18,000 Melayu rasis berhimpun di Pasir Mas di dalam panas terik. Mereka berkumpul untuk mendengar dan menyatakan sokongan kepada ucapan rasis Tun Mahathir.
Ucapan dan nada rasis seperti yang dilaungkan oleh Dato Onn pada tahun 1946 bergema kembali hari ini. Cuma bezanya, di awal-awal perjuangan bangsa Melayu dulu sehinggalah kemerdekaan tercapai, ucapan begini tidak pernah dituduh rasis, malah kaum cina dan india yang belum pun menjadi warganegara ketika itu tidak banyak soal dan menerima saja apa yang diperjuangkan oleh bangsa Melayu. Maklum sajalah ketika itu yang penting bagi mereka ialah untuk hidup lama dan jadi warganegara tanah Melayu. Apatah lagi bangsa Melayu ketika itu begitu dahagakan kemerdekaan dan tidak kisah untuk mengorbankan sebahagian dari hak mereka untuk dikongsi bersama dengan cina dan india yang berstatus imigran ketika itu.
Hari ini, PERKASA telah membuktikan sebarang usaha dan perjuangan yang selari dengan naluri semula jadi insan yang ada dalam diri setiap bangsa pasti akan mendapat sokongan dan dukungan dari bangsanya. Sebarang perjuangan yang benar-benar mendaulatkan agama, bangsa dan tanah air pasti akan disokong oleh bangsa yang menunjangi sesebuah negara itu.
UMNO diterima oleh seluruh bangsa Melayu ketika itu adalah disebabkan oleh wujud persamaan antara naluri semula jadi bangsa Melayu dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO. Disebabkan persamaan yang wujud itulah UMNO terus diterima oleh majoriti rakyat. Selama mana perjuangan UMNO bersamaan dengan kehendak naluri semula jadi bangsa Melayu, selagi itulah UMNO akan terus diterima oleh orang Melayu. Semakin tipis UMNO mengambil tahu hal ehwal perjuangan alif, ba, ta orang Melayu, maka akan semakin tipislah sokongan orang Melayu terhadap UMNO.
Kuat atau lemahnya UMNO bukan kerana kekuatan pengaruh pemimpinnya, tetapi sejauh mana kuatnya azam dan tekad pemimpin UMNO itu untuk memperjuangkan nasib agama, bangsa dan tanah airnya. Orang Melayu telah membuktikan kesanggupannya menolak perjuangan pengasas UMNO apabila pengasas UMNO itu sendiri cuba mengubah asas perjuangan UMNO. Orang Melayu telah membuktikan kesanggupan menolak sesiapa saja pemimpin besar mereka jika mereka lari dari perjuangan UMNO.
Allahyarham Dato Onn, Ishak, Fuad dan ramai lagi yang meninggalkan UMNO tidak akan disokong oleh orang Melayu sebaik saja mereka lari dari apa yang diperjuangkan oleh UMNO.
Perbezaan yang berlaku hari ini ialah pemimpin-pemimpin UMNO tidak meninggalkan UMNO tetapi sebaliknya pemimpin UMNO sendiri yang ramai telah meninggalkan perjuangan alif, ba, ta yang sejak azalinya dibawa oleh UMNO. Situasi inilah sebenarnya yang amat membahayakan kedudukan UMNO. Jika begini keadaannya, berkemungkinan besar UMNO akan ditinggalkan oleh orang Melayu.
Senario pemimpin meninggalkan UMNO pada ketika UMNO berada di landasan yang bersamaan dengan naluri bangsa Melayu pada hakikatnya adalah sama dengan senario pemimpin UMNO hari ini yang telah meninggalkan perjuangan alif, ba, ta yang dibawa oleh UMNO. Ke dua-dua senario ini pada hakikatnya akan menghakis kepercayaan dan sokongan orang Melayu.
Apabila pemimpin-pemimpin UMNO sudah tidak yakin dan percaya apa yang selama ini dibawa oleh UMNO adalah sesuatu yang benar, maka senario inilah yang akan membunuh UMNO secara perlahan-lahan. Bagaimana UMNO mahu disokong secara sepenuh hati oleh seluruh bangsa Melayu jika pemimpin yang memimpin UMNO itu sendiri sudah tidak yakin lagi dengan konsep alif, ba,ta perjuangan UMNO? Mereka hari ini lebih teruja dengan perjuangan orang lain yang membawa fahaman yang lebih liberal dan lebih Malaysia kononnya dengan menganggap perjuangan berasaskan bangsa sudah tidak relevan lagi.
Hari ini, kehadiran seramai 18,000 Melayu yang turut dihadiri oleh bangsa cina, india dan siam telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa hujah-hujah pemimpin parasit UMNO yang berpendapat UMNO perlu menjauhi PERKASA jika mahu undi semua kaum dalam PRU13 akan datang, ternyata meleset sama sekali.
Pemimpin parasit UMNO inilah sebenarnya yang menyempitkan fikiran sendiri. Merekalah sebenarnya yang tidak tahu mereka sebenarnya ketinggalan zaman dan sudah tidak kenal naluri dan kecenderungan bangsa sendiri. Mereka sudah keliru dengan sejarah dan rahsia kejayaan perjuangan alif, ba, ta. Mereka sudah tidak faham kunci kejayaan kepada pembinaan negara bangsa yang telah dicipta oleh pemimpin terdahulu.
Mereka yakin kepada perkara atau fahaman baru yang belum tentu menjamin kejayaan dan survival bangsa dan rakyat keseluruhannya sehingga sanggup memperlekehkan prinsip perjuangan yang sudah terbukti membawa kejayaan.
Bila memikirkan tentang kesongsangan pemikiran pemimpin parasit UMNO ini, teringat saya akan ungkapan lawak popular di Kuala Pilah…”Bila tengok untuk orang meleleh air liur, bila tengok untuk sendiri meleleh air mata”. Sebenarnya penyakit inilah yang sedang meracuni pemikiran sebahagian besar pemimpin UMNO yang lebih percaya kepada perjuangan orang lain sehingga sanggup memperkecilkan perjuangan sendiri yang telah terbukti membawa tuah kepada agama, bangsa dan tanah air.
Akhirnya nanti, perjuangan yang cuba dikejar tak dapat, perjuangan yang sekian lama dikendong berciciran..
Betul lu cakap bro. Majoriti pimpinan UMNO lupo akan perjuangan sebonar UMNO yg telah di peju broangkan olih datok nenek kito.Shkarang ni Asyik bosarkan tempolok eden raso UMNO kena reform biar banyak pemimpin yang mudo tapi berjiwo tua dan bersemangat tahun 46 macam ekau lah dan rakan2 yang sebayo. Yang pemimpin tuo tu kito jadikan sebagai penasihat untuk menegor kot2 tersasar....syabas
ReplyDeletetopat sekali man...moga2 ramai yang sedar dan menginsafi apa sebenarnya masaalah yang di hidapi oleh pemimpin kita seperti mana yang di paparkan dalam entri terbaru ini.Orang melayu jangan lah nak ' terhantok baru nak mengadah '
ReplyDeleteKenyataan terkini Nazri Aziz semasa ditemubual ketika rumah terbukanya benar-benar mahu menghancurkan UMNO. Apakah Nazri Aziz ini 'bom' yang diletakkan didalam UMNO untuk memusnahkan parti orang melayu ini. Katanya perjuangan yang berasaskan kaum sekarang sudah tidak relevan tapi, pada masa yang sama beliau berada didalam parti yang berasaskan kaum iaitu UMNO. Apakah DS Najib tidak nampak kemusnahan yang sedangkan dilakukan oleh Nazri Aziz ini. Imej DS Najib turut terpalit oleh perbuatan Nazri. Ahli akar umbi sekarang tidak segan silu lagi memperleceh DS Najib yang dikatakan lemah malah lebih lemah dari Tun Lah. Sekarang undi untuk UMNO/BN sudah hilang sekurang-kurangnya dari keluarga saya kerani kami sudah membuat keputusan tidak akan mengundi selagi Nazri menjadi panglima Najib
ReplyDelete