Krisis perlembagaankah atau krisis kejahilan memahami perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri? Adakah krisis yang berlaku di Perak hari ini lantaran dari kelemahan peruntukan perlembagaan atau kelemahan mentafsir peruntukan perlembagaan yang ada? Atau pun percubaan untuk memanipulasi peruntukan perlembagaan?
Adalah boleh dikatakan mustahil Sultan Perak yang juga bekas Ketua Hakim Negara tidak memahami bidang kuasa baginda sebagai payung negeri. Jika benar pun baginda condong kepada Barisan Nasional, sudah pasti baginda akan membantu melalui parameter peruntukan perlembagaan yang wujud. Sudah pasti baginda tidak akan membenarkan dirinya menjadi sasaran kritikan hanya disebabkan mahu membantu BN berkuasa, walau pun terpaksa melakukannya di luar bidang kuasa yang ada. Tidak timbul soal masalah raja mempunyai kepentingan peribadi di sini.
Ke dua-dua parti pula dilihat mendesak supaya lawan mereka akur kepada kehendak perlembagaan dan undang-undang. Jadi, siapakah sebenarnya yang benar-benar berada di dalam lunas perlembagaan yang betul dan siapa pula yang tergelincir dari kehendak perlembagaan?
Ada beberapa isu yang berbangkit di sini. Antaranya:
1. Pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh Pakatan Rakyat. Adakah hak membubar ini terpulang sepenuhnya kepada MB, manakala sultan hanya memberi perkenan atau Sultan mempunyai kuasa pemutus untuk menolak cadangan pembubaran tersebut? Baca sini.
2. Kuasa dan peruntukan yang ada pada Raja sesebuah negeri. Sejauh mana kuasa yang ada pada Raja dalam mengarahkan MB dan barisan exconya meletak jawatan?
3. Anggapan kerajaan Pakatan Rakyat bahawa mereka masih berkuasa secara sah mengikut perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak. Lunas perlembagaan mana yang membuatkan PR berkeras mahu terus kekal berkuasa?
4. Pembentukan kerajaan baru BN. Wujud atau tidak peruntukan yang membolehkan pembentukan kerajaan ini dicabar di mahkamah?
5. Adakah sesebuah kerajaan itu akan lucut kuasa pemerintahan dengan sendiri apabila kerajaan itu hilang sokongan majoriti ahli dewan? Adakah tanda kehilangan sokongan kalangan ahli dewan legislative wajib dizahirkan melalui persidangan Dewan legislative atau cukup sekadar membuat pengisytiharan terbuka di luar dewan? Baca pula yang ini dan ini.
6. Cadangan untuk memfailkan saman terhadap Sultan Perak selaku responden pertama. Adakah wujud peruntukan ini. Apakah dalam soal ini imuniti raja tidak terpakai?
7. Siapa paling demokratik dari sudut perlembagaan? Apa yang pasti sifat demokratik Pakatan Rakyat wajar dipotong sekurang-kurangnya 50% apabila mereka kembali berdemonstrasi di jalanan. Peruntukan perlembagaan mana yang membolehkan mereka berdemonstrasi di sebalik kesucian masjid, dengan dibantu secara belakang-belakang oleh mereka yang beribadat di kuil dan gereja bagi menghina Ketua Agama Islam dan payung ketuanan melayu?
8. Peruntukan perlembagaan mana yang menyatakan seseorang ahli dewan legislative itu dibolehkan melompat jika lompatan itu masuk ke kandang PR, tapi lompatan itu dikira batal jika termasuk ke kandang BN?
Jurublog pun tak pasti kerana jurublog tiada asas undang-undang. Tanya sama itu Bai...
Jahil & Manipulasi.
ReplyDeleteDah dia nak bubar...tapi ikut prosedur...sedap dia aje...umum bubar tak minta perkenan. Bila dah umum baru terhegeh2 nak minta perkenan.
Selalu sangat buat keputusan mendahului Sultan.
Pindahkan Jamry tak bagi tau. Bai plak masuk campur. Macam2 difirenya Sultan. Nizar pula senyap macam dah dijahit mulut. Tak pun nak pertahankan Sultan dia. Bukan ke MB Perak sepatutnya pertahankan TUAN dia iaitu Sultan, Bukannya 'Tuan' Karpal.
Bagi tanah 999 tahun pun buat ikut keputusan EXCO. Dah EXCO majoriti bukan Melayu mestilah depa sokong. Suka benar la si Ngeh & Nga.
Nizar pakat angguk je. Tak pula dia nak minta pendangan dan perkenan Sultan. Dia ingat dah majoriti EXCO setuju, so dia kena follow.
Tanah kepada sekolah persendirian Cina pun sampai 1000 ekar untuk 9 buah sekolah. Banyak tu...senyap je..tak bagitahu Sultan. Apa tanah Perak ni takde Tuan ke? Tuanku Sultan tu siapa? Ketuanan Melayu la weh. Tuan kepada tanah Perak ialah Tuanku Sultan Perak. Bukan Ngeh & Nga.
Gadai tanah semata-mata nak raih undi. Bukan Melayu confirm akan condong kpd mereka. Tanah dah jadi komoditi politik. Bertentangan dengan dasar kerajaan.
Kuasa MB dulu pun Sultan yang tolong bagi. Tak ke direbut DAP dulu? So, Nizar jangan lupa. Malam ni buat solat sunat minta ditunjukkan oleh Allah.
Karpal saman Sultan depa ok je..buat tak ambil kisah. Karpal boleh senyum dan tidur lena la malam ni. Jd hero DAP. Makin ramai undi dia kot.
Bila Sultan buat keputusan ikut budi bicara dalam lingkungan undang2 depa siap buat rusuhan. Habis kenderaan istana dibaling batu?
Mana yang lebih penting?
Karpal atau Sultan?
Kalau Karpal lebih penting better puak2 perusuh ni pergi cari pulau terpencil di Afrika, then tabal Karpal jadi raja depa. No problem.
Nak merusuh lagi tak puas hati lagi?
Kalau nak merusuh lagi, mmg betul la tindakan Sultan sebab PR mmg kuat merusuh tak sesuai memerintah. Tgk pada kualiti pemimpin & penyokong yg tak reti nak beza antara Sultan yang menjadi Ketua Agama Islam dengan Karpal yang celupar mulut macam nak kena cabai je!
Nak merusuh lagi?
Pi ke Sri Lanka!
Minta Kebenaran tuan tanah : nak add Blog anda di blog di http://ai-pengayu.blogspot.com
ReplyDeleteKembara politik,saya sokong komen saudara 100%,tapi macamana nak suruh penyokong-penyokong melayu bodoh tu sedar?
ReplyDeleteanak melayu
orang PR ni terutamanya yg islam tu..tak nak terima qada dan qdar..salah satu rukun iman tu.! sesuatu yg berlaku itu ada hikmahnya..Allah lebih tahu yang terbaik untuk kamu..!
ReplyDeleteterimalah hakikat tu..!
Cakap fasal islam bukan main lagi..mana Hj Hadi dan Nik Ajis nih.,berilah nasihat!! Nanti bila rumah dia sendiri terbakar pun nak salah kan sultan jugak..? pembangkang ni bodoh tau..! masa Bn tumbang kat negeri2 lain takde pun kita semua tidur atas jalan..?
sorry brader gua marah sgtlah..hampeh tul lah..Karpal singh tu..suatu hari nanti kena tembak tu..tunggu yerlah..! Kurang ajar betul dengan sultan aku..!