baik dari pencapaian ke arah perpaduan rakyat, keharmonian kaum, jaminan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Jaminan-jaminan ini adalah impian setiap negara dalam dunia ini.

Malaysia telah buktikannya sejak dulu lagi. Cuma berlaku kesengjangan (contraction) sejak 5 tahun ke belakangan ini lantaran kepimpinan yang diragui kemampuannya dalam melaksanakan dasar-dasar yang selama ini sering kali telah menyelamatkan negara dalam banyak hal.

Dasar yang baik boleh saja menghasilkan sesuatu yang tidak baik jika di bawa oleh orang yang tidak ahli. Jika diletakkan kembali mereka yang ahli untuk merencanakan dasar-dasar ini, maka kita akan lihat negara kembali seperti mana yang pernah kita nikmati.

Titah Tuanku mengambil tempat sebagai perisai terakhir apabila senjata lain sudah tidak berkesan lagi untuk memperbaiki keadaan. Tuanku hanya akan lakukannya jika keadaan telah memaksa baginda untuk lakukannya.

Sekian untuk penilaian masing-masing…

No comments:

Post a Comment