Thursday, June 25, 2009

MACAM MANA NAK CACATKAN PERSEPSI RAKYAT PADA MUFTI PERAK?


Utusan: PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.
Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

Teruja Jurublog dengan apa yang diperkatakan oleh Mufti Perak. Teruja kerana itulah yang jurublog telah bangkitkan di dalam posting-posting yang terdahulu.

Tapi manusia ‘penuding jari’ dan ulamak sook yang mewarisi sifat kealiman Azazil laknatullah sudah pasti akan terus mencari helah untuk menghalalkan tindakan mereka sekurang-kurangnya ‘kelihatan betul’ pada pandangan rakyat, kalau pun tidak pada pandangan tuhan.

Jika rakyat menganggap tindakan mereka salah dan bertentangan dengan kehendak sebenar agama, maka ada kemungkinan rakyat tidak akan menyokong mereka. Jika rakyat sudah faham dan tidak menyokong tindakan mereka, maka akan terjejas pula peluang untuk mengambil-alih kerajaan pada PRU 13 nanti.

Selepas ini akan kedengaranlah oleh kita, mereka memperlekehkan Mufti Perak. Mentang-mentang sudah diberi anugerah Tokoh Maal Hijrah, terus lunak dengan kerajaan.

Puak ‘penuding jari’ dan ‘ulamak sook warisatul azazil laknatullah’ hanya bersetuju sekali saja dengan Mufti Perak, iaitu dalam soal sumpah laknat kerana hujah itu boleh membantu membangkit rasa percaya rakyat kepada Anwar Ibrahim dalam soal perlakuan luar tabie yang diperjuangkan oleh masyarakat barat sebagai sebahagian dari hak asasi manusia.

Mereka boleh bersangka baik dengan DAP dan LKY & Co. Mereka boleh bersangka baik bahawa Anwar memang ikut laluan yang betul dalam hubungan intim. Mereka boleh bersetuju dengan fitnah HINDRAF. Mereka juga boleh memaafkan segala kesalahan Chin Peng.

Hanya satu yang mereka tidak mampu lakukan, iaitu untuk bersangka baik dengan UMNO. Yang lain boleh sokmo-sokmo.

Ini bermakna mereka memandang orang UMNO lebih dahsyat dari Chin Peng. Orang UMNO lebih kafir dari orang DAP.

Kalau mereka tidak beranggapan begini, mana mungkin mereka menolak sama sekali usaha untuk berikhwan muslimin dan bersilaturrahim dengan orang UMNO.

Anggapan ini boleh juga memberi maksud bahawa di dalam hati orang UMNO pada pandangan mereka, tidak ada walau sebesar zarah pun Kalimah Taiyyibah. Jika dalam hati orang DAP itu memang tidak ada kalimah tersebut, maka seolah-olah dalam hati orang UMNO lebih-lebih tiada lagi kalimah tersebut. Lebih kecil dari angka kosong.

Kalangan muslim terakhir yang akan masuk syurga adalah mereka-mereka yang ada hanya sebesar zarah kalimah dalam hati.

Ini juga bermakna, mereka beranggapan bahawa orang UMNO memang tiada peluang langsung menikmati syurga. Juga bermakna, gerombolan terakhir masuk syurga pun tiada seorang pun orang UMNO.

Cuma mereka mungkin lupa, para ilmuan yang tidak beramal seperti mana ilmu yang ada pada dirinya akan lebih dahulu dicampak ke dalam api neraka dari penyembah berhala.

Jurublog berdoa agar Mufti Perak istiqomah dalam pendirian beliau seperti mana yang disarankan oleh Tok Guru Nik Aziz, walau pun ada usaha untuk mencacatkan pandangan rakyat kepada beliau...

8 comments:

  1. klay baik sangat le harusani tu suruh le pm ngn permaisuri raja pakai t5udung...serendah2 amalan pun tak boleh nak dakwah kepada pemerintah..mcm mane la nak dikatakan Ulamak...
    dalama al-Quran sendiri ada dinyatakan GOLONGANA ULAMAK la yang mula2 menjadi pengikut DAJAL..so aku tak heran ngn Golongan Ulamak skrang..takleh percaya...gila kan duniawi..

    ReplyDelete
  2. nabi muhammad dah wafat...so sape lagi yg kita nak ikut nak tanya dalam bab2 islam ni..ckp biar ade ilmu..bukan emosi je...islam halalkan politik tapi jgn biar politik control agama kita yg suci ini...renungkan balik ok!

    ReplyDelete
  3. Anon 1:02 PM,

    Permaisuri Agong pakai tudung itu pasti. Sultanah KELANTAN tak pakai tudung pun pasti. Eli Wong (PKR)berzina tu pasti. DAP anti negara Islam tu pasti. Kenapa nak memperkecilkan Mufti Perak aja. Apa pendirian ulamak dalam parti Islam tu?

    ReplyDelete
  4. anon 1:02,
    anak orang PAS isap dadah ada, isap dada pun ada. jangan cakap perbetolkan pemerintah...PAS perlu pa tarbiah jemaah dulu, lepas tu tarbiah DAP dan PKR, sebab rakan seperjuangan...kalau anak bini pun tak boleh tarbiah, rakan dampingan perjuangan pun tak boleh tarbiah... LU PIKIR LA SENDIRI

    "dalama al-Quran sendiri ada dinyatakan GOLONGANA ULAMAK la yang mula2 menjadi pengikut DAJAL.." CONTOHNYA DAJAL AKAN MEMESONGKAN AKIDAH GUNA AL QURAN...SAMA LA DENGAN KEADAAN PAS YANG MENGGUNAKAN AL QURAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK. TAPI BILA AYAT QURAN ITU KENA BATANG HIDUNG SENDIRI SPIIIIIIINNNN PULAK...

    "so aku tak heran ngn Golongan Ulamak skrang..takleh percaya...gila kan duniawi.." BETOL LA ULAMAK LA NI GILA KERUSI ADUN TAK PUN KERUSI PARLIMENT...KALAU DIA RASA DIA ULAMAK BUKAN CARA DIA MACAM TU...ADA KITA DENGAR ULAMAK MUKTABAR LAWAN PEMERINTAH UNTUK JADI PEMERINTAH??????..

    ANON 2:54
    "islam halalkan politik tapi jgn biar politik control agama kita yg suci ini...renungkan balik ok!" POLITIK DAN AGAMA TAK BOLEH DIPISAHKAN TETAPI ORANG YANG BERJUANG ATAS DASAR AGAMA ISLAM TETAPI BUKAN BERJUANG UNTUK ISLAM TETAPI BERJUANG UNTUK PARTI POLITIK. PERLUKAH AGAMA TERTEGAK DENGAN SEBUAH PARTI???? DAN PAS TIDAK LEBIH DARI SEBUAH PARTI POLITIK YANG MEMPUNYAI AGENDA POLITIK BUKAN AGENDA ISLAM.

    ReplyDelete
  5. wanbaki..
    "ADA KITA DENGAR ULAMAK MUKTABAR LAWAN PEMERINTAH UNTUK JADI PEMERINTAH??????.."
    kalu diikut kan sejarah islam bnyak ulamak islam terkemuka yang mati atau di hukum oleh pemerintah dimana mereka menegakkan syiar islam..lu check la sendiri..mgkin mereka tak mau jd pemerintah shj..
    tapi ini zaman berbeza..ko ingt dengan berdakwah shj tanpa memlalui parti politik boleh menukar pendirian UMNO??hahah
    lu pikir la sendiri..baca balik sejarah penubuhan PAS..mereka ULAMAK UMNO yang kecewa sebab dasar UMNO..nak jugak melibatkan negara malaysia pada masa itu dgn judi dan arak...so ko ingt nak bekokok je dr luar tanpa saluran politik dan jadi pemerintah bleh ubah pendirian UMNO melaksanakan HUKUM ISLAM???
    "PAS TIDAK LEBIH DARI SEBUAH PARTI POLITIK YANG MEMPUNYAI AGENDA POLITIK BUKAN AGENDA ISLAM" ko penah baca statement yang dikuarkan TGNA yang mengatakan mereka sanggup bubar PAS jika UMno Melaksanakan HUKUM ISLAM???cari dan pahamkan..so ko takleh mengatakan mereka berjuang kerana parti mereka..
    "BETOL LA ULAMAK LA NI GILA KERUSI ADUN TAK PUN KERUSI PARLIMENT."
    ko penah lawat rumah TGNA?? ada mcm orang GILA DUNIAWI??yang aku tahu dan aku nmpak dgn mata kepala aku sendiri ustaz yang jd ADUN untuk sepenggal dr parti UMNO memiliki RUMAH yang serba MEWAh...PEGANG exco agama di MELAKA..mukmin nama nye..hahah..melainkan ko ni buta tuli...yang indah semuanye UMNO..

    ReplyDelete
  6. APA BODOH SANGAT ENGKAU ORANG NI,BUKANNYA MASALAH UMNO TU BOLEH BAWA KE SYURGA ATAUPUN PAS TU PUN BOLEH BAWA KE SYURGA,MASALAHNYA SANG SI PEMIMIPIN2 TU YG PENTING CUBA KALIAN BANDINGKAN DGN MATA YG ALLAH KURNIAKAN TU PEMIMIPIN MANA SATUKAH(UMNO OR PAS) YG SEMEMANGNYA NAMPAK LEBIH ISLAMIK.KITA NAK JADI PEMIMPIN NEGARA TAK BOLEH(MUNGKIN DIA ORG YG TERPILIH)SO KITA JADI PENYOKONG SAJALAH.KALAU KATA UMNO TU PEJUANG ISLAM DUDUK SAJALAH DLM UMNO TU JGN KELUARLAH. PERTAHANLAH IDEALOGI BODOH TU.KALAU KATA PAS TU BETUL DUDUK DLAM PAS.PERTAHANLAH IDEOLOGI ISLAM TU.BAGI SAYA SECARA PERIBADI PAS SEMEMANGNYA NAMPAK LEBIH KEARAH ISLAM. JADI TAK RETI NAK TENGOK LAGI KALIAN KELUAR JE LAH UMNO TU MASUK PAS.PARTI UMNO HANYA DI ANGGOTAI OLEH AHLI2 PERNIAGAAN SAJA, YG ADA KONTRAK RIBU2,JUTA2 UNTUK RAKYAT NAK DI HARAPKAN UMNO SUDAH TIDAK ADA APA LAGI YG BOLEH DI HARAPKAN TERUTAMA ORG MELAYU. (SAYA DULU PUN AHLI UMNO BEKARAT). TAPI ALHAMDULILLAH ALLAH MEMBERI SAYA PETUNJUK UNTUK TIDAK BERSAMA UMNO KALAU INGIN MEMPERJUANGKAN ISLAM.NAK PEJUANGKAN BANGSA DUDUK DLM UMNO ITUPUN BANGSA TERGADAI.PERCAYALAH TIADA UMNO DI MUKA BUMI MALAYSIA INI PUN,MALAYSIA TETAP DI BAWAH PENTAKBIRAN ORG MELAYU SEBAB INI MEMANG SUDAH NEGARA KITA TINGGAL LAGI NAK NYAHKAN UMNO DARI BERKUASA ITU SAJA.

    ReplyDelete
  7. salam...
    betui cakap hg BELANTIBOYS,
    memang dalam umno tu hanya org meniaga ja yang ramai, depa takut sangat kalau umno jatuh, pasai dah biasa dapat projek ataih nama umno, puak ni akan guna apa saja dalil utk tegakkan umno, sekali dengar hujah depa nmpak mcm betui, bila dengak sekali lg jelas hujah takdak isi dan ketinggalan zaman, anyway perjuangkanlah agama dari semua ruang kehidupan, biar putih tulang jangan putih mata, biar sengsara di dunia jgn merana di akhirat, kepada org umno jgn asyik berkaroke rajin2lah dengar ceramah ilmu di masjid dan surau, bila ada ilmu hidup lebih terarah....

    ReplyDelete
  8. Ya...ya... dulu memang PAS nak berjuang UNTUK laksanakan HUKUM ISLAM..sapa pun tak nafikan..

    tolong jawab la kalau PR menang sapa yang akan jadi PM... bkn TGNA, bukan TGHA...

    Sekiranya PAS masih dengan agenda ISLAM kenapa takut sampai NIZAR kat ISLAM tak ada dalam perlembagaan PAS, kalau pemimpin PAS yang berjuamg islam pun cakap kona baring macam mana..Apakah nas yang TGNA samakan UMNO dengan KOMINIS dan AYAH PIN, sedangkan semua orang tau yang berjuang nak bawa balik Kominis tu dalah rakan dampingan PAS.
    tak kisah kalau PAS berjuang adas dasar ISLAM tapi PAS yang dulu mana ada dah... Dulu fatwa kafir orang UMNO guna ayat QURAN dan aku nak tanya ayat QURAN tu PAS dah LUPA KA...ini aku peringatkan balik...
    Ali Imran [28]
    "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

    Bukan apa cuma nak bagi elok...relax wanbaki ekkkk

    ReplyDelete