Hanya DS Najib yang mempunyai 'prerogative' untuk menghentikan kebiadaban dan kerosakan yang mampu dilakukan oleh Nazri Aziz terhadap hati dan jiwa umat Melayu. Apabila hati dan jiwa umat Melayu sudah rosak, yang sudah pasti menerima padah adalah UMNO yang sedang cuba dipulihkan oleh DS Najib.
Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Nazri Aziz akan bersikap kendur dengan kritikan bertubi yang sedang dihalakan kepada beliau. Tidak ada tanda-tanda sikap kepala batunya yang akan menjejaskan UMNO untuk menjadi sedikit cair walau pun sedikit. Sekurang-kurangnya Ku Nan ada menunjukkan sikap orang salah kain apabila dikritik kerana kenyataannya yang meminta PERKASA dijauhkan dari UMNO. KJ pun senyap juga bila dia mendapati kenyataannya tidak popular di kalangan orang Melayu.
Tapi, si Nazri langsung tidak peduli. Malah hari ini beliau mencabar PERKASA supaya didaftarkan sebagai parti politik. Pendekatan politik anak jantan yang dibawa oleh Nazri sebenarnya hanya sesuai dijawab dalam gelanggang gusti labu labi. “Ini kepala bapak aku dan ini kepala bapak engkau. Kalau kau benar-benar anak jantan pijaklah kepala bapak aku”. Cabaran emosi dan kebodoh-bodohan ini hanya sesuai dilakonkan di filem macam P.Ramlee buat.
Patutkah sebuah perjuangan besar yang melibatkan soal pembinaan negara bangsa, survival masa depan agama, bangsa dan tanah air mahu diselesaikan dengan cara mencabar kejantanan seseorang? Memang bangang sangatlah tahap pemikiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang ada sekarang ni.
Jelas…tiada siapa yang boleh melentur buluh kasap yang seorang ini. Hanya DS Najib saja yang boleh melakukan sesuatu untuk menghentikan kebodohan seorang menteri kabinet yang boleh menyebabkan UMNO dijauhi oleh bangsa Melayu dalam PRU13 akan datang.
Kenyataannya yang menyebut perjuangan berasaskan kaum sudah tidak relevan lagi boleh diambil pertimbangan oleh MT UMNO untuk memecat keanggotaan Nazri dalam parti kerana dalam perlembagaan UMNO jelas tercatat bahawa UMNO adalah sebuah parti yang berasaskan kaum. Nazri tidak layak duduk dalam parti perkauman kerana dia sudah tidak percaya kepada perjuangan yang berasaskan kaum.
Jika UMNO takut untuk bertindak atau UMNO bersetuju dengan pandangan Nazri, maka UMNO harus membuat pindaan terhadap perlembagaan parti dan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum. Jadikan UMNO parti berbilang kaum dan nyatakan dengan jelas hala tuju baru perjuangan UMNO adalah untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya. Pada masa yang sama bubarkan saja BN kerana apa perlunya wujud MCA, MIC, yang mewakili kaum cina dan india jika UMNO sudah menjadi parti yang memperjuangkan nasib semua kaum.
Adakah Nazri sudah benar-benar terkeliru apa yang seharusnya diperjuangkan atau Nazri hanya semata-mata mahu memperjuangkan ego sentrik yang wujud dalam dirinya?
Kalau hanya semata-mata mahu mempertuhankan ego peribadi dia tidak seharusnya menggadaikan masa depan UMNO dengan pendekatan biadab dan celupar yang sedang diamalkannya.
Jangan nanti dek kerana kebiadaban dan keceluparan mulut Nazri, tubuh badan UMNO yang akhirnya rosak binasa.
Bro,
ReplyDeleteSobonar eh apa yg dibuek PM kito ni. Kehulu kehilr cubo nak repair tapi dalam masa yang samo, orang dio sendiro dok menjahanamkan UMNO. Apo sobab eh dio tak buang Nazri ni pun ramai yang tak paham. Samolah dio simpan montori EPU yang samun duit rakyat habis habisan.
Semuo eh terlotak kek kekuatan seseorang pemimpin tu. Kalau nak berubah, konolah repair semuo eh. Mano ado orang repair sikit2. Bilo nak solosai eh. Perkaso ni kito takleh nak menidakkan. Its the only malay based organisation yang tinggal sekarang ni. Cino dan india pun ado yo organisation yang perjuangkan bangso dio. Dio orang lagi pulak. Mintak bondo yang tak ado dalam perlembagaan. Perkaso ni bukan mintak, hanyo pertahan yo. Payah bonar ko orang nak paham.
Sobonar eh congak eh mudah bonar. Kito ni nak jago majority ko nak jago minority yang kito sendiri pun tak yakin keikhlasan eh.
Arcadia
ese ghaso oghang mcm nazri perlu dlm umno demi utk mematangkan fikrah. kalau sumo jadi pak turut dan terlalu jago periuk nasi, itu alamat utk jahanamkan parti tertuo nih. skrg umno di persimpangan selepas PRU 2008, byk kawasan melayu hilang dan byk negeri utama tewas. ini seolah2 tando kepimpinan umno tertolak dan anak mudo bukan lagi mcm dulu2. ese ghaso kepimpinan utamo umno pusat dan negeri perlu ditukar, biarlah lebih islamik sikit sbb yg ado ni jadi umpatan oghang yo. kok susah ko nak ambik islam sbg panduan umno? ese cayo Pas mungkin bersamo umno bilo ini diserasikan. maso umno tongah sakit ni elok buek perubahanlah.
ReplyDeletedia ni tak sado diri
ReplyDeleteNazri, KJ semua ni tak soda diri n dia mana ada tolong Melayu tapi jual Melayu adalah....... apa jasa dia org ni bila ada kuasa?????? MRSM apa jadi..... elok2 anak Melayu boleh belajar aman-aman kat MRSM dia pulak bukak ke orang luar... KJ apa yang dia tak jual untuk tompolok dia..memang kita tak mahu pemimpin jadi tukang angguk tapi kita nak cari pemimpin yg tahu n soda diri.... pemimpin pandai ramai tapi pemimpin melayu yang pandai dan memperjuangkan melayu tu yang tinggal 2 3 orang je.. mereka ni tak pernah tahu susah hidup orang kampung sebab mereka ni semua anak orang kaya n semuanya dari kecil lagi dah senang semua dah ada dan pada mereka ni mereka dapat apa yang mereka mahu sebab mereka fikir dia orang pandai tetapi bukan sebab atas hakikat dia orang Melayu dan Bumiputra, orang macam ni kita tak boleh harap untuk nak tolong kita orang Melayu...orang Melayu pun dah takde apa dah hari ni, yang ada hanya Baju Melayu dengan Askar Melayu je. Harap dapat lah pemimpin UMNO hari ini sedar, parti lain tak perjuangkan kaum lain, tetapi yang kita keliru bila pemimpin UMNO je yang sejak akhir ni nak perjuangkan kaum lain, walhal kaum Melayu sendiri takde orang yang nak perjuangkan. Nak mencari orang macam Awang Selamat dah tak ramai tapi tukang mengampu dan kaki kipas ramai. Harap pemimpin atasan UMNO dapat buat satu mahasabah dan mencari satu titik supaya pembelaan keatas orang melayu ini dapat benar-benar di rasai sehingga keakar umbi dan di segenap pelusuk dan bukan untuk segelintir dan hanya untuk kepentingan mereka sahaja. Orang seperti Nazri, KJ, Khalid Nordin ini sudah cukup dan senang dan tidak akan susah payah untuk mengotorkan tangan dia untuk memperjuangkan Melayu tapi yang di poerjuangkan hanya kuasa dan periuk nasi mereka sahaja.
ReplyDelete