Sunday, July 11, 2010

PEMBANGKANG FOBIA LIHAT MELAYU BERSATU..

Lama sangat tak menulis. Bukanlah kerana sibuk sangat tapi kerana terlalu banyak isu dan maklumat yang memeningkan kepala.

Pening kepala bukan saja melihat kritikan pembangkang terhadap BN yang sentiasa melihat apa yang dilakukan BN semuanya salah, malah pening melihat keupayaan para pemimpin BN dalam menghadapi tuduhan pembangkang.

Hari ini sudah tidak diketahui mana satu maklumat yang benar dan mana satu maklumat yang salah. Sudah tidak diketahui mana satu fitnah dan mana satu tuduhan yang benar.

Maklumat, tuduhan, fitnah dan fakta sudah bercampur-baur macam tomyam campur. Sangat sukar untuk memilih mana udang dan mana sotong atau ayam. Semuanya nampak sama kerana semua sudah diracik dan dipotong kecil.

Terlalu ramai yang memberi kritikan, ulasan dan tuduhan mahupun jawapan. Akhirnya bukan saja pembaca dan rakyat bawahan yang terkeliru, malahan si tukang tuduh dan tukang ulas sendiri pun turut terkeliru.

Benarlah seperti yang digambarkan oleh Nabi saw, akhir zaman nanti manusia berada dalam fitnah. Tidak diketahui mana benar dan mana yang salah. Yang salah kelihatan benar dan yang benar kelihatan salah. Umpama berada dalam gelap. Tidak dapat lagi membezakan yang mana satu tongkat dan yang mana satu ular.

Bila kita baca Harakah, akan kita lihat tajuk seperti “”Retorik takutkan Melayu”. Bila baca Utusan, terbaca oleh kita, “Muhyiddin ingatkan kuasa politik Melayu mungkin berakhir“ . Ada juga terbaca dalam Utusan “Penulis Blog AS dedah Anwar alat CIA”.

Sebelum ini terbaca juga dalam pelbagai media bagaimana BN dituduh cuba menghalalkan judi yang memang jelas haram. Tapi bila kerajaan menarik balik lesen judi yang diberi kepada Berjaya Group, mereka segera memberi tabik hormat kepada Vincent Tan yang bersedia dan berani membuat penjelasan dan membuat rayuan kepada kerajaan untuk memberikan semula lesen judi.

Apa sebenarnya yang pihak penuduh mahukan? Kalau dah batal lesen judi sepatutnya mereka mengalu-alukan kerana suara mereka sudah didengar kerajaan. Tapi cari pula ruang lain untuk terus kenakan tekanan kepada kerajaan dan tiba-tiba saja mereka menyokong pendirian Vincent Tan. Yang membuat hal ini adalah di kalangan pemimpin PAS. Mereka cuba pula lagakan UMNO dan MCA dalam soal judi kerana MCA tidak ada masalah dengan lesen judi.

Semua orang tahu termasuklah orang bukan Islam bahawa Islam melarang umatnya berjudi atau terlibat dengan apa-apa unsur judi. Tapi Islam tidak ada hak untuk melarang bukan Islam berhenti dari berjudi. Mereka ada hak dalam negara ini untuk berjudi. Sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir rakyat yang punya pelbagai kepercayaan, maka kerajaan pertimbangkan permohonan mereka untuk memberi lesen judi. Bukankah ini cukup mudah untuk difahami?
Kenapa ilmuan Islam ini tidak mahu faham dan buat-buat tidak faham? Malah mereka turut menyebar-nyebarkan bahawa UMNO halalkan judi? Bukankah sifat ini sangat hodoh dan munafik? Apakah wajar ajaran Islam mahu dikelirukan semata-mata kerana politik? Politik Islamkah ini?

Apabila Muhyiddin Yassin memperingatkan tentang perpecahan Melayu mungkin akan menyebabkan Melayu hilang kuasa, mereka segera menyanggah dan menuduh ini satu ugutan untuk menakutkan Melayu.

Apakah kalau nabi menyeru dan mengingatkan umatnya supaya jangan berpecah-belah juga mereka mahu katakan bahawa Nabi cuba menakut-nakutkan umat Islam?

Apakah salah Muhyiddin memperingatkan bangsa seagama mereka supaya jangan berpecah belah? Bukankah dia seorang pemimpin negara? Kalau sebagai pemimpin dia membiarkan saja bahaya yang bakal mengundang kepada bangsa se agamanya hanya kerana takutkan bidasan pembangkang, maka tidak gunalah dia duduk di situ.
Memperingatkan rakyat tentang pelbagai musibah dan ancaman yang bakal berlaku adalah satu kewajipan sebagai seorang pemimpin.

Orang yang memandang serong pandangan bertaraf negarawan ini samalah seperti orang yang benci melihat umat Islam bersatu padu. Merekalah yang sebenarnya berasa terancam dan tidak boleh cari makan kalau umat Melayu seagama bersatu padu. Mereka hanya boleh hidup jika Melayu berada seperti kedudukan hari ini yang telah terbelah tiga.

Pakatan Rakyat boleh tutup buku dan melupakan cita-cita besar untuk ke Putrajaya kalau umat Melayu kembali bersatu di bawah UMNO.

Congaknya cukup mudah.

Jika 70% Melayu bersama UMNO, maka secara automatik Pakatan Rakyat boleh dikira mati beragan.

Kenapa jurublog kata begitu?

Sebabnya ialah di negara kita ada kaum yang opportunis. Kaum ini hanya mahu untung, untung dan untung. Dalam sifir mereka tidak ada istilah rugi. Jika mereka lihat Melayu bersatu, dalam kiraan mereka, mereka tidak ada pilihan, melainkan terpaksa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN.

Apabila Melayu bersatu, secara automatik mereka akan hilang kuasa penentu siapa yang mereka patut menangkan dalam pilihan raya. Rata-rata di kawasan undi bercampur mereka ada tidak lebih dari 30% pengundi. Jika UMNO berjaya mengaut lebih 70% undi Melayu, ikut kiraan mana pun pembangkang tidak akan menang, kecuali di kawasan yang mana kaum opportunis mempunyai lebih 30% pengundi. Tapi di kawasan yang mereka ada 30% pengundi ini pun boleh dikalahkan, jika BN berjaya mendapat sokongan pengundi India.

Maka, jika berdasarkan falsafah hidup seorang opportunis, jika mereka tidak boleh gigit, dia akan buat kawan. Yang penting dia akan beroleh keuntungan. Jika mereka mengira UMNO kembali kuat dengan sokongan orang Melayu, maka sokongan undi kaum opportunis akan kembali bersama MCA/Gerakan. Mereka tidak akan biarkan agenda kaum mereka terjejas dengan melakukan tindakan bodoh menyokong pembangkang secara buta tuli tanpa ada perkiraan yang menguntungkan mereka! Kepada mereka segala-galanya keuntungan!

Itu sebab kita lihat hari ini, pasukan pembangkang seboleh-bolehnya tidak mahu sentuh isu perpaduan Melayu. Mereka fobia melihat Melayu bersatu.

Hari ini kaum opportunis masih menyokong pembangkang kerana ada kaum Melayu yang dapat ditunggang dan dikenderai. Kaum Melayu inilah yang sedang dimanipulasi pemikiran mereka. Kaum Melayu jenis ini lebih cina dari cina, lebih liberal dari Amerika dan lebih Islam dari sahabat nabi.

Kaum Melayu jenis ini, jika berbicara soal Islam dialah yang paling tahu dan paling islamik. Bila berbicara soal liberalisasi mereka lebih totok dari liberalis Amerika. Bila berbicara soal samarata lebih ekstrim dari cina.

Pendek kata jika Melayu jenis ini ada lebih dari 30% di negara ini, maka selagi itulah kaum opportunis akan terus mengasak Melayu hingga ke tebing dengan senjata undi penentu mereka.

3 comments:

  1. Salam KNKB,satu isu yg baik diketengahkan untuk renungan bangsa bernama melayu..!

    ReplyDelete
  2. Tuan, nak buat ape fikir panjang. Sebenarnya pemimpin Melayu BN kurang nak berfikir dan dah ada kuasa pun tak pandai nak gunakan. Buat apa fikirkan pemimpim melayu PAS/Keadilan/DAP. Pemimpim melayu nak tolong melayu pun tak semengah tak bolih pakai. Melayu pun tak pecaya pada pemimpim melayu yang ada. Nak harap pegawai kerajaan pun yang tak masuk politik pun sama aja. Sebab tu melayu yang ada ni buat hal sendiri. Fikir2 la tuan Semua kata nak perjuang kan melayu TAPI bila dapat kuasa anak2/kuncu dia ajae dapat nikmat. Saya sedia semuka dengan siapa aja jika mahu dengar perkara sebenarnya. Maaf tuan saya suka sikap tuan tapi dengan adanya pemimpim2 yang ada sekarang tidak akan dapat berubah.

    ReplyDelete
  3. umno fobia kerana orang melayu sudah bersatu didalam PAS

    ReplyDelete