Wednesday, March 9, 2011

SIAPA 'CHECKMATE' ....ANWAR ATAU SAIFUL?

Apabila hakim menolak untuk menggunakan sampel DNA Anwar dari barang yang diambil dari lokap, ia telah membuka paradigma baru terhadap dunia kehakiman.

Kaedah pembuktian kebenaran sesuatu pertuduhan di mahkamah mungkin akan membuka lembaran baru. Para suspek yang dituduh sudah mendapat satu precedent untuk digunakan sebagai kes rujukan terdahulu bagi menambah peluang untuk terlepas dari pertuduhan.

Selepas ini para suspek sudah boleh melupuskan bahan bukti dengan cara tidak memberi kerjasama kepada polis untuk melengkapkan kertas siasatan. Hanya perlu lakukan beberapa perkara sudah cukup untuk memeningkan pihak pendakwa untuk membuktikan seseorang suspek itu bersalah.

Untuk makluman kepada para suspek dan penjenayah atau bakal penjenayah,…Jika anda diminta oleh polis untuk melakukan DNA jangan beri kebenaran. Jika pihak polis cuba mengambil barang bukti alternatif seperti seluar dalam atau berus gigi dan lain-lain barang peribadi anda, untuk membuktikan DNA seseorang suspek, jangan sama sekali benarkan. Jangan buka ruang kepada pasukan penyiasat untuk menambah apa-apa barang bukti yang akan menyebabkan pihak pendakwa berjaya membuktikan kesalahan yang melampaui keraguan terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadap anda di dalam mahkamah.

Itu saja nasihat saya kepada para suspek, penjenayah atau pun bakal penjenayah.

Walau bagaimana pun anda jangan terlalu yakin anda akan terlepas jika anda berbuat seperti yang saya sarankan kerana silap-silap hari bulan anda boleh terjerat di dalam mahkamah, jika hakim bertindak mengarahkan anda memberi sampel darah anda kepada mahkamah dengan cara yang lebih telus dengan disaksikan oleh para peguam bela, peguam cara dan juga hakim, termasuk dengan anak bini kamu sekali.

Apa pun, anda kena tunggu dulu. Tengok apa akan berlaku kepada Anwar Ibrahim terlebih dulu. Jika perkara ini berlaku kepada Anwar Ibrahim, jangan sekali-kali ikut nasihat saya tadi. Nanti ‘kantoi’. Jika itu yang terjadi kamu akan kena ‘checkmate’ dalam mahkamah. Kerja macam ini akan lebih memudahkan pihak pendakwa untuk membuktikan kamu benar-benar bersalah.

Karpal Singh & co jangan terlalu yakin kamu sudah melepasi halangan pertama untuk melepaskan Anwar. Mungkin ini langkah terakhir pihak pendakwa untuk melakukan ‘checkmate’.
Mungkin hakim cuba membuktikan kepada dunia bahawa mahkamah di Malaysia sangat telus dalam mengendalikan kes Anwar. Cuma Anwar saja yang menjaja satu dunia bahawa mahkamah kanggaro Malaysia sudah buat keputusan beliau bersalah sebelum kes dibicarakan...

1 comment:

  1. cara yang paling mudah untuk mengelakan anda dituduh seperti anwar ialah...
    mula2 bagi pasangan anda tutuh buntut anda...dan selepas itu anda pula tutuh buntut dia.
    sama2 kena....sapa yang nak report.
    kalu ada yang merepot...nak bawa ke mahkamah mesti ada 4 orang saksi...
    masaalah anwar disini ialah keran dia saja yang menutuh....sedangkan dia tak pernah kena tutuh...

    ReplyDelete