Monday, February 28, 2011

Tun M Vs Nik Aziz

Isu yang paling menarik perhatian saya sejak seminggu dua yang lalu hanya satu, iaitu kejutan yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Nik Aziz dan PAS.

Ramai mungkin yang tidak menyangka, termasuk Nik Aziz sendiri bahawa Tun Mahathir telah membuat kritikan yang cukup mantap sehingga menyebabkan Nik Aziz sendiri terkial-kial untuk memberi jawaban balas terhadap kritikan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir.

Hujah Tun Mahathir telah berjaya mencungkil ‘punat’, iaitu penyakit asasi yang sering dihidapi oleh para ulamak. Penyakit sombong, riak dan takabbur lebih mudah dihidapi oleh golongan ulamak berbanding dengan golongan jahil. Golongan jahil selalunya lebih terdedah kepada penyakit yang berasaskan kepada arak, judi dan zina.

Sudah saya sebut dalam posting yang lepas dan saya ulangi lagi, adalah satu tindakan yang sangat bodoh kalau iblis cuba meracun ulamak dengan umpan seperti arak,berjudi atau berzina. Lebih strategis jika umpan ini digunakan untuk meracun manusia jahil dan lemah iman.

Iblis pun bijak membuat rencana untuk menyesatkan manusia dengan umpan yang sesuai dengan keperibadian dan kecenderungan seseorang. Jika seseorang itu bertaraf ulamak, iblis yang dihantar untuk menyesatkan ulamak itu adalah iblis yang lebih alim ilmuannya dari ulamak yang ingin dipesongkan itu. Iblis akan beri ilham dan fatwa yang berkait dengan agama bersesuaian dengan kefahaman agama yang ada pada seseorang ulamak itu.

Jadi, adalah tidak menghairankan jika fatwa yang keluar dari mulut Nik Aziz banyak yang pelik-pelik. Memang benar dan saya bersetuju 100% dengan fatwa ‘sesiapa yang tolak Islam adalah kafir’. Bahkan sesiapa saja yang menolak walau sebaris dari ayat-ayat quran adalah mencukupi untuk dikatakan kafir.

Persoalannya siapa yang telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka menolak ayat-ayat quran yang berkait dengan hukum sekian-sekian? Tidak ada sesiapa pun kalangan umat Islam yang berani menolak mentah-mentah ayat-ayat Allah, melainkan mereka benar-benar telah keluar dari Islam. Kita tidak boleh menjatuhkan seseorang itu kafir selagi dia tidak menyatakan secara terbuka bahawa dia menolak Islam atau menolak mana-mana ayat al quran.

Apakah disebabkan kerajaan UMNO tidak menjalankan hukum hudud telah menyebabkan keseluruhan ahli UMNO menolak Islam? Cuba berikan satu orang atau sebuah Negara hari ini yang telah mengamalkan Islam 100%? Jika benar pun ada si batang tubuh yang mengamalkan 100% amalan Islam, sudah pasti dia tidak akan berjaja atau mendabik dada bahawa dia telah amalkan islam 100%.

PAS hari ini pun sudah tidak sebut-sebut lagi soal hudud dan Haji Hadi sendiri pun bersetuju untuk KIV perlaksanaan hukum hudud.

Mungkin Iblis telah membisikkan kepada DAP dan Karpal Singh supaya “slow sikit jangan bantai Islam kuat-kuat, nanti susah dapat undi melayu”. Maka si Karpal pun sebut secara terbuka dalam konvensyen bahawa DAP tidak menentang Islam dan perkara itu boleh dirundingkan. Iblis yang seekor lagi pula meyakinkan Nik Aziz bahawa DAP telah berlembut dan sedia berbincang mengenai Islam yang dibawa oleh PAS dan perkembangan ini adalah sesuatu yang baik untuk Islam. Maka sebab itu NIk Aziz pun berlembut hati dan terus bersangka baik dengan DAP sambil mengherdik UMNO kerana gagal memahamkan Islam kepada MCA dan MIC.

Mudah sangat Nik Aziz membuat kesimpulan. Baru kena tipu sikit dengan iblis terus keluar fatwa, lebih baik berjuang dengan DAP yang sudah boleh terima perjuangan PAS dari bersekongkol dengan Islam nasionalis yang dibawa oleh UMNO.

Nik Aziz kena ingat bahawa dia tidak terkecuali dari agenda iblis untuk menyesatkan umat Muhammad dengan apa cara sekali pun termasuklah melalui cara agama yang sering digunakan oleh iblis untuk menyesatkan orang-orang alim.

Jika diambil dari prinsip silaturrahmi antara saudara seagama pun, jelas Nik Aziz sudah jauh tersasar dari apa yang disarankan oleh Nabi Muhammad saw, apabila dia mendahulukan dan mempercayai orang bukan Islam melebihi saudara seIslamnya.

Itu sebab nabi menyebut, membawa seorang Islam yang jauh dari agama dekat kepada agama adalah 70 kali lebih baik dari mengislamkan 1 orang kafir. Nik Aziz dan para penyokong PAS yang begitu bersemangat berjuang kononnya untuk menegakkan Islam di bumi Allah, kena baca dan tafsir hadis nabi ini betul-betul dan bukan melihat dari kaca mata politik, barulah Allah akan beri petunjuk dan jalan yang benar.

Lagi sekali diingatkan kepada Nik Aziz dan para penganut fahaman PAS, Azazil laknatullah, mantan ketua para malikat yang begitu alim dan warak akhirnya dilaknat Allah kerana sifatnya yang memandang tinggi kepada diri sendiri dan memandang rendah kepada malaikat yang lain.

Sifat PAS yang sering mendabik dada mengatakan merekalah penegak agama Allah di Malaysia dan menempelak UMNO yang dituduh menolak Islam adalah merupakan petanda jelas bahawa PAS dan para pendokongnya sedang memperjuangkan Islam menurut cara yang telah dibawa oleh Iblis dan Azazil laknatullah.

Kita jangan terkeliru pula mengatakan PAS dan pendokongnya memperjuangkan Islam menurut seperti mana yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

7 comments:

  1. boleh sy tanya? Antara PAS dgn Umno Mane lebih baik? Kalo Pas di Kelantan telah bertindak menutup semua pusat juga manakala BN/Umno meluluskan lesen judi mane lebih baik? Kalo pemimpin Pas menggalakkan orang membuat solat Hajat perdana sambutan tahun baru manakala BN/Umno menyediakan konsert artis mane lebih baik? Kalo Harakah tidak menyiarkan keputusan Nombor Ekor manakala Utusan Melayu siarkan semua Sports Toto, Magnum dll mane lebih baik? Banyak lg nak tanya...tp setakat tu je dulu..nk tau jawapan dr saudara yg budiman..time kasih

    ReplyDelete
  2. Kepada penulis saya nasihatkan bnyk2 beristighfar dan cuba betul2 dalami ilmu Islam sebelum menulis sesuatu kepada seorang ulamak. Pendirian PAS mudah, hanya mahukan syiar Islam tertegak dibumi M'sia ini yg sememangnya tidak Islamik dan utk menghapuskan segala kepincangan didlm negara. Hanya Islam yg boleh menyelamatkan umat manusia, jadi jika benar UMNO juga mahukan syiar Islam, kenapa tidak dilaksanakan syariat2 Islam? Jika ideologi UMNO adalah perjuangan Islam, PAS tentunya tidak akan wujud bahkan semuanya akan berada dibawah UMNO, sebaliknya UMNO hanya memperjuangkan bangsa yakni semangat asabiyyah yg sgt2 tidak disukai Rasulullah SAW.

    ReplyDelete
  3. kkamdias : sdr hilmi ahmad
    1. Cuba sdr check balik di Ktan judi berlesen masih berleluasa dan Nik Aziz dan Karpal Singh masih belum mencapai persetujuan lagi dlm hal judi. Judi tidak berlesen juga masih byk berlaku di sana.
    2. Cuba sdr check balik..majlis fatwa kebangsaan telah awl2 lagi mengeluarkan fatwa mengharamkan sambutan valentine. Sambutan tahun baru adalah sambutan seluruh dunia sejak berabad lamanya. Dalam islam tidak ada istilah sambutan tahun baru masihi. Yg ada sambutan awal muharam dgn cara membuat amalan berpuasa dan lain2 amalan persendirian. Tiada sambutan besar2an spt solat hajat perdana. Saya berpendpt solat hajat perdana bukan anjuran nabi. Bila bukan anjuran nabi ia bukanlah anjuran islam. Solat berjemaah hanya uyk solat fardhu dan bukan solat hajat. Mencipta solat hajat secara berjemaah adalah amalan bidaah krn nabi tidak pernah menganjurkanya. Aalan agama tak bolehbdirekacipta ikut logik akal krn garis panduannya adalah sejauh mana quran itu diamal mengikut sunnah sejauh itulah agama itu ditegakkan. Saya juga igin bertanya kpd sdr...mungkinkah solat hajat perdana itu juga sebahagian dari tipuan syaitan dlm agama? Kerana yg dianjurkanbsolat perdana(berjemaah) oleh nabinialah solat fardu 5 waktu sehari semalam? Adakah patut bila bab 5 waktu kita solat dirumah sendiri2 manakala solat hajat kita berduyun2 pergi ke stadium?

    ReplyDelete
  4. ana setuju sangat dengan2 komen ,tapi satu je saya nak tegur,ramai orang keliru tentang definisi ulama.ulama dalam hadis disebut sebgai pewaris nabi, yang suci yang tidak akan melampaui dalam apa jua tindak tanduk dia, jadi tak wajar kita kata ulama' tu gini gini dan gitu, yang salah adalah nik aziz tu snediri, atau individu2 yg dsebutkan, mereka hanyalah golongan bijak pandai, pandai lahiriah, tu sahaja gelaran yang wajar, tapi janganlah dihina gelran ulama' itu snediri, kerana itu hadiah dari nabi muhammad untuk kita!

    ReplyDelete
  5. kepada hilmi bin ahmad, jangan dabik dada kata "semua pusat dah ditutup". tu auta je lebih.kita semua tau, pusat judi rasmi + yg tak rasmi berleluasa di kedai2 kopi di kelantan.kalau setakat haramkan dalam undang2, smeua negeri melayu pun dah ada undang2 tu bawah undang2 syariah. dan kepala siapa yang cakap tak ada orang bn buat solat hajat perdana sempena tahun baru? ana lagi kagum sebab bn buat kempen jauhi zina (bawah jakim) dan kempen tak nak valentine baru2 ni melalui utusan. pada ana, PAS hanya mampu lakukan perkara2 am yang sekolah ana sendiri boleh buat. berapa kali pas ada hantar bantuan ke kampung orang islam kampuchea? malu2 seribu maulu buat pas bila ayah pin pun datang dari kelntan. negeri islam gapo kalau istana ayah pin besar gedabok pun tak nampok??

    ReplyDelete
  6. kepada anynomous, fahamlah bahawa, di mana sahaja di bumi ini, bila ada politik, tetap wujud parti politik baru walau dalam apa jua landasan kerana dalam hati tetap ada rasa tak puas hati.anta kata pas wujud kerana umno x islamik.habis akim dan segala2 parti yang lain wujud sebab pas tak islamik juga ke? ye,memang islam masih malap di bumi malaysia, ana dengan rendah diri akui,enta mengatakan bahwa kenapa tak dikuatkuasakan sepenuhnya hukum islam. di kelantan sendiri, pas gagal membawa hukum hudud ke tahap maksima. banyak je ruang ( seperti sebatan zina, hukum ad-din lain, tak tutup aurat ) yang pas ada sepenuhnya kuasa untuk lakukan tanpa halangan dari umno, tak buat juga, jadi enta nak cakap bahawa umno tak jalankan hudud?? hm.. buktikan dlu pas jalankan hudud secara total...

    ReplyDelete