Sunday, February 8, 2009

SAH, BATAL ATAU HARUS....?

Pengambilalihan kerajaan Perak oleh BN tanpa melalui proses undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri mungkin akan mebibit satu paradigma baru perebutan kuasa.

Mana-mana kerajaan yang mempunyai majoriti mudah, amat terdedah kepada kemungkinan ini. Suasana seperti yang berlaku di Perak boleh saja mendomino ke tempat lain.

Apa implikasinya terhadap kerajaan majoriti mudah BN, jika terdapat sekumpulan ahli parlimen yang melebihi 112 dari keseluruhan 222 ahli parlimen berkumpul di sebuah hotel dan membuat sidang akhbar dan mengistiharkan bahawa mereka tidak bersama atau tidak percaya kepada Barisan Nasional?

Apakah peristiharan ini membawa maksud PM dan seluruh barisan jemaah menteri mesti meletak jawatan kerana pada ketika itu BN tidak lagi menguasai majoriti Ahli Dewan Rakyat?

Apakah peristiharan seperti ini sudah cukup untuk membuatkan kerajaan BN terlucut kuasa memerintah tanpa perlu diuji di Dewan Rakyat? Apakah Speaker Dewan Rakyat tidak perlu lagi memanggil sidang khas parlimen untuk mengesahkan benar atau tidak BN sudah menjadi minoriti?

Sah atau tidak, demokratik atau tidak tindakan itu telah membawa kepada perdebatan dan tafsiran tersendiri oleh pelbagai pihak yang berkepentingan. Walau bagaimana pun, ia mestilah dijalankan di dalam parameter perundangan dan sistem demokrasi berparlimen yang wujud di Malaysia.

Di satu sudut pula, apakah dibolehkan untuk melakukan tindakan di luar batas undang-undang dengan melakukan pelbagai tindakan anarki demi untuk memaksa supaya pihak lain mematuhi keluhuran perlembagaan dan undang-undang?

Tindakan itu samalah seperti orang kafir menyuruh orang Islam sembahyang dan mentaati perintah Allah…

Undang-undang kalau di letak atas tapak tangan sendiri memang seronok....macam haiwan dirimba...Boleh buat ikut suka hati.

1 comment:

  1. Salam,
    inilah yang kita bimbangi berlaku. DSA punyai kuasa beli lebih dari sesiapapun (dengan bantuan asing). kita telah menghalalkannya di Perak. DSA cukup marah kerana maruah yg tercalar dan ibarat harimau yang terluka - sanggup buat apapun terutama apabila sedar peluangnya utk kerusi No.1 semakin tipis tambahan kes liwat yg belum selesai dan berkeputusan. Beliau mungkin sanggup lakukan 'kamikazi'

    ReplyDelete