Era politik Malaysia sudah memasuki fasa baru yang belum pernah terjadi. Fasa yang dimaksudkan ialah fasa derhaka kepada Institusi Raja Berperlembagaan. Fasa sebelumnya hanya sampai ke peringkat derhaka kepada Institusi Eksekutif dan Kehakiman.
Di antara perlakuan derhaka kepada Institusi Eksekutif ialah tidak menghormati undang-undang negara, tidak menghormati sistem demokrasi yang didokong dengan menjadikan demonstrasi jalanan sebagai kaedah menzahirkan ketidakpuasan hati dan memperlekehkan institusi-institusi yang diwujudkan oleh Institusi Eksekutif seperti institusi kepolisan dan institusi perubatan.
Dengan wujudnya fasa penderhakaan terhadap institusi raja ini, maka lengkaplah segala pelanggaran dan penentangan terhadap ke tiga-tiga tunggak pentadbiran negara, i.e badan Eksekutif, Kehakiman dan Institusi Raja Berperlembagaan.
Siapakah pembawa virus penderhakaan ini? Adakah virus ini sama dengan virus penderhakaan terhadap fasa eksekutif dan badan kehakiman yang berlaku 10 tahun lalu?
Jika disemak dari lapuran ujikaji terhadap ke dua-dua virus penderhakaan ini, didapati wujud persamaan dari segi symptom perlakuan. Ia menandakan virus derhaka tersebut telah dibawa oleh pembawa virus yang sama.
Kali pertama virus derhaka muncul di negara ini adalah kira-kira 35 tahun yang lalu. Sewaktu itu virus ini berkembang biak di kalangan penuntut-penuntut universiti awam.
Apakah dengan lengkapnya fasa penderhakaan ini, maka negara kita sudah kian menghampiri ambang kehancuran dan keruntuhan ketamadunan bangsa yang telah sekian lama dibina melalui kedaulatan ke tiga-tiga tonggak ini?
Jika benar kehancuran dan keruntuhan ke tiga-tiga institusi ini berpunca dari virus yang sama, maka wajar dan sewajibnyalah dilipatgandakan usaha walau dengan apa cara sekali pun untuk “dimaknyahkan” …opps maaf…dinyahkan terus virus derhaka ini dari terus menggerhanai keseluruhan institusi berdaulat di negara ini.
Dengan luahan terkini Karpal Singh, sudah nampak riak-riak bahawa pihak penderhaka ini bakal menyinsing lengan sesama sendiri. Adakah ini tanda-tanda penderhaka sudah dan sedang menerima bahana panahan akibat dari penderhakaan fasa 3?
Jangan perkecilkan DAULAT Raja-Raja Melayu…Bukankah Raja Berperlembagaan itu membawa maksud raja-raja adalah pelindung kepada perlembagaan negara. Jika ia bertaraf 'pelindung' sudah barang tentu perkara yang dilindungi itu terletak di bawah ketiaknya, kecuali bagi soal-soal yang berkaitan dengan kesalahan jenayah (Hasil dari pindaan perlembagaan pada 1993).
Jika benar begitu keadaannya, selain dari Allah swt, maka tiada siapa yang mengatasi perlembagaan, kecuali raja-raja. Bolehkah situasi ini mentafsirkan bahawa raja berkuasa melakukan apa saja yang difikirnyanya perlu untuk sebuah kerajaan dan rakyat yang dipayunginya?
Mungkin inilah yang sedang cuba diberitahu oleh raja kepada seluruh yang berada di bawah jajahan takluknya, tidak kira BN, PR atau rakyat jelata bahawa kuasa baginda sebenarnya jauh lebih besar dari apa yang dijangkakan selama ini... Apa itu 'supercede'...? Apakah maksud Raja-raja tidak boleh disentuh? Apakah yang dikatakan 'tiada locus standi'?
Sama-sama kita tunggu….
No comments:
Post a Comment