- Dialog antara YB Menteri MITI dengan usahawan bumiputera akan berlangsung pada 26 Ogos ini. Dialog ini adalah lanjutan dari memo dan desakan para usahawan bumiputera yang tidak berpuas hati dengan pembubaran MeCD.
- Kebimbangan mereka ada asasnya. Kalau tidak, masakan mereka merasai kehilangan MeCD, kementerian yang selama ini menjadi pusat sehenti untuk usahawan bumiputera berurusan.
- Pemansuhan ini bukan bererti fungsinya turut mansuh. Pelbagai mantan agensi MeCD telah diserap di 8 kementerian lain.
- Perlu diingat, sebelum wujudnya MeCD, semua fungsi yang membantu melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) memang sudah sedia wujud di pelbagai kementerian dan agensi. Cuma pada 2004 kementerian khusus diwujudkan sebagai kementerian sehenti bagi memudahkan lagi urusan dalam menjayakan MPPB (BCIC).
- Peranan MARA tetap sama, samada ia diletakkan di bawah MeCD atau pun di Kementerian Luar Bandar. Sejak zaman Tun Razak, MARA telah diletakkan di bawah KPLB(KKLW). UDA sebelum wujudnya MeCD memang diletakkan di bawah MOF. LPKP sebelum MeCD berada di bawah kementerian Perdangan Dalam Negeri, dan kini diletakkan di bawah JPM. Perbadanan Nasional Bhd (PNS) diletakkan kembali di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Begitu juga dengan Pembangunan Vendor dan juga Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). Bank Rakyat yang terikat dengan Akta Koperasi juga kembali diletakkan di bawah Kem Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
- Baki agensi MeCD yang tinggal seperti Institut Keusahawanan Negara (Insken), Seksyen Pembangunan Perniagaan, Promosi & Pemasaran dan Seksyen Perancangan & Penilaian telah diletakkan di bawah MITI. Seksyen ini hari ini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU).
- Apabila BPU ini diletakkan di bawah MITI, maka semua mata usahawan melihat ke arah MITI sebagai Kementerian yang terlibat secara langsung dalam meneruskan agenda melahirkan MPPB.
- Sebenarnya, agenda melahirkan MPPB tetap menjadi sebahagian dari komitmen kerajaan sejak sekian lama, samada MeCD wujud atau pun tidak.
- Sebelum wujudnya MeCD, agenda ini memang berjaya walau pun tidak sepenuhnya. Hasrat kerajaan dalam melahirkan MPPB adalah bagi menambah penyertaan bumiputera yang terlibat di dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Apabila bilangan ini bertambah maka 1 dari agenda DEB, iaitu bagi memperbanyakkan golongan kelas menengah bumiputera secara tidak langsung akan turut tercapai.
- Persoalan yang timbul sepatutnya ialah, kenapa usahawan bumiputera melalui pelbagai NGO hari ini bersuara dan meluahkan kebimbangan mereka tentang kehilangan MeCD?
- Apakah yang sebenarnya dibimbangi oleh mereka sedangkan sebelum 2004, tidak pernah pun timbul dalam pemikiran mereka tentang MeCD kerana MeCD belum wujud?
- Sudah barang tentu, bukanlah wujud atau tidaknya MeCD yang menjadi kebimbangan mereka. Kebimbangan mereka ialah mengenai soal agenda melahirkan MPPB. Apakah komitmen kerajaan di dalam meneruskan agenda ini? Jika komitmen kerajaan masih tetap sama, bagaimana pula tentang soal indeks keberhasilan dalam agenda melahir MPPB setelah pelbagai agensi MeCD diserap di pelbagai kementerian lain?
- Sudah semestinya mereka terasa kehilangan sesuatu sebaik sahaja terbubarnya MeCD. Bukan soal pembubaran MeCD, tetapi mungkin mereka telah kehilangan sesuatu benafaat yang selama ini mereka nikmati sewaktu wujudnya MeCD.
- Mungkin mereka merasakan MeCD dan benafaatnya telah hilang secara serentak sebaik sahaja MeCD dibubarkan.
- Sebagai contoh, ada rungutan di kalangan usahawan yang selama ini telah dibantu melalui Unit Pembangunan Perniagaan, Promosi dan Pemasaran dengan bantuan berupa geran pembungkusan, pemasaran dan pengiklanan, kini telah terumbang ambing kerana tiada siapa lagi yang membimbing atau membantu memasarkan produk keluaran mereka.
- Ada juga usahawan yang wujud hasil dari Program Vendor, hari ini sudah terumbang ambing akibat dari kemangkatan MeCD. Begitu juga dengan mereka yang terlibat dengan program franchise dan juga mereka yang selama ini telah dibantu melalui TEKUN.
- Secara puratanya semua agensi-agensi ini sebenarnya sudah 'kering kantung' kerana dana RMK9 sudah sampai kepenghujungnya. Tahun 2010 adalah tahun terakhir RMK9. Mungkin pada 4 tahun pertama perlaksanaan RMK9, pengaliran keluar peruntukan agak agresif hingga mengakibatkan tahun terakhir RMK9 telah menjadi mangsa.
- Banyak mantan agensi MeCD sudah kekeringan dana dan terpaksa menunggu peruntukan RMK10 untuk menyambung kembali program yang sudah dan sedang dinikmati oleh para usahawan.
- Hakikatnya, memang ramai usahawan yang terjejas. Terjejas, pertamanya kerana proses rasionalisasi agensi yang diserap di pelbagai kementerian. Keduanya, secara kebetulan semasa proses rasionalisasi berlangsung, didapati peruntukan sudah tinggal sisa. Perancangan dan penilaian semula berdasarkan baki peruntukan yang tinggal terpaksa dilakukan.
- Akhir sekali yang merasa bahang pembubaran MeCD adalah para usahawan yang selama ini tahu bahawa MeCDlah yang telah menyumbang terhadap kemajuan perniagaan mereka.
- Jadi kesimpulan akhirnya, apakah kita mahu menyelesaikan permasalah yang timbul akibat dari pembubaran MeCD atau kita hanya mahu sekadar membudayakan budaya menuding jari?
- Semua pihak harus bertanggungjawab mengikut besar saiz pertanggungjawaban yang mereka warisi. Sudah tentu pihak kerajaan perlu mengambil pertanggungjawaban terbesar dalam memperbetulkan situasi tidak menentu ini.
- Walau pun 8 kementerian telah terlibat menyerap mantan agensi MeCD, tetapi jika didapati ada dikalangan kementerian ini terlepas pandang, ianya akan tetap dianggap sebagai kelemahan kerajaan keseluruhananya. Ini yang harus diperhati dan diperhalusi oleh kementerian-kementeriaan yang terbabit.
- Di pihak usahawan pula, mereka juga tidak seharusnya meletakkan kesalahan secara total kepada pihak kerajaan dengan menjadikan alasan pembubaran MeCD sebagai penyumbang utama kepada kegagalan perniagaan mereka.
- Ramai kalangan melayu dan Bumiputera sendiri hari ini sudah mempercayai budaya meritokrasi dan bercakap besar kononnya mereka tidak perlu lagi memakai tongkat sakti.
- Ada juga puak yang mengambil kesempatan dari definasi 1Malaysia yang terlalu luas.
- Penulis beranggapan, golongan pejuang meritokrasi & liberalisasi melayu ini mungkin tidak terlibat dengan NGO yang membuat desakan supaya MeCD diwujudkan semula…
Monday, January 25, 2010
MECD VS MPPB VS 1MSIA VS LIBERALISASI..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,
ReplyDeleteBetul ke apa yang D Rais cakap ni yg dilaporkan oleh Bernama dlm Berita Terkini Utusan:
Tiada tindakan terhadap penulis blog yang mohon maaf – Rais
26/01/2010 3:26pm
PULAU PINANG 26 Jan. – Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka setelah menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.
Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.
Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis blog itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikelnya itu.
Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun. – Bernama
Jokiden NS