“Bersopan dengan pembangkang adalah tindakan tepat untuk diambil dalam amalan demokrasi kerana seperti saya mereka juga dipilih oleh rakyat”.
“Awang tidak pernah terfikir bagaimana 5 ahli parlimen PKR boleh melompat ke kumpulan bebas kalau bukan kerana kesopanan yang diperlihatkan oleh saya kepada mereka selaku menteri hal-ehwal parlimen”.
Bagi Nazri dia hanya perlu bersopan dengan pembangkang dan ini terbukti apabila dia akan berlaku biadap kepada sesiapa saja selain dari pembangkang yang memang dimaklumi hanya bekerja siang dan malam mengkritik dan membalun kerajaan tanpa henti.
Bagi Nazri 5 pembangkang itu tidak akan lari ke kumpulan bebas jika tidak kerana kesopanannya selaku menteri parlimen. Maknanya mereka lari meninggalkan PKR bukan kerana mereka tidak bersetuju dengan pimpinan PKR, tapi disebabkan dia selaku menteri parlimen telah bertindak sopan kepada pembangkang.
Bagi Nazri, dia hanya akan bertindak biadap kepada pengkritik kerajaan tidak kira siapa, waima Dr Mahathir, tetapi parti pembangkang tidak termasuk dalam senarai pengkritik kepada kerajaan. Itu sebab dia bertindak sopan kepada pembangkang.
Bagi Nazri (termasuk saya dan semua yang lain juga setuju), apa yang paling penting adalah memenangi pilihan raya di mana semua undi adalah perlu tidak kira siapa, asalkan mereka pengundi. Tetapi apa yang dia tidak mahu-mahu sedar diri ialah, kebiadabannya kepada pengkritik kerajaan selain dari pembangkang termasuk kepada Tun Mahathir dan PERKASA itulah di antara penyumbang penting yang akan menghilangkan rasa percaya, hormat, simpati dan sayang pengundi kepada UMNO dan calon-calon dari BN.
Itu sebab semua komen dalam Malaysian Insider memberi bravo kepada kononnya kejantanan Nazri kerana semua komentator yang memberi komen dalam Malaysian Insider sememangnya golongan pentaksub pembangkang. Bukan pentaksub Nazri!. Nazri janganlah perasan dengan bravo bravo yang boleh mengelirukan pemikiran Nazri sendiri.
Padang Rengas pun majoriti tinggal 4000 saja dalam PRU12. Mungkin Nazri fikir dengan tindakannya untuk menjadi hero dengan slogan ‘Malaysia first, Malay second’, maka undi-undi cina dan india yang lari kepada pembangkang di Padang Rengas dulu akan datang kepada dia balik. Mungkin boleh datanglah undi tu, tapi undi Melayu yang sedia mengundi dia dulu tidak tahu berapa ribu pulak yang bakal lari dalam PRU13 nanti…
DAN…Kalau Nazri masih kekal lagi dalam kabinet atau pada PRU 13 nanti, berapa ratus ribu undi Melayu akan lari kepada pembangkang disebabkan pendekatan Nazri yang biadap kepada kumpulan sendiri-sopan kepada pembangkang. Kalau undi Melayu lari 500,000 dan undi bukan Melayu lari balik kepada BN juga 500,000 disebabkan slogan Nazri ini, komposisi BN-pembangkang dalam dewan secara arithmatiknya akan kekal status quo. Tapi kalau undi Melayu lari 500,000 kepada pembangkang, manakala undi cina dan India tetap kepada pembangkang juga, maka Nazri dan seluruh pimpinan kerajaan yang mewakili UMNOlah yang sebenarnya kena tipu dan dikelirukan oleh kaum bukan Melayu ni.
Kita tengok pendekatan siapa yang makan tuan.
bodoh btol nazri ni...muka pun macam geng pecah rumah...macam haram...
ReplyDeleteNazri ...tidak boleh pakai ini orang.
ReplyDeleteSebagai orang dan bangsa Melayu saya tetap tidak akan menerima slogan bodoh 1Malaysia. Melayu tetap Melayu...janganlah kerana nak ambil hati bangsa lain sanggup membuang bangsa Melayu yang ada pada diri kita. Say NO to 1 Malaysia......anyway 1 Malaysia tu apa ek?????
ReplyDeleteNazri ingat dengan surat terbuka kepada awang selamat, orang akan lagi respek kat dia? Come on la...
ReplyDelete