Monday, January 11, 2010

TITIK

KOTA KINABALU 10 Jan. – Akhbar Herald-The Catholic Weekly perlu bersedia menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di mahkamah berikutan perkembangan yang semakin membimbangkan hingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar. Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun berkata, langkah tersebut perlu untuk keamanan dan kestabilan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Inilah pandangan yang sangat ditunggu-tunggu dan memang sepatutnya dilakukan oleh para aktivis agama di sebuah negara berbilang kaum yang terdapat pelbagai keparcayaan.

Selalunya bila berlaku konflik antara kaum atau agama seringkali pemimpin melayu dan Islamlah yang cepat bertindak menenangkan para pengikutnya dari bertindak liar.

Selalunya kita jugalah yang cepat dikenakan tindakan keras jika terdapat konflik atau kesalahan yang dilakukan oleh orang kita.

Isu kepala lembu, isu ketuanan melayu yang dibawa oleh Tok Mad Penang dan banyak lagi isu yang bersangkutan kepentingan bangsa atau agama, begitu cepat sekali para pemimpin kita bertindak membendung keadaan.

Isu kepala babi yang diletak di masjid, isu melayu pendatang, isu hak istimewa melayu yang dipertikaikan dan macam-macam lagi yang dimainkan oleh pihak bukan melayu dan bukan Islam seringkali habis begitu saja dengan cara memberi alasan kenyataan mereka sudah diputarbelit atau memberi alasan mereka tidak bermaksud begitu.

Seharusnya setiap pemimpin kaum mahupun pemimpin agama mesti mempunyai sifat membendung permasalahan yang boleh mengundang konflik kaum dan agama kerana itulah asas terpenting yang telah terbukti menjadi kunci keamanan negara selama ini. Pemimpin kaum dan agama ini harus tahu mengutamakan perkara-perkara terpenting yang sekian lama telah menjadi kunci kepada perpaduan dan keselamatan negara.

Tanda besar yang menunjukkan nilai ini telah hilang di kalangan para pemimpin kaum dan agama ialah penggunaan mahkamah secara keterlaluan oleh pihak berkepentingan untuk mencapai segala niat dan agenda, sehinggakan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dihakimi di mahkamah pun cuba dibawa kepengadilan hakim.

Mereka cuba memanipulasi setiap tafsiran perundangan untuk menang dalam perjuangan mengangkat agenda bangsa sendiri, politik kelompok sendiri atau pun agama sendiri.

Hari ini sudah ada pihak yang berjaya menggunakan pentafsiran mahkamah sivil untuk berkongsi nama tuhan.

Besok lusa mungkin ada yang mencuba untuk mengguna mahkamah untuk menentukan soal akidah seseorang penganut agama. Sebelum ini isu murtad dan perebutan jenazah atau mayat juga sudah diadili oleh mahkamah.

Cuba bayangkan jika mahkamah sudah boleh digunakan sebagai jalan untuk memperkembangkan agama oleh satu-satu penganut agama. Apalah yang akan terjadi akhirnya negara ini.

Tepat sekali apa yang telah dirumuskan oleh Tun Mahathir bahawa tidak semua perkara sesuai untuk dibawa kemahkamah untuk diadili.
Membawa soal kepercayaan dan akidah ke mahkamah samalah gilanya dengan orang yang cuba membawa soal cinta ke mahkamah untuk diadili. Pemikiran 'batat' seperti ini tidak harus dilayan.

Hari ini mereka seolah-olah sudah menganggap mahkamah itu sesuatu yang paling lengkap dan sempurna untuk dijadikan sebagai rujukan dan sumber terakhir dalam menyelesaikan semua perkara yang timbul di mukabumi ini. Perkara berkaitan agama Islam yang begitu sempurna itu pun sudah boleh diperkotak-katikkan oleh pentafsiran mahkamah ciptaan manusia.

Kerajaan harus meletakkan sempadan terhadap perkara-perkara luar batas ini dari terus-terusan berlaku dan menghimpit keharmonian, perpaduan dan keselamatan seluruh rakyat dari pelbagai kepercayaan dan etnik yang wujud di negara ini.

Kerajaan harus bertegas sebelum golongan ini makin tegar.

Kerajaan harus membuat pengumuman tegas dan bertindak. Bahawa sebarang perkara yang boleh membangkit bibit pergaduhan dan dibimbangi boleh menjejaskan keharnonian, perpaduan kaum dan keselamatan negara tidak ada tempat di negara ini.TITIK.

Undang-undang harus digubal khusus untuk menguatkuasakan peraturan ini bersekali dengan hukum yang harus dikenakan terhadap sebarang pelanggaran undang-undang ini.

4 comments:

  1. Salam semua,
    Ntah yo tah tidak org Islam yg bakar gerejo tu ? Kenapo harus kito tolak kemungkinan yang puak dio sendiri yg buek kojo khianat tu....?
    Semalam dah dapek bantuan kerajaan RM 500k. Kok ado mesjid yg tak dapek bantuan tu, bakar-bakar yo lah.....dapek bantuan kerajaan buek mesjid baru......baghuu yo...!!!!
    Cubolah kito monungkan sikit perlembagaan yang mengatakan setiap Melayu itu mesti Islam,oleh itu apo makno eh terbitan Herald tu dlm bahaso Melayu kalau tidak nak ditujukan pado org Melayu.....???
    PS. Orang Islam tak boleh jahil,kalau jahil tak Islam namo ehh....!!!

    ReplyDelete
  2. kerajaan akan bertindak cepat dan pantas klu melayu yg buat hal, tapi klu bukan melayu haram jadah satu tindakan nak ambik pun lambat dan akhirnya isu itu lenyap begitu aje.

    Kepala babi kat dlm masjid, kepala babi kat banner apa tindakan kerajaan, kenapa bila gereja kena bakau siap kutuk dan tindakan diambil secepat mungkin bantuan 500k datang secepat kilat.

    Sepatutnya isu kalimah Allah ini tak layak pun dihujahkan di mahkamah, kafir kristian ni harus tahu sensitiviti org islam.

    klu kafir2 kristian ini berdegil juga, kenapa tak ISAkan aje.
    Sebab atau punca terjadinya ketegangan ini adalah dari kafir2 kristian ini jugak.
    klu diorang tahu jaga sensitiviti org islam dan tak bawak isu ni ke mahkamah takkan ada gereja yg dibakar pun.
    herald katolik adalah punca segala masalah ini.

    pemimpin melayu skrg dah terlebih takut dgn org bukan melayu hanya kerana nak jaga sokongan politik dari mereka.

    Hishamnudin kau lebih baik letak jawatan aje, kau tak layak jadi menteri.
    Patutlah kau mintak maaf selepas junjung keris sebabnya jelas kau memang tak layak memakai keris.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan,
    Mungkin segala musibah ni ado hikmah dan peringatan eh....seperti yang saudaro nukilkan,soal akidah tidak perlu diheret sampai ko mahkamah,samo yo macam kes Arqam,Ayah Pin dan segalo ajaran-ajaran yang dianggap sesat tu.....
    Selagi ado menyobut La Ilah Illa Allah tak berani awak nak ngatoan sesat...
    Wallahu a'lam
    Selamat mengepal.

    ReplyDelete