Saturday, July 17, 2010

KJ TIDAK PERTAHANKAN APA...?

Tiada siapa pun yang membincangkan soal pemilihan parti di dalam UMNO ketika ini kerana pemilihan baru saja berlangsung pada Mac tahun lepas. Tiada siapa pun yang menawarkan diri apa-apa jawatan dalam parti tersebut ketika ini kerana semua orang tahu bahawa sekarang bukan masanya.

Tetapi ,kenapa KJ tiba-tiba muncul dan mengumumkan bahawa dia tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan akan datang?

Apa sebenarnya yang sedang cuba dilakukannya?

Adakah dia sudah berkira-kira kalau bertanding nanti beliau akan kalah? Kalau dia memberi alasan untuk memberi laluan kepada muka baru, bukankah beliau sendiri memang seorang muka baru? Dia kata dia akan memastikan penggantinya kelak bukanlah setaraf dengan beliau. Maksudnya dia akan memastikan penggantinya mestilah lebih baik dari dia.

Tapi, kenapa dia sengaja melontarkan idea ini sekarang? Apa sebenarnya yang dia cuba lakukan?

Ada dua kemungkinan kenapa dia umumkan sekarang. Pertama mungkin kerana dia terlalu bijak sehingga tiada siapa dapat membaca bacaan politiknya. Ke dua mungkin dia tersangat tidak bijak sehingga tidak tahu langsung membaca bila waktu yang paling sesuai untuk mengumumkannya.

Jika telahan pertama benar, bolehkah sesiapa memberi pandangan, agaknya apa rasional dia berbuat demikian?

Adakah kerana kepentingan parti dan institusi pemuda yang dikatakan ramai pihak, sudah ‘mogun’? Tapi kita kembali bertanya, kenapa sekarang? Adakah kerana merasakan dia adalah sebahagian dari punca berlakunya kemerosotan sokongan terhadap Pemuda dan UMNO, maka dia umumkannya sekarang dengan harapan, rakyat akan menyokong semula UMNO kerana pada pemilihan akan datang dia tidak lagi memegang jawatan penting dalam UMNO.

Kalau telahan ini betul dan dia sedar masalah liabiliti menyelubungi dirinya, kenapa dia hanya umumkan untuk tidak mempertahankan jawatan? Kenapa dia tidak umumkan letak jawatan sekarang demi parti? Bukankah itu lebih baik daripada hanya meletakkan harapan kepada rakyat bahawa suatu hari nanti dia tidak berjawatan penting lagi dan rakyat bolehlah berkira-kira untuk menyokong kembali UMNO?

Atau adakah dia hanya ingin menguji tahap sokongan sebenar kepada beliau dalam pemuda UMNO kini? Jika andaian ini benar, tindakan beliau sudah boleh dianggap tersilap langkah kerana sehingga kini tiada seorang pun di kalangan pemuda yang bangun dan mengeluarkan kenyataan mendesak beliau terus mempertahankan jawatan. Pemuda tidak respon langsung dengan kenyataan beliau buat. Hok pun tak, hek pun tak. Macam air lalu..

Atau pun dia sedang menguji kepimpinan tertinggi UMNO? Tapi apa yang nak diujinya? Kalau setakat ingin menarik perhatian pucuk pimpinan, masih banyak isu lain yang lebih berdaya maju untuk dibawa.

Atau… apa agaknya ye. Tak tau la. Susah betul nak di baca. Atau pun dia memang saja nak mengada-ngada? ‘Mintak puji’, kata orang Sabah.

Atau, adakah betul seperti yang diulas oleh blogger “APANAMA”..

4 comments:

  1. salam,

    ESQ...mufti wilayah vs mufti kebangsaan, sila kilk... www.seribuat.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. si kitol dah lemas,,,baik letak secara terhormat daripada mati tergantung. Nasib sikitol yang gelojoh

    ReplyDelete
  3. KAU TANYA ORANG DI LUAR SANA KAU SEBUT PAK LAH DAN KJ... SUMPAHAN MCM LEH KITA DENGAR KECUALI PUAK PEMBANGKANG..SEBAB PEMBANGKANG DAPT 5 NEGERI HADIAH MEREKA ANAK BERANAK KAUM KERABAT.. THAT THE POINT.

    ReplyDelete
  4. Bro..

    KJ tak nak defend ke tak mampu nak defend? Utusan laporkan beberapa minggu lepas KJ tidak mendapat walau satupun pencalonan...

    Mana satu yang betul?

    http://ondastreet.wordpress.com/2010/07/19/khairy-not-defending-fam-deputy-presidents-post-bernama/

    ~ OnDaStreet

    ReplyDelete