PAS sudah sampai di simpang 3. Laluan ke kanan menunjuk papan tanda menuju ke Keikhlasan.
Jalan Keikhlasan ini adalah destinasi perjuangan menegakkan agama Allah dan kejayaan dunia dan akhirat. Jalan ini berliku-liku dan penuh ranjau. Allah memang sediakan laluan ini begitu sebagai dugaan dan cabaran sama ada benar atau tidak seseorang itu berjuang untuk menegakkan KalimahNYa di muka bumi.
Laluan ke kiri menunjukkan papan tanda menuju ke Kepuraan.
Jalan Kepuraan ini jika pada zaman nabi dulu disebut kemunafikan, iaitu lawan kepada keikhlasan. Jalan ini pernah dirintis oleh Abdullah bin Ubai dan rakan-rakannya berjumlah seramai 83 orang yang disebut oleh nabi kepada sahabatnya Huzaifah r.a yang dilantik oleh nabi sebagai penyimpan rahsia nabi.
Setiap perjuangan yang berlandaskan kepada keikhlasan pasti akan menerima dugaan yang cukup hebat. Barangsiapa yang melepasi laluan ini maka barulah Allah iktiraf keimanan seseorang itu. Sebaliknya Jalan Kepuraan pula ialah jalan yang dilalui oleh mereka-mereka yang sentiasa mempergunakan agama dengan maksud yang tidak diketahui. Kata-kata dan ungkapan orang-orang yang mengikuti ke dua-dua jalan ini sering di dengar dan dilihat banyak persamaan. Tetapi akhirnya Allah akan asingkan mereka di akhirat kelak berdasarkan perbicaraan di mahkamah agung Ilahi yaumil-mahsyaar.
Sekarang PAS sedang berada betul-betul di persimpangan ‘trafik lite’. Sama ada mahu ke kanan atau ke kiri.
Terlalu banyak yang perlu dipertimbangkan oleh PAS pada saat ini.
Jika PAS mahu mengambil ketetapan untuk mempertahankan pelaku seks di dalam video yang sudah semakin jelas, maka PAS akan menghadapi risiko di tuduh di mahkamah Ilahi sebagai pihak yang mempertahankan kemaksiatan dan kemungkaran yang nyata.
Jika PAS mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan pelaku seks dalam video tersebut, maka PAS akan berhadapan pula dengan risiko kemungkinan kehilangan rakan kongsi dan sokongan rakyat melalui Pakatan Rakyat.
Jika PAS mengambil pendirian untuk menggunakan ayat Al Quran ‘tidak boleh mengaibkan saudara kamu di hadapan khalayak’, maka PAS akan dituduh pula menyokong pelaku liwat dalam video tersebut. Jadi mana satu pilihan yang harus dibuat, iaitu sama ada mempertahankan si pelaku dalam video atau menyokong pendedahan yang dilakukan oleh dato T.
Walau apa pun, ke dua-dua pendirian yang bakal diambil ini, PAS tetap akan di soal di mahkamah Ilahi kelak.
Inilah dilema PAS, khususnya kepada ulamak-ulamak yang sedang memimpin PAS.
Keputusan di tangan PAS sama ada PAS memang berjuang semata-mata kerana Allah atau pun mencampur-adukkan antara berjuang kerana Allah dengan kerana kepentingan politik, kuasa dan pengaruh.
PAS bolehlah melakukan ijtihad laluan mana yang harus dilalui. Jika dalam ijtihadnya PAS mempunyai keikhlasan semata-mata kerana Allah, maka ijtihad yang bakal diambil PAS sudah semestinya akan memberi keutamaan kepada kemaslahatan ummah secara keseluruhannya dan bukan kemaslahatan kelompok Pakatan Rakyat semata.
Ijtihadlah wahai PAS demi agama mu. The choice is yours
No comments:
Post a Comment