Tuesday, July 13, 2010

MELAYU MENANTI HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI..

Saya masih belum puas hati. Topik perpaduan Melayu masih bermain di fikiran. Soal perpaduan ini sudah dipandang dari perspektif kepentingan politik dari kepentingan perpaduan dan survival Melayu secara holistik.

Setiap kali ada suara menyeru kepada perpaduan Melayu, setiap kali juga akan ada suara sinis dan prejudis yang memperlekehkan seruan itu. Mungkin orang Melayu jenis ini perlu melihat dulu kehancuran dan kehilangan kuasa Melayu benar-benar terjadi terlebih dahulu, barulah mereka akan mengakui.

Masih teringat sewaktu menuntut di UiTM Sabah tahun 1985. Pimpinan Melayu di bawah parti Berjaya berpolitik secara berpatah arang dengan pimpinan Melayu USNO. Masing-masing angkuh dengan kelebihan yang ada pada mereka. Berjaya sombong dengan kuasa yang ada, manakala USNO angkuh kononnya pari mereka mendapat sokongan Melayu Islam di akar umbi.
Apa yang terjadi, akhirnya dua-dua pihak gigit jari dan PBS mendapat kuasa. Bila sedar kuasa sudah hilang barulah masing-masing berpelukan dan bertangisan. Tun Mustapha yang mewakili USNO dan tidak mendapat majoriti di dewan pun di suruh mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri, walau pun mereka tahu tindakan itu bertentangan dengan amalan demokrasi.

Dalam tempoh seminggu Melayu/bumiputera di Sabah mendapat 2 aib. Pertama, disebabkan kegagalan mereka memahami kepentingan perpaduan bangsa seagama, kuasa telah tercabut dari kalangan bangsa mereka. Ke duanya, apabila mereka sedar mereka telah tidak berkuasa lagi, mereka tidak mahu menerima pula hakikat kekalahan, hingga bertindak bertentangan dengan amalan demokrasi. Mereka meminta Tun Mustapha mengangkat sumpah Ketua Menteri walau pun menyalahi hukum demokrasi.

Mungkin pemimpin UMNO/PAS/PKR yang sebangsa dan seagama hari ini mahu melalui pengalaman yang telah berlaku di Sabah, barulah mereka tidak lagi akan mengambil enteng soal perlunya perpaduan bangsa seagama.

Mungkin apabila 120 kawasan parlimen yang majoritinya bumi/islam sudah diracik tiga kepada 40 UMNO, 40 PAS dan 40 PKR, barulah mereka akan berpelukan dan bertangisan sesama sendiri bahawa mereka sudah hilang kuasa. Di kala itu, yang bakal menentukan siapa yang akan memerintah adalah baki 102 kerusi yang dimiliki oleh bukan Islam. Kuasa penentu akan berada di tangan mereka. Bangsa Melayu Islam UMNO/PAS atau PKR hanya akan menurut saja apa yang bakal mereka cadangkan ibarat menanti hukuman gantung.

Apakah di waktu itu mereka baru akan menyembah ampun kepada Yang Dipertuan Agong dan memohon Agong untuk gunakan kuasa untuk selamatkan bangsa seagama mereka?

Di waktu itu kita juga nak tengok pejuang-pejuang Melayu yang kononnya bertegang urat untuk membawa idea kesamarataan dan pejuang-pejuang Melayu yang kononnya totok dengan idea membangun bersama Islam . Ada atau tidak lagi suara perjuangan mereka waktu itu. Berdegar atau tidak lagi suara mereka seantero dunia.

Bagaimana pula pendirian rakan-rakan liberalisasi mereka dalam PKR dan DAP waktu itu? Semua ini akan kita lihat, siapa sebenarnya yang tipu siapa. Siapa sebenarnya yang tonggang siapa. Siapa sebenarnya yang bodohkan siapa.

5 comments:

  1. Saya takda masaalah dgn UMNO LAMA
    Dizaman kecil saya dimana UMNO ini dipimpin oleh Cikgu2 kampung

    Tapi melihat 'jasa2' UMNO BARU terhadap Melayu/Malaysia
    Yg kini dikerumun oleh para Kontraktor
    Saya meluat

    Sahlah apa yg dikatakan oleh Sudin
    Alif mim nun wau = Sarkas

    ReplyDelete
  2. Bagi manusia yg berfikiran waras dan rasional mereka pasti dapat membuat pertimbangan dan perhitungan yg jelas dan nyata yg akan memberi jawapan terhadap persoalan iaitu apa akan terjai kepada Bangsa Melayu apabila orang Melayu hilang kuasa politik di negara ini.Mereka juga tahu iaitu kuasa politik orang Melayu akan hilang apabila mereka berpecah belah dan saling bermusuhan diantara sesama sendiri.Murid-murid sekolah pun tahu tentang erti pepatah Melayu yg berbunyi,"Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh".

    Persoalannya kenapa Melayu terus berpecah dan bersengketa sesama sendiri.Jawabnya ialah kerana kebanyakan orang politik Melayu sudah dilanda penyakit gila-gila kuasa;gila pangkat;gila wang ringgit dan gila harta benda.

    Amat malang bagi orang Melayu sekarang kerana kita mempunyai terlampau ramai manusia yg mengidap penyakit "gila" yg tidak lagi rasional dan waras dalam perkiraan politk lantas mereka telah menabur pelbagai fitnah dan menanam perasaan kebencian dan syakwasangka yg disemai melalui penyebaran dakyah dan propaganda sentimen parti politik masing-masing.Lebih buruk lagi apabila sentimen agama dipergunakan dengan cara berlebihan dan melampau yg telah melahirkan perasaan taksub membabi buta.Mereka inilah yg sanggup berkerat rotan dan bepatah arang sesama bangsanya sendiri yg beragama Islam tetapi sanggup pula bersengkongkol dengan kafir laknat yg memusuhi bangsa Melayu dan agama Islam kerana taksub kepada parti dan ketua mereka yg mempunyai agenda tersendiri.

    Dalam keadaan sedemikian barangkali agak mustahil untuk mengubahkan pemikiran dan menimbulkan kesedaran dikalangan mereka agar kembali bersatu demi survival Bangsa Melayu ,agama Islam dan negara.Kesedaran dan keinsafan mereka hanya akan timbul selepas kemusnahan dan kehancuran berlaku dimana Bangsa Melayu akan hilang segala-galanya.Pada waktu itu segala-galanya sudah telewat.

    Biar pun Hang Tuah pernah berkata," Melayu takkan hilang di dunia" tetapi dalam kontek senario politik hari ini,kata-kata keramat itu tidak menjamin apa-apa bagi kita.

    Setakat ini,bagi orang Melayu yg tidak mempunyai apa-apa kuasa atau keupayaan,hanya mampu berdoa agar Bangsa Melayu bersatu demi kesinambongan dan kelansungan hidup bamgsa kita.Sama-samalah kita berdoa.

    Askar Tua

    ReplyDelete
  3. Selagi kito tak dapek menghuraikan secara ilmiah keutamaan bangsa mengatasi agama selagi itulah masalah ini akan berlarutan. Macam juga iman dulu baru Islam. Siapa atau apa itu bangsa Melayu - mim lamalif ya wau
    Wassalam

    ReplyDelete
  4. BERSATU TAK SEMESTINYA DALAM UMNO KAPAL YANG SEDANG NAZAK NAK KARAM

    ReplyDelete
  5. orang bukan benci UMNO tp pemimpin UMNO yang rakus, elitis, ego, berlagak sombong, takut kalah di bahagian, rahsuah politik, janji munafik, kaki tander.....dan tak buat kerja....

    Pembangkang bukanya kuat dato'..."HEMBUS PUN TERBALIK, TAPI UMNO NAK HEMBUS PUN TAK LARAT"...pasal apa???? sendiri mau ingat...

    wanbaki,
    Baling

    ReplyDelete