Tuesday, March 17, 2009

TAR : ALI TIKAM LEBIH DARI KJ..

Memang sah. Jurublog dah cakap dalam posting yang lepas, tiada siapa dapat selesaikan dilemma UMNO.

Bagi salah tak bagi kalah, bertindak salah tak bertindak pun salah. Menghukum salah tak hukum pun salah. Semua yang dibuat serba salah.

Cuma satu yang jurublog tak pernah jangka, iaitu jenis hukuman yang dijatuhkan. Itu memang komfom salah.

Mana pernah wujud kes, pembunuh dijatuh hukum lebih ringan dari pembantu yang menghulurkan parang kepada si pembunuh? Tapi dalam UMNO semua kemungkinan boleh berlaku.

Dato YB Japlin, pelobi kepada calon dijatuh hukum lebih berat dari si calon.

Mana pernah berlaku, berat atau ringannya hukuman yang dijatuhkan terhadap pembunuh bergantung kepada berapa banyak tikaman yang dilakukan oleh si pembunuh? Kalau sikit tikaman, maka ringanlah hukuman. Kalau banyak tikaman, maka beratlah hukuman yang dijatuhkan. Mana Tengku Rithaudeen belajar undang-undang?

Kesian DS Ali Rustam. Kalau betul dia main tikam lebih berapa banyak dari KJ, berapa lebihnya?

Kenapa tak sebut berapa amaun yang ditikam oleh DS Ali dan berapa pula amaun yang ditikam oleh KJ?

DS Ali, jurublog tak tau berapa dia tikam. Tapi KJ, kalau tak silap jurublog melalui perbualan dengan rakan-rakan di Sabah, Dato Japlin tolong hulurkan parang yang berharga RM180,000 bagi pihak KJ dengan pendahuluan sebanyak RM100,000 kepada Ketua-Ketua Pemuda sessi 2004-2008.

Kalau betul apa yang didengar, ini bermakna DS Ali mesti tikam lebih dari RM180,000. Tapi tak mungkin DS Ali tikam sampai banyak tu.

Jadi untuk memberi keadilan kepada semua pihak, Lembaga Disiplin kena umum berapa amaun atau tikaman sebenar DS Ali dan berapa tikaman sebenar KJ. Barulah ‘justified’ hukuman tu.

Masa Dato Norza kena, amaun yang ditikam diumum dalam media. Kenapa amaun tikaman mereka tak diumum?

Rasanya cukuplah setakat ni hujah jurublog. Nanti kalau dikeluarkan semua hujah-hujah, makin hilang pulak kredibiliti dan integriti Lembaga Disiplin.

Nanti tak pasal-pasal pengulas pulak yang dikenakan hukuman lebih berat dari tertuduh….

14 comments:

  1. Inilah politik. Mengimbas kembali Pemilihan Raya Umum yang lepas, negeri Melaka di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menang bergaya dan negeri pertama diumumkan untuk tubuhkan kerajaan. Semua hasil kerja kuat bekerja YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Rustam bersama barisan kepimpinannya. 5 negeri termasuk Kuala Lumpur telah tumbang kepada pembangkang.

    Hari ini 17 March 2009 tercatit sejarah Datuk Ali Rustam dikorbankan demi politik seseorang. Kes nya sama tapi hukumannya berbeza.

    Semoga Datuk Ali Rustam tabah menghadapi tekanan dan terus bersama UMNO dalam perjuangannya.


    Salam Perjuangan


    sumber

    Ir Gullit
    www.mayaumno.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Alahai, kira bersyukur la tu. Nasib baik tidak didakwa di bawah akta pencegahan rasuah, sama macam rakyat biasa, kalau tak tentu dah meringkuk dalam penjara untuk beberapa tahun.

    ReplyDelete
  3. mengapa wujud double standard?? kalau UMNO betul2 serius untuk menghapuskan gejala rasuah yg menjadi duri dalam daging parti, lembaga disiplin UMNO sewajarnya mengambil tindakan serius kepada mana2 pihak yg terlibat sama ada kecil atau besar kadar penglibatannya.. sekecil manapun, yg bersalah tetap bersalah & harus dikenakan hukuman yg sama mengikut akta yg disabitkan..

    ini mungkin yg sempat ditangkap, bagaimana pula kes2 rasuah yg dilakukan sebelum tertangkap?? sudah pasti ada tangan2 kotor yg sudah menerima habuan.. to be fair & square, sesiapa yg bersalah tidak dibenarkan bertanding kerana mungkin "duit-duit haram" sudah diagihkan sebelum tertangkap...

    ReplyDelete
  4. Bersalah bila tertangkap. Tak tertangkap mana salah.

    Macam kesalahan jalanraya, awak pandu laju dan kena speed trap, anda bersalah dan kena saman polis,kadang-kadang anda terlepas juga kerana polis tu kata anda pandu lebih sikit sahaja dari hadlaju, dia lepaskan anda dengan amaran.

    tetapi jika anda tak tertangkap adakah anda bersalah?

    ReplyDelete
  5. Orang UMNO ni sama aje dengan orang yang kata main pakai kondom boleh pasal tak bersentuh

    ReplyDelete
  6. UMNO Dulu, kini dan selamanya rasuah.
    Jangan campak diri anda ke dalam kebinasaan. Selamat kan diri dan keluarga anda ...keluar dan bubar UMNO.




    Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.

    ReplyDelete
  7. Apsal KJ bleh lepas, terang2 pilih kasih. Ingat rakyat tak perasan.

    ReplyDelete
  8. Salam Ziarah,

    Dijemput baca komentar saya ALI RUSTAM: TRAGIKKAH UMNO? di http://nizammatsaari.com/blog atau http://nizammatsaari.blogspot.com

    NIZAM MAT SAARI

    ReplyDelete
  9. Tak apalah, lembaga diseplin dah jalankan tugas yang penuh kontroversi. Sekarang, perwakilan kena jalankan hukuman juga. kalau perwakilan tau calon rasuah, jangan pilih. Itu yang penting.

    ReplyDelete
  10. Setuju dengan Sedingin Salju....Tapi kami nak duit...kami susah....kami nak bagi anak dan isteri makan...kami orang kampong....kami tau nak pilih sebab semua bagi duit....siapa bagi lebih kami pangkah lah....kami perwakilan bodoh kek duit...sedingin nak duit jadilah perwakilan....

    tuiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  11. ya, kalau pilih, maknanya, anda semua ni dah makan rasuah jugaklah. habeh kami yang kat bawah ni, nak bagi makan pasiak? Orang rasuah ni, sah takkan adil.

    ReplyDelete
  12. Memang semua dlm UMNO tau masa DS Ali menang dulu naib presiden dia main tikam jugak. Banyak la tp tak sebanyak TS ISa. Saya langsung x terkejutpun DS Ali tertangkap dan didapati bersalah. Samalah mcm Dt Norza. Yang sy paling terkejut KJ x dihukum tapi Dt Japlin agen beliau yang jd mangsa. Sepatutnya dua-dua kena hukum mcm Ds Ali dengan agen beliau. KJ n' the geng memang tahi rasuah. selagi ada KJ ngan konco-konconya dlm UMNO selagi tu UMNO akan lg rosak. Sama-sama lah kita berdoa kepada Allah swt. agar KJ x menang jwtn Ketua Pemuda nnti. HAPUSKAN PERASUAH DAN TAHI RASUAH DALAM UMNO

    ReplyDelete
  13. Tak apalah, kalau lembaga diseplin tak dapat hukum KJ, biar perwakilan hukum dia.

    ReplyDelete
  14. Saat-saat akhir perwakilan telah berubah fikiran, bijak(dlm kurungan) betul KJ nie.

    ReplyDelete