PERKASA pimpinan Dato Ibrahim Ali nampaknya boleh diharap. Kalau dilihat dari apa yang telah dan sedang diperjuangkan oleh PERKASA, mirip kepada apa yang telah diperjuangkan oleh Dato Onn, Tunku Abd Rahman, Tun Razak.
Hakikatnya, apa yang di bawa oleh perkasa hari ini sebenarnya itulah perjuangan sebenar UMNO seperti mana yang telah dipelopori oleh pejuang terdahulu. Kalau golongan muda ingin lihat bagaimana perjuangan UMNO dulu-dulu, lihatlah apa yang diperjuangkan oleh PERKASA pada hari ini. Itulah gambarannya.
Gambaran perjuangan itulah yang pernah membuatkan hampir keseluruhan orang Melayu bergabung di bawah 1 panji-panji, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
Walau pun UMNO telah melalui pelbagai krisis dan perpecahan, tapi orang Melayu masih tetap berdiri teguh di belakang UMNO. Orang Melayu sangat berpendirian tegas terhadap sebarang kepentingan yang melibatkan alif ba ta.
Prinsip dan idealisma perjuangan yang telah dibawa oleh para awwallin UMNO diterima bulat oleh hampir sebahagian besar orang melayu ketika itu adalah kerana apa yang dibawa oleh UMNO benar-benar menepati naluri, isi hati, aspirasi dan cita-cita mereka sebagai bangsa Melayu.
UMNO disokong oleh orang Melayu kerana prinsip perjuangannya dan bukan kerana namanya UMNO. . Itu yang menjadi faktor terpenting kenapa UMNO telah disokong dengan kuat oleh orang Melayu, walau pun UMNO pernah mati dan terbelah dua berkali-kali.
Sokongan orang Melayu terhadap UMNO juga tidak kena-mengena dengan individu pemimpin. Orang Melayu lebih sanggup meninggalkan pemimpin yang mereka sayangi daripada meninggalkan prinsip perjuangannya. Mereka masih bersama UMNO kerana mereka yakin perjuangan orang Melayu hanya mampu diperjuangkan oleh UMNO dan mereka melihat UMNO masih memperjuangkannya.
Sebenarnya sokongan orang Melayu kepada UMNO bukanlah sokongan yang membabi buta. Mereka menyokong UMNO kerana naluri , isi hati, aspirasi dan cita-cita mereka seiring dengan perjuangan alif ba ta yang mana secara kebetulan selari dengan apa yang dibawa oleh UMNO.
Itulah tabiat dan feqli orang Melayu yang masih punya jati diri sebagai bangsa Melayu.
Jika UMNO tidak disokong lagi oleh orang Melayu, sudah tentu ada sebab penting yang telah menyumbang kepada penolakan orang Melayu terhadap UMNO.
Ada 3 kemungkinan yang menyebabkan UMNO tidak disokong;
1. Jatidiri orang Melayu sendiri yang sudah berubah;
2. Perjuangan UMNO yang sudah tidak selari dengan jatidiri orang Melayu; atau
3. Para pemimpin UMNO sendiri sudah tidak punya isi hati, aspirasi dan cita-cita yang seiring dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO.
Mustahil mereka meninggalkan UMNO disebabkan mereka tidak lagi mempunyai naluri perjuangan yang berteraskan alif ba ta.
Apa yang pasti, naluri itu adalah sesuatu yang semula jadi. Tidak mungkin naluri Melayu sudah menjadi tidak Melayu lagi.
Mesti ada sesuatu yang tidak kena kepada perjuangan UMNO hingga menyebabkan orang Melayu tidak lagi segan silu meninggalkan UMNO. Mesti ada sesuatu yang menyebabkan orang Melayu sampai sanggup menyokong DAP.
Tidak mungkin orang Melayu benci kepada perjuangan alif ba ta kerana alif ba ta adalah naluri semula jadi setiap orang yang bernama Melayu.
Jika dilihat dari perlembagaan UMNO, tidak ada salahnya dengan perjuangan UMNO. Jadi di mana silapnya?
Mungkin beberapa kesimpulan secara akademik boleh dibuat terhadap senario ini.
1. Jika UMNO kekal dengan perjuangan yang berteraskan kepada naluri dan aspirasi bangsa Melayu, maka, UMNO akan tetap kekal disokong oleh orang Melayu, walau siapa pun yang memimpin UMNO.
2. Jika perjuangan UMNO lari dari garis panduan ini, tidak menjadi kehairanan kepada kita, hari ini orang Melayu berfikiran mereka tidak kisah lagi sama ada UMNO ada atau tidak di bumi ini.
3. Selagi pemimpin UMNO masih tetap kekal membawa perjuangan alif ba ta, maka selagi itulah orang Melayu tidak akan meninggalkan UMNO. Jika ini keadaannya bolehlah orang UMNO meneruskan slogan ‘UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNO’.
4. Jika perlembagaan UMNO kekal, tetapi pendekatan yang dibawa oleh pemimpin UMNO tidak melambangkan aspirasi perlembagaan, maka tidak hairan kepada kita jika kita dapati orang Melayu tidak ada hati kepada UMNO. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana mereka sebenarnya sedang mencari sesuatu yang telah hilang, iaitu bahtera yang membawa muatan segala khazanah perjuangan bangsa mereka.
5. Jika jati diri Melayu masih kekal, UMNO juga masih tetap membawa idealisma yang sama dan dalam masa yang sama para pemimpin yang memimpin UMNO juga tetap teguh berpegang kepada apa yang dibawa oleh UMNO, tetapi sokongan orang Melayu tidak juga bersama UMNO, maka sudah barang pasti ada sesuatu yang pelik telah berlaku kepada cara dan pemikiran orang Melayu. Mungkin ada rasukan atau virus luar yang telah menyebabkan pemikiran orang Melayu tidak lagi dapat memahami jati diri bangsa sendiri sehinggakan perkara yang paling sensitif yang menjejaskan kedudukan agama dan bangsa Melayu sudah dilihat enteng oleh mereka.
Kita lihat nanti bagaimana sokongan orang melayu terhadap perjuangan PERKASA. Jika apa yang diperjuangkan oleh PERKASA diterima dan disokong oleh seluruh orang melayu, itu bermakna orang melayu masih kekal dengan identiti melayunya. Jika tidak, itu bermakna keseluruhan organisasi melayu termasuk UMNO harus memikirkan bagaimana untuk meletakkan kembali pemikiran orang melayu supaya berada kembali di landasan yang seharusnya. Virus, rasuk, amuk dan gejala yang mempengaruhi pemikiran melayu harus dibendung dengan kaedah yang lebih ke hadapan dari seluruh pemikiran yang ada. Mungkin kedaulatan melayu akan kembali berada di tempat asalnya.
Salam`
Dato Ibrahim Ali .. keseorangan saja ... yg berani bersuara.Pembesar umno senyap sapi .... main selamat ... takut tak di pilih Najb PR 13 nanti. Perlukah umno disokong ?
ReplyDeleteWell said bro....mintak izin untuk di copy...TQ
ReplyDeleteKata Sudin dlm Pendekar Bujang Lapok
ReplyDeleteAlif Mim Nun Wau SARKAS
Salam. gerun membaca artikel ini. Jika Perkasa itu merupakan jelmaan perjuangan Umno,mari kita sama-sama menjayakannya. Bawa lah pemimpin umno sekali kalau boleh ajak Nazri Aziz sekali
ReplyDeleteSalam Jaman,
ReplyDeleteSaya pernah terdengar Tun Dr Mahathir berkata, lahirnya pelbagai pertubuhan NGO seperti PERKASA ialah kerana UMNO tidak kuat.
Suatu ketika dahulu semua isu yang berkaitan dengan Orang Melayu, aspirasi Melayu, hak istimewa orang Melayu semuanya dijuarai oleh UMNO sehinggakan orang Melayu tidak perlukan NGO untuk mempertahankan hak mereka..
Kini Melayu bakal mengadu nasib kepada NGO. Hidup PERKASA!!!.UMNO?
Jokiden
Mmg benar, Ibrahim Ali keseorangan..Kita boleh faham mengenai pemimpin2 UMNO yg nk jaga periok nasi tetapi kita tdak faham kenapa Melayu2 lain pun dok relax jer..mungkin nk tunggu air sampai kat hidung, kot! Melayu, Melayu, nasib ko akan hanya jd spt Melayu Spork yg telah di muziumkan oleh..semua kita tahu ini!!
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteAnak cucu tak pasti pulak UMNO yang perjuangkan semua hak Melayu...anakcucu dari dulu sampai sekarang totok dengan PAS ...bersambung dari keturunan nenda anakcucu yang sanggup matyi menentang british bukan dengan jalan berdamai yang terlalu banyak perjanjian tak munasabah, perundangan british yang didokong oleh ahli masonary seperti yang disebut dalam al-quran, iaitu jgn sekali-kali kamu redha dengan yahudi dan nasaro. Oleh itu kita lihat hari ini, kalimah Allah diperkotak-katikkan sesuka hati, padahal kita juga yang menjemput sistem perundangan tersebut yang sudah tentu memihak kepada mereka, wallahu a'lam.
topat sekali apo yang kau kato man.mahadir dulu pernah cakap sekiranya dasar perjuangan umno diubah jajaranya pasti akan mengundang malapetaka.maka sekarang itulah yang telah berlaku.sesiapa yang menganggap menyatukan tiga kaum terbesar dalam sebuah negara yang unik seperti malaysia semasa pemerintahannya dulu adalah semula jadi dan enteng,sekarang lihat dan tanyalah diri sendiri adakah semudah itu...?
ReplyDeleteMESTI dibaca oleh semua ahli UMNO, orang Melayu dan orang Islam! Syabas kepada penulis.
ReplyDelete