Thursday, February 5, 2009

PERAK: TUNGGU 'SEMAK DAN IMBANG' DARI ISTANA...

Politik Perak 45:45:10. Bukan 50:50 atau 60:40. Dalam keadaan ini apakah kebarangkalian taksiran dan penilaian institusi raja?

Apakah Institusi raja akan bersikap memihak dalam keadaan ini? Jika memihak kepada siapakah baginda akan memihak?

Kepada Pakatan Rakyatkah? Kepada Barisan Nasionalkah? Atau kepada rakyat jelata?

Jika kepada Pakatan Rakyat, sudah pasti pasukan adun lompat akan bermasalah. Tidak banyak pilihan lagi yang ada pada Pakatan Rakyat.

Jika baginda memihak kepada Barisan Nasional, sudah tentu laluan bagi BN akan menjadi lebih mudah untuk membentuk kerajaan.

Tetapi bagaimana pendirian rakyat dalam hal ini? Jika rakyat memang menantikan situasi ini, maka BN akan selesa dan pengambil alihan secara tektikal dan teknikal ini adalah suatu tindakan tepat dari BN.

Jika pendirian rakyat adalah sebaliknya, secara tidak langsung tindakan memihak ini akan memberi aib pula kepada Institusi Raja, terutamanya jika dalam PRU 13 nanti rakyat masih menolak BN. Jika kerajaan baru BN tidak dapat mencapai kestabilan sepanjang baki penggal pemerintahan ini, ia juga boleh secara tidak langsung dianggap suatu tempelak juga kepada institusi Raja.

Jika Institusi Raja tidak mahu memihak kepada mana-mana parti, maka jalan terbaik baginya adalah memihak kepada rakyat jelata.

Jika itu taksiran dan penilaian dari kaca mata Institusi Raja, maka jawapan atau jalan terbaik adalah menyerahkan semula kepada rakyat untuk memutuskan siapa sebenarnya yang mereka inginkan.

Jika keadaan ini berlaku, maka Institusi Raja tidak akan terpalit atau tersabit apa-apa. Institusi Raja akan terus berperanan sebagai ‘semak dan imbang’ seperti yang dititahkan oleh Raja Muda Nazrin Shah…

Tunggu kebijaksanaan dari intitusi naungan dan payung negeri…..

2 comments:

  1. SALAM,

    BIARLAH RAKYAT YANG MENENTUKANNYA.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Dato’ Seri IR Nizar!..
    Assalammualaikum,,
    Aku bangga DS IR Nizar selaku Adun tempat aku telah menunjukkan sikap anak jantan.. gentleman.. jangan letak jawatan.. Kita orang PAS kena berani…. bukan macam mana UMNO nak memerintah guna cara bacul..tak ada telok.. guna polis.. guna SPR.. gunalah seberapa banyak apa yang hangpa nak guna..
    Dato’ Seri.. Tunjukkan kan Semangat anak Jantan Dato agar dapat dicontohi oleh golongan muda yang akan mewarisi pimpinan PAS..
    Wahai Pak Lah, Wahai Najib.. Wahai Hamid Albar.. Wahai Musa Hasan.. Hangpa bernasib baik kerana pimpinan PAS tidak mengarahkan ahli-ahlinya buat demontrasi.. hangpa patut mau ucapkan terima kasih kepada pimpinan PAS.. kalau tidak malaysia akan menjadi macam Thailand.. rakyat membangun memberontak..demontarsi..
    Tahniah Dato Seri IR Nizar.. sekurang-kurangnya Dato Seri telah memperomosi negara Malaysia di mata dunia.. Ya telah mencipta rekod dunia ” world record” seorang bekas ketua hakim negara yang merlanggar undang-undang.. Biar Amerika tahu.. biar Barack Obama tahu.. yang Malaysia telah mencipta rekord ada seorang Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri yang mengambil alih negeri dengan cara pertolongan SPR.. dengan pertolongan Polis.. dengan pertolongan Sultan.. bukan dengan cara demokraksi.. biar dunia luar tahu Malaysia telah menghumban demokraksi rakyat ke kandang babi…

    Daripada blog Manjung Mari (rentap revolusi.com)

    ReplyDelete