Tuesday, September 14, 2010

NAZRI, PARASIT & CO PENGANUT FAHAMAN TAHYUL CHUA SOI LEK...

Nan Yang Siang Pau 12hb Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dengan marah dan mengutuk berkata, jarinya seperti pedang dihunuskan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Nazri berkata UMNO menjauhkan diri daripada Perkasa tidak akan melemahkan UMNO, sebaliknya menuduh Tun Mahathir selalu mengkritik UMNO sehingga UMNO menjadi lemah.

Kenyataan Nazri ini adalah bukti jelas menunjukkan betapa Nazri dan puak-puak parasit dalam UMNO sudah diresapi fahaman tahyul MCA.

Kenyataan yang dibuat ini hanyalah semata-mata untuk meyakinkan diri sendiri bahawa UMNO tetap kuat dan utuh walau apa pun situasi yang berlaku. Semua kemungkinan yang boleh merugikan UMNO mahu dinafikan. Sindrom penafian Pak Lah begitu kuat wujud di kalangan pemimpin-pemimpin parasit seperti Nazri.

Jika dilihat muka-muka yang mahu UMNO menjauhkan diri dari PERKASA semuanya adalah orang-orang tegar yang cuba mempertahankan Pak Lah sewaktu beliau berkuasa.

Media yang terlibat meributkan isu jauhi PERKASA ini juga adalah media-media yang bertungkus-lumus untuk mempertahankan Pak Lah hingga saat-saat akhir kejatuhannya. Media-media dan pemimpin parasit ini jugalah yang tidak kenal erti malu menghentam dan mengutuk Tun Mahathir siang dan malam ketika Pak Lah berkuasa dulu.

Mereka jugalah yang menjadi penyebab Pak Lah beraja di mata dan bertakhta di hati dan mengelamun mengatakan UMNO/BN kuat hinggalah dikejutkan dari lamunan di malam pengumuman keputusan PRU12 yang lalu.

Sekarang pemimpin parasit UMNO ini dan media-media yang sama juga cuba membuat gerakan memperlekehkan PERKASA dengan harapan orang Melayu akan menjauhi PERKASA.

Apakah yang menyebabkan mereka ini beriya-iya separuh mati menghentam dan memperlekehkan PERKASA? Apakah yang merangsang Nazri sehingga apa saja yang menjejaskan UMNO akan dituduh akibat dari angkara Tun Mahathir?

Apakah Nazri, Parasit & Co ini benar-benar yakin, jika pengaruh PERKASA dan Tun Mahathir dapat dijauhi dari rakyat, maka UMNO/BN akan kuat seperti sewaktu UMNO dipimpin oleh Tun Mahathir?

Hakikatnya siapalah Nazri jika nak dibandingkan dengan gerakan massa bangsa Melayu yang sedang dibawa oleh PERKASA. Apatah lagi jika nak dibandingkan dengan signifikannya sumbangan Tun Mahathir kepada UMNO dan negara bangsa. Untuk disamakan dengan debu-debu perjuangan yang ada di tapak kasut Tun Mahathir pun tidak layak, apa lagilah jika nak dibandingkan dengan tubuh Tun Mahathir.

Jika mahu diukur dari segi pengaruh, apa yang dilakukan oleh Nazri, Parasit & Co terhadap PERKASA dan Tun Mahathir, laungan mereka hanyalah seperti salakan anjing kurap kepada sebuah bukit, dengan harapan bukit akan runtuh hasil dari salakan mereka.

Akhirnya rakyat khususnya orang Melayu bukan menjauhi PERKASA atau pun Tun Mahathir. Sebaliknya kita takut UMNO yang akan dijauhi oleh orang Melayu akibat dari sikap angkuh pemimpin parasit yang tidak henti-henti menongkat langit.

Jika pemimpin-pemimpin parasit UMNO ini masih kekal diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan dan masih diberikan peranan untuk menentukan survival UMNO pada PRU13, adalah dikhuatiri UMNO tidak lagi menjadi kerajaan kerana rakyat dan orang Melayu sudah menjauhkan diri dari UMNO.

Kalau pucuk pimpinan nak sedar, sedarlah sekarang. Jangan nanti jadi macam Pak Lah. Buat kek sebesar tidak, konon untuk meraikan kemenangan besar BN malam keputusan PRU12, akhirnya kek tak jadi potong kerana kuota kerusi parlimen yang selalu diberi oleh rakyat kepada BN sudah banyak dipotong oleh pengundi.

No comments:

Post a Comment