Tuesday, June 23, 2009

MUNAFIK DAN YAHUDI DICELAH ALI & AISYAH RA..

Samada main mahjong, silap mata atau gimik mengekalkan populariti tidaklah kita ketahui. Jika kita tuduh pun Pakatan Rakyat tak akan mengaku sampai mati.

Dia menjual, dia yang membeli, dia yang makan sendiri dan dia jugak yang buang air besar sendiri.

Dia yang mencadang, dia yang berbincang sama sendiri, dia yang menolak dan dia jugak yang menuduh UMNO yang mengotorkan jamban.

Semua kronologi ke arah kerajaan perpaduan adalah dimula dan ditamatkan oleh Pakatan Rakyat. Ia tiada kena mengena dengan UMNO.

UMNO hanya menyambut dengan tangan terbuka salam perpaduan yang mereka lontarkan.

Tiba-tiba ‘Bapa Manipulasi Pemikiran Rakyat’ kata, ‘Isu kerajaan perpaduan merupakan suatu fitnah jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan PR yang semakin mendpat dukungan rakyat’. (Dalam ayat Anwar tidak pernah tertinggal perkataan RAKYAT).

Dalam posting yang lepas sudah diramalkan bahawa di negara ini modus operandi Abdullah bin Sabak, iaitu bapa kaum munafik sedang diterjemahkan semula di dalam kancah politik negara.

Hasilnya sama seperti apa yang telah dicapai oleh Abdullah bin Sabak. Perpaduan dan ikatan muslimin yang cuba dilakukan telah digagalkan oleh klon Abdullah Sabak akhir zaman.

Yang berbeza hanyalah jaminan syurga kepada Aisyah dan Ali seperti yang dikhabarkan oleh nabi saw. Kita tak tahu pulak apa nasib pemimpin kabilah akhir zaman yang sedang berperang ni. Yang pastinya tiada jaminan syurga buat mereka dan kita semua sebagaimana jaminan yang diberi pada Aisyah ra dan Ali ra.

Kalau puak-puak Islam dalam PR boleh digambarkan menganut fahaman Abdullah Sabak, puak bukan Islam di kalangan mereka mungkin boleh digambarkan sebagai kabilah di kalangan kaum yahudi yang sentiasa mengambil setiap kesempatan yang ada untuk menghancur dan meleraikan ikatan muslimin di kalangan umat Islam.

Kepada para ulamak politik yang sedang diduga tuhan tentang keikhlasan mereka mendahulukan aulawiyyat agama tuhan melebihi kepentingan aulawiyyat kelompok parti telah menyerlahkan kepada kita bahawa mereka telah gagal di dalam tanggungjawab mereka sebagai ulamak warisatul anbiya.

Kepada ulamak politik juga diingatkan kembali, cubalah kaji dan telaah kembali kitab-kitab sohor, apakah ciri-ciri ulamak akhirat dan apakah ciri-ciri ulamak dunia/sook dalam kitab Ihya karangan Al Ghazali.
Setelah dikaji, ditelek dengan mata hati, cubalah suluh kepada diri sendiri apakah Tok Guru dan Tuan-Tuan Guru termasuk di dalam kategori ulamak akhirat atau termasuk di dalam kategori ulamak dunya.

Jika Tok Guru termasuk di kalangan ulamak akhirat, maka teruskanlah istiqomah tok-tok dan tuan-tuan guru.

Jika didapati terkeluar dari garisan ulamak akhirat, maka terpulanglah kepada Tok-tok dan Tuan-Tuan Guru untuk terus menjadi ulamak pengepal beras.

Disangka perjuangan 'membawa agama cara mereka' boleh membawa penyatuan seperti mengepal nasi. Rupa-rupanya beras yang dikepal.

Dikepal-kepal akhirnya berderai jua....

7 comments:

  1. Bismillahirrahmanirrahim...
    "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali..Ali Imran, ayat 28

    Tok tok guru tertinggal ayat ni...Masyaallah.... bertaubat lahhh
    atau Tok guru hanya paham " kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu)". tapi tertiggal "Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu)"
    Tah la... PAS ni lebih munafik dari UMNO dah lebih bahaya dari YAHUDI sebab ada di dalam golongan kita

    ReplyDelete
  2. Saya cadang baca ni...

    http://maszleemalik.blogspot.com/2009/06/bezakah-wacana-politik-dan-wacana-agama.html

    Isu yang sama (membezakan di antara wacana politik dan agama.

    Ucapan dan saranan tersebut memang amat tepat jika ianya dikumandangkan di dalam wacana dakwah dan agama. Hakikat ahli-ahli UMNO merupakan saudara seakidah dan ummah tidak dapat dinafikan. Siapakah ahli-ahli UMNO?, merekalah adik beradik, saudara mara, jiran, handai taulan dan juga kenalan orang-orang PAS. Mereka juga bersyahadah sekali, bersolat sekali, beryasin dan bertahlil sekali dengan orang-orang PAS. Mereka jugalah yang sama-sama membaca al-Quran yang dibaca oleh orang PAS, bersolat menghadap kiblat yang dihadap oleh orang-orang PAS, dan juga makan makanan halal dari cop JAKIM yang juga diyakini oleh orang-orang PAS. Mukmin itu bersaudara...Muslim saudara Muslim yang lain!

    Biarlah bahasa politik itu membicarakan persoalan akauntabiliti, ketelusan, tadbirurus, keseimbangan kuasa, kebebasan politik, penghapusan korupsi, keluhuran undang-undang dan yang seumpama dengannya. Sudah tentu rentaknya agak berlainan. Tetapi wacana politik tidak pula menafikan peranan ukhuwwah, akidah dan juga hubungan sesama Muslim. Biarlah yang kroupsi itu saudara seakidah kita, namun teguran kita, bangkangan kita dan juga usaha kita menjatuhkannya melalui ruang demokrasi tidak sedikit pun mengurangkan ukhuwwah dan juga ikatan akidah kita dengan mereka, malah membantu mereka...agar mereka tidak lagi melakukan kezaliman.

    Teruskan mentelaah & berfikir. Jgn takut pada isi atau kulit

    ReplyDelete
  3. Pelangai,

    Mukmin itu bersaudara...Muslim saudara Muslim yang lain!

    Apa maksudnya muslim yang lain tu? Sila huraikan.

    ReplyDelete
  4. Pelangai,
    Sila baca Surah Ali Imran, ayat 28 semula spt yg ditulis oleh anon 11.20 am. Sudah pasti ayat tersebut tiada tandingan dgn wacana logik akal manusia.
    Saya masih menahan diri dari cuba berlawan debat yg pastinya dipandu oleh nafsu inginkan supaya hujah kita dianggap lebih baik dari org lain.
    Saya hanya melepaskan pandangan utk sesiapa jika mereka terbuka hati utk menerima. Bukan utk tujuan perdebatan.
    Kenapa dlm kita bercakap Islam itu meliputi semua ruang lingkup kehidupan tp dlm masa yg sama kita bezakan di antara wacana politik dan wacana agama? Bukankha sdr dan yg seangkatan dgnnya yg siang mlm berhujah bahawa Islam itu syumul dan meliputi soal ekonomi, politik sosial dan mcm2 lg.
    Kenapa berpandangan, 'ukhwah itu menjurus kpd soal agama dan akauntabiliti dan ketelusan itu soal politik'? Bukankah Hj Hadi mengharamkan politik suku agama suku?
    Tidak terfikirkah oleh sdr, apakah kaitan ukhwah dlm soal akauntabiliti dan ketelusan?
    Kita akui tanggungjwb amar makruf nahi mungkar. Tetapi kenapa manusia lebih cenderung kpd nahi mungkar dan semangatnya tidak sama dlm soal amar makruf? Di situ wujud elemen perjuangan yg mengikut keinginan nafsu. Melakukan perjuangan ikut kecenderungan nafsu. Mencegah kemungkaran memang diakui lebih seronok dari melakukan amar makruf kerana itu kerja mudah yg boleh sj dilakukan oleh semua yg cenderung melihat keaiban org lain dr kebaikan.
    Bro pelangai, nabi suruh buat amar makruf dulu baru nahi mungkar. Mendidik anak atau generasi dgn menggalakkan mereka melakukan amal soleh adalah lebih wajib dari mengawal mereka siang mlm dari melakukan kemungkaran. Jika sdr dah didik dan masukkan nilai suci dlm diri mereka, maka sdr tak perlu kawal lagi anak2 dgn pelbagai kawalan krn mereka akan mengawal diri mereka sendiri hasil dr pembangunan nilai suci yg sdr tanamkan. Memang cara mengawal dan menempeleng anak lebih mudah kerjanya dari mendidik.
    Cubalah analogi ini sdr bawa dlm soal siasah dan kenegaraan. tentu akan dpt sedikit kefahaman.

    ReplyDelete
  5. Kami adalah kumpulan pancaragam, The Unspinners.

    Kami dendangkan lagu-lagu kebenaran dan merungkai pembohongan dan putarbelit.

    Sila mampir untuk mendengar lagu-lagu dari album terbaru kami seperti:

    1. KY Jelly boleh hilangkan kesan tetapi ...
    2. Mahaliwat Desperado nak tangguh kes.
    3. Mubahalah tak mau, Mahkamah tak mau

    Terima kaseyyyyy ...

    ReplyDelete
  6. Sambung lai ha..
    'Muslim sdr muslim yg lain' itu menggambarkan bhw seolah2 saya sudah terkeluar dari agama sbgmana yg dikehendaki oleh nabi kerana muslim itu tidak dua dan tidak juga tiga. Hanya 1 dr 73 golongan yg terselamat spt yg dikata nabi. Pandangan sdr itu tidak menjadi bebanan bgi saya dan mungkin jg sdr sudah pasti berada dijalan yg benar. Jika benar sdr sudah berada dijalan itu, maka tidak timbul lagi soal seksa kubur , masyar dan neraka dlm hal sdr. Tahniah awal di dunia lg saya ucapkan di atas kejayaan yg bakal sdr perolehi selepas kematian.
    p/s. Nabi saw dan para alim ulamak sohor tidak bertindak menghalang dan membangkang tindakan zalim umat utk tujuan supaya mereka tidak lagi melakukan kezaliman. Nabi ada tertibnya yg patut diikuti. Nabi tidak pernah runtuhkan 365 berhala yg berada dikeliling kaabah. Berbeza tertib baginda dgn tertib nabi Ibrahim yg bertindak runtuhkan berhala. Semua berhala termasuk berhala ekonomi, berhala politik kufur, berhala mata duitan, berhala gila kuasa ada dikeliling kaabah tp nabi tak pernah bangkang dan mendesak supaya diruntuhkan. Tp apabila nabi melakukan usaha menyeru kpd tuhan dan menyeru kpd amar makruf maka mereka sendiri yg meruntuhkan segala berhala dan kemungkaran dlm diri2 mereka. Tp kalau sdr fikir pendekatan nabi ini sudah tidak sesuai lagi atau bahasa popular pembangkang 'tak relevan lagi atau ketinggalan zaman dan lapuk', itu terpulang. Mungkin pendekatan sdr lebih baik dr pendekatan nabi. Mungkin ilham yg Allah swt berikan pd sdr lebih baik dr ilham yg Allah turunkan kpd kekasihNYa.

    ReplyDelete
  7. Mukmin itu bersaudara...Muslim saudara Muslim yang lain!

    yang saya faham adalah saudara = saudara bukan saudara = awak atau berbeza. Hahhh boleh begitu jauh/lari maksud difahami.

    saya pun tak berminat utk berdebat.
    Hanya mencari kebenaran supaya apa2 yg dikendong adalah bahan asli yang ori dan tahan uji.

    Nak tau yg ori, tanya mereka yg berpengetahuan. Yakin teruskanlah .....

    ReplyDelete