Thursday, April 14, 2011

Siapa Dedah Siapa?

Siapa dedah siapa. Siapa aib siapa. Siapa doa siapa. Doa siapa yang makbul. Doa siapa yang makan diri. Apa janji tuhan dan siapa yang dimaksudkan dengan janji tuhan dalam Al Quran. Siapa sebenarnya yang mendapat perlindungan tuhan dan siapa yang menerima kifarah tuhan…???

Jawabannya memang memeningkan.

Tuhan pun ada janji dia akan beri petunjuk kepada sesiapa yang benar-benar ikhlas untuk mendapatkannya. Maksudnya mungkin golongan yang mendapat petunjuk ini terlalu sedikit, iaitu terhad hanya kepada golongan yang benar-benar mahukan petunjuk dan kebenaran.

Di satu pihak, ‘claim’ dia sering dianiaya, diaib dan dizalimi melalui pelbagai pedekatan jijik dan jelik.

Di satu pihak lagi, menuntut supaya ‘dia’ harus meletak jawatan kerana peribadi yang meragukan dan tidak layak menjadi pemimpin. Pihak ini mendedahkan bukti yang menunjukkan ketidaklayakkan ‘dia’ ini menjadi pemimpin.

Pihak ke tiga yang berpegang kepada prinsip ‘tidak boleh mengaibkan sesiapa’ pula telah berdiri di samping ‘dia’ ini dan telah merujukkan masalah ini kepada tuhan dengan membuat sembahyang hajat perdana memohon petunjuk supaya tuhan tunjukkan kebenaran.

Pihak ke 4 pula telah dijadikan sasaran oleh ‘dia’ dan pihak ke 3 yang bersimpati dengan ‘dia’ dengan menuduh pula pihak ini termasuk KDN, polis malahan Perdana Menteri & isteri serta mantan Perdana Menteri terlibat mengaturkan ‘gutter politic’ melalui pendedahan video ‘dia’ yang menggemparkan.

Pihak ke 5 pula, iaitu rakyat jelata adalah golongan yang paling dilemma dan tidak tahu kata-kata siapa yang harus dipercayai.

Pihak ke 5 inilah sebenarnya yang sewajibnya mendapat penjelasan dan kebenaran letak duduknya isu ini.

Masalah besar pihak ke 5 ini ialah siapa, bagaimana dan yang mana satu harus dipercayai.

Tidak kurang ramainya yang memohon petunjuk dengan membuat solat hajat secara bersendirian agar ditunjukkan kepada mereka yang mana haq dan yang mana bathil.

Mungkin secara tidak disedari tuhan sudah beransur-ansur menunjukkan kebenaran kepada kita.

Cubalah berfikir dan kaji sendiri. Jika benar-benar kita hanya mahukan kebenaran dan tiada yang lain melainkan kebenaran semata-mata, maka sebenarnya mungkin tuhan telah tunjukkan kepada sesiapa yang termasuk di dalam kumpulan yang hanya mahukan kebenaran ini.

Semua pihak yang disebutkan tadi sebenarnya sedang diuji oleh tuhan. Tiada yang terkecuali. Semua golongan ini diuji mengikut tingkatan ujian masing-masing. ‘Dia’ diuji, yang mendedahkannya pun diuji, pihak ke 3 juga diuji. Begitu juga pihak ke 4 dan ke 5.

Siapa yang akan berjaya melepasi ujian tuhan, golongan itulah sebenarnya yang dimaksudkan tergolong dikalangan yang ‘haq’.

Siapa sebenarnya yang difitnah, siapa sebenarnya yang memfitnah dan siapa sebenarnya yang terfitnah atau termakan fitnah, sebenarnya sedang diuji keimanan dan ketakwaannya dalam berpegang kepada tali allah.

Semua golongan termasuk ulamak, umarak dan golongan rakyat jelata tidak terkecuali dari ujian ini.

Keputusan Allah hasil dari permohonan hajat semua golongan ini juga merupakan satu ujian samada kita bersedia atau tidak menerima keputusan hasil dari doa sendiri ini.

Bagaimana kita membuat penilaian dari pengakuan terbaru Raja Petra juga dalah merupakan satu petunjuk dan ujian dari tuhan.

Nilailah segala kronologi sejak bermulanya isu ini sehingga kepada pengakuan RPK. Siapakah yang semakin dilindungi tuhan dan siapakah yang terus didedahkan oleh tuhan?

Kepada siapakah Allah akan istiharkan perlindungan dan pertolongannya yang haq?

Marilah kita terus memohon petunjuk….

1 comment:

  1. satu hujah yang menarik. penilaian yang benar dan tanpa meletakan prejudis kepada sesiapa. ya semua hambanya diuji termasuk malaikat bahkan penghulu segala malaikat diuji. akhirnya yang tunduk kepada kebenaran dan taat kepadanya saja yang akan mendapat rahmat. syukur anda mampu menilai dengan bijak tetapi berapa ramai yang mampu melihat seadil anda.

    ReplyDelete