YAB Dr Zamry,
Sebagai rakan, sebagai ahli UMNO dan sebagai salah seorang barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia yang mana YAB Doktor juga pernah menganggotainya, saya amat bangga di atas pengiktirafan yang telah diberikan pucuk pimpinan
Hargai dan nilailah kepercayaan ini sesuai dengan beban pertanggungjawaban yang menanti dihadapan.
Sudah barang pasti, beban ini lebih sulit dan mencabar berbanding dengan beban MB-MB sebelumnya.
Apa pun, di sebalik beban yang menanti, terlindung satu harapan menggunung, khususnya dari ahli akar umbi UMNO dan sebahagian besar rakyat ‘non-partisan’ yang kecewa, keliru dan naïf dengan ketidaktentuan yang berlaku.
Golongan ini hanya mahu melihat keadaan sekurang-kurangnya menjadi normal seperti dulu kala, jika pun tidak lebih baik.
Golongan ini juga menanti suatu penyelesaian yang holistik samada secara siasah, ekonomi mahu pun sosialnya. Majoriti dari mereka tidak terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung ke dalam kancah politik yang terjadi. Apa yang mereka mahu hanya jaminan kestabilan, keamanan, keselamatan dan keharmonian di bawah sebuah kepimpinan yang meyakinkan.
Jawatan yang YAB Dato perolehi boleh memberi benafaat dan boleh juga menjadi mudarat. Boleh mendatangkan peluang dan boleh juga mendatangkan ancaman. Ia terpulang kepada bagaimana YAB Dato memberikan kepimpinan kepada negeri dan rakyat.
Jika menggenggam bara biar sampai padam.
Jika rakyat kehausan berikan minuman, jika rakyat kelaparan berikan makanan. Jika kehausan dan kelaparan rakyat terhadap ‘kepimpinan yang meyakinkan’ tidak dapat dipenuhi, penyakit akan terus mendominasi dan merebak secara beransur atau secara drastik ke seluruh tubuh pentadbiran negeri.
Jika penyakit baru ditahap gastrik, jangan biarkan ia menjadi ulser. Jika sudah dihinggapi ulser bendunglah ia agar tidak sampai ke tahap kanser.
Jika semua ini berjaya dihadapi dengan nilai-nilai kepimpinan yang ada dalam batang tubuh YAB Dato, maka ia akan menjadi begitu mudah dilihat dan dinilai oleh rakyat seluruhnya kerana YAB Dato mengambil kepimpinan tatkala penanda aras berada pada tahap paling bawah.
Sebarang peningkatan dari penanda aras ini akan begitu mudah dirasai oleh rakyat seluruhnya.
Lonjakkanlah kembali kepercayaan rakyat yang telah begitu mendatar. Jangan biarkan ia terus menjunam.
Kesan yang bakal terjadi hasil dari kepimpinan YAB Dato, bukan saja akan dirasai setakat di Perak, bahkan ia akan turut menjadi tanda aras kepada kepercayaan rakyat terhadap BN keseluruhannya.
Kejayaan atau kegagalan YAB Dato dalam mengemudi Perak, limpahannya tetap akan sampai hingga ke peringkat pusat dan juga ke lain-lain negeri.
Jadikan jawatan ini suatu benafaat dan bukan mudarat untuk UMNO dan kerajaan BN. Jadikan juga ia sebagai peluang untuk membuktikan bahawa UMNO dan kerajaan BN sebenarnya relevan, dan yang tidak relevan itu hanya sebahagian dari kepimpinan yang akhirnya telah mendatangkan ancaman kepada masa depan UMNO dan kerajaan BN keseluruhannya.
Tidak ada bezanya membunuh seseorang dengan senapang atau membunuh seseorang dengan parang. Ke dua-duanya tetap dipanggil pembunuh.
Tidak ada bezanya kita dengan pemimpin pembangkang yang siang malam berfikir bagaimana untuk menumbangkan BN, jika kelemahan kepimpinan parti sendiri menjadi antara sebab musabab yang menyebabkan UMNO dan BN ditumbangkan oleh rakyat jelata.
Selamat maju jaya….

Cadangan kepada MB Perak, Aktiviti yang pertama ialah minta restu ibubapa (jika masih ada), lepas tu panggil semua pemimpin umno mendengar ceramah dari mufti perak dan kapten bersara najimudin berkaitan amanah dari allah kepada pemimpin, apa yang perlu dilakukan,apa yang tak boleh dilakukan, beri amaran kepada pemimpin umno, pls,pls jangan main kotor dalam politik dan ingatlah bahwa Allah akan berada disisi orang yang benar dan ikhlas,,,
ReplyDeleteterlupa, jangan bagi press merakam peristiwa mohon restu ibubapa, kerana pembangkang akan jelak dengan retorik walaupun itu adalah berkat.jangan terlalu menonjol dalam tv tetapi menonjollah melalui pemerhatian rakyat sendiri.
ReplyDeletedan jangan terlibat dalam politik wang (baca : rasuah) dan rasuah sex
ReplyDeletePesan saya,
ReplyDeleteSimpan kuasa utk rakyat aje.
Simpan duit utk bangnkan Perak aje,
dan last sekali
Simpan kote utk bini aje.
Salam,
ReplyDeleteTAHNIAH Dr Zamry..anggaplah semua yang telah terjadi ini bukan mimpi disiang hari, ianya realiti yg harus dipikul demi bangsa,agama dan Negeri Perak khasnya Malaysia amnya..tentu cabaran dlm masa terdekat ini akan datang melimpah ruah...harap bersabar dan buat lah ianya satu dugaan dari Allah..masih ramai yg tdk berpuas hati dgn pergolakan politik Perak..saman menyaman kedengaran disana sini..hingga kan Sultan Perak telah disaman..mari lah kita sama sama tengok nanti siapa yang
kena...TAHNIAH YAB DR.