1. Di antara perkataan yang sering diperalatkan untuk menegakkan hujah atau fatwa ialah, ‘dibolehkan’, ‘diharuskan’, ‘tidak menyalahi’. Pelbagai lagi perkataan yang mirip kepada kepada fatwa sering digunakan di dalam memberi pandangan terutamanya di kalangan para ulamak.
2. Perkara yang kadang-kadang begitu ‘straight forward’ akhirnya menjadi berbelit-belit lantaran kepandaian para ilmuan ini membelit lidah-lidah mereka.
3. Tidak terasa bersalah atau terbeban sedikit pun si pemberi fatwa dalam menyatakan pendapat mereka dalam sesuatu permasalahan yang menjadi perdebatan awam.
4. Kita lihat saja tentang isu kebenaran penggunaan nama Allah di dalam agama triniti.
5. 10 ulamak yang diminta pandangan, maka kita akan dapati ada 10 pandangan yang berbeza. Itu belum termasuk pandangan kalangan bukan ulamak dan mereka yang disangka ulamak.
6. Hj.Hadi cakap boleh. Dr Haron Din cakap kufur, Dr Asri cakap dalam keadaan tertentu boleh dalam keadaan tertentu yang lain tak boleh, Nik Aziz tak tau, sekejap cakap boleh sekejap cakap tidak.
7. Macam atau mirip ulamak seperti Khalid Samad pulak 100% sokong. Mungkin di salib tu kalau tukar jesus Christ tukar kepada Allah Christ pun taada masalah. Mungkin baginya ini satu promosi ‘free’ untuk orang beriman kepada Allah agaknya. Zul Nordin pulak tidak rela nama Allah letak kat situ.
8. Jadi, siapalah sebenarnya yang boleh kita harapkan sebagai sumber rujukan sebenar di kalangan mereka-mereka ini?
9. Mereka yang di sebelah bukan Islam terus menerus menjalankan agenda mereka sama ada secara tersurat mahupun tersirat.
10. Manakala kita pula masih lagi terkial-kial berdebat tentang harus, haram atau halalnya satu-satu perkara. Sepatutnya begini, ini yang betul, itu salah dan pelbagai lagi pendapat dan pandangan. Semua membawa nas, hadis, pendapat ulamak sohor, kisah Abu Jahal, qias dan pelbagai ilmu perbandingan. Semua nampak macam betul!!!
11. “Habih waktu dek obang(azan), semayang tak yo”, bak kata pepatah N.Sembilan.
12. Tindakan dan hasil kepada tindakan kita umat Islam tidak juga kelihatan. Tapi dalam masa yang sama mereka terus bertindak dan berjaya mengasak. Hasilnya hari ini mereka sudah boleh menggunakan perkataan Allah dengan maksud yang sama sekali berlawanan.
12. Tindakan dan hasil kepada tindakan kita umat Islam tidak juga kelihatan. Tapi dalam masa yang sama mereka terus bertindak dan berjaya mengasak. Hasilnya hari ini mereka sudah boleh menggunakan perkataan Allah dengan maksud yang sama sekali berlawanan.
13. ‘Wabak pemikiran’ habis waktu dek azan ni sudah berakar umbi di dalam pemikiran umat Islam, tidak kira mereka orang awam mahu pun para ilmuan. Malahan wabak pemikiran ini lebih kronik berlaku di kalangan para ilmuan agama lantaran mereka memikir, merekalah yang paling tinggi keilmuan dan tahu serba-serbi.
14. Akhirnya bukan penyelesaian yang dihasilkan, malahan keadaan menjadi bertambah keliru. Dikepal-kepal beras segenggam, akhirnya bedarai juo.
15. Saya secara peribadi semasa di padang masyar nanti, JIKA dikhabarkan oleh Allah ‘lari akidah’, maka saya akan cepat-cepat salahkan semua mereka-mereka yang berfatwa semasa di dunia. “Kerana merekalah hambamu ini jadi ‘confuse’ Ya Allah”. “Tak tau hamba mana satu yang nak diikut”. “Depa-depa tu Ya Allah bagi fatwa ikut sedap mulut je. Hamba ni jahil, hamba harap depa nilah yang memimpin hamba. Mana hamba tauuu..Hamba tengok serban bejuntai memanjang, janggut boleh tahan, semayang tak tinggal, yang keluar dari mulut lagi banyak ayat quran dari hal duniawi... Hamba ikutlah. Nampak macam baguih-baguih…
16. Boleh lepas ka kalau pi jawab dengan Allah lagu tu…?
17. Sangkut kot…Tapi mereka yang menjadi penyebab kita tesangkut mesti lagi awai dan lagi terok kena nooo…
aiiii....macam nak balon orghang belah sini ja tuuuu..hehehe
ReplyDeletetuan...kalau pasal akidah macam ni pun ulama melayu dok terhegeh hegeh senang ja nanti nak d porak porandakan iman-iman anak muda...
ISLAM ITU DATANG DENGAN DAGANG AKAN PULANG DENGAN DAGANG...
Warehhhhh, baca komen Ku Li
ReplyDeleteSalam tahun baru dari anakcucu....
ReplyDeleteIsu ini memang jelas iaitu penggunaan kalimah Allah untuk agama kristian yang berfahaman Trinity...ini bererti mereka yang menyokong juga telah melatakkan kalimah Allah Zat yang kita sembah sebaris dengan ilah-ilah yang ada rupa dan bentuk, dengan itu seseorang muslim juga boleh jatuh kufur. Namun kita lihat dengan jelas tentang punca berlaku kerana keputusan dijatuhkan oleh Hakim yang bukan beragama Islam...siapa yang lantik? dan kita lihat juga punca yang tak jelas iatu ajaran kapiaq yang semakin hari bertambah kukuh begitu juga dengan sekolah mision yang tumbuh macam cendawan seolah-olah tanpa ada sebarang halangan dan had tertentu...manakala kebanjiran para mubaligh yang boleh kita kenal dengan memakai baju kemeja putih dan tali leher serta memakai seluar hitam tidak menjadi kerisauan pihak kerajaan...kerana apa? kerana pada peringkat ini mereka tidak mengganggu kerajaan dan tidak bercita-cita untuk menubuhkan parti kristian.....