Wednesday, April 27, 2011

ULAMAK SEDANG BERSUBAHAT?

Kepanasan suhu politik terus meluap tanpa noktah walau pun sebenarnya isu 1Manusia sudah sepatutnya selesai kerana telah hampir ke penghujung dan ternampak semakin jelas. Tetapi disebabkan budaya melawan takdir telah berkembang subur kerana para ulamak dunia juga turut bertindak memalitkan diri, maka isu ini akan terus menghantui rakyat.


Segala-galanya hanya berkisar kepada 1Manusia yang diberi nama oleh ayahnya dengan nama Anwar. Apa saja yang berkait dengan manusia ini dari sudut media semuanya bertaraf ‘news’. Semua media sama ada yang pro-kerajaan mahu pun pro-pembangkang sentiasa berusaha mendapatkan ‘1st hand info’ dan bersaing antara satu sama lain untuk menjadi media pertama yang ‘publish’ isu terkini mengenai 1Manusia ini.


Kalau ‘populariti’ itu boleh dijadikan penanda aras atau pra-syarat untuk menduduki kerusi Perdana Menteri, maka 1Manusia inilah yang paling layak, malahan jauh mengatasi populariti PM sedia ada mahu pun bekas-bekas PM yang terdahulu.


Jika ‘populariti’ juga boleh menggantikan ‘iman dan amal soleh’ untuk menuju ke syurga, maka 1Manusia ini boleh dikatakan sudah terjamin tempatnya di syurga dan ditempatkan bersama-sama dengan manusia-manusia lain yang popular dan mereka-mereka yang se popular dengannya.


Jika ‘populariti’ dijadikan sebagai penanda aras ‘kemuliaan’ seseorang maka 1Manusia ini adalah 1Manusia yang paling mulia di tanah air buat ketika ini.


Tapi sayang, nasib tidak menyebelahi 1Manusia ini kerana ‘populariti’ bukanlah penanda aras kepada tercapainya segala maksud, niat dan hajat seseorang.


Ini adalah disebabkan fakta yang membawa kepada popularnya 1Manusia ini sangat-sangat tidak popular sama ada dari segi moral, agama mahu pun budaya di negara ini.


Tiada siapa pun manusia normal yang mahu menjadi popular dengan cara mengambil jalan seperti yang telah ditempuhi oleh 1Manusia ini.


Jika ada manusia yang mahu popular dengan cara ini, saya amat pasti ada sesuatu yang tidak kena kepada manusia itu.


Tiada sesiapa juga yang mempunyai akal dan kewarasan akan mengambil jalan pintas untuk ‘mengenakan’ atau mengaibkan seseorang yang dipandang bersih, bermoral dan beragama oleh majoriti rakyat dengan mencari kaedah yang sangat bertentangan dengan persepsi majoriti rakyat terhadap keperibadian seseorang itu.


Begitu juga sebaliknya. Adalah sangat-sangat bodoh juga jika seseorang yang memang sudah terkenal dengan kejahatan dan kemaksiatan seantero dunia tetapi cuba menonjolkan diri dengan cara memakai imej ‘alim’ seperti berjubah dan berkhutbah untuk meyakinkan orang ramai untuk mempercayai dan menyokongnya.


Untuk membunuh seseorang yang memiliki ilmu kebal, kita mesti terlebih dahulu mencari rahsia dan kelemahan yang boleh memansuhkan kekebalannya. Si Pitung tidak mati-mati sehinggalah pihak Belanda mengetahui hanya dengan menggunakan peluru emas saja boleh membunuh si Pitung.


Jika kita mahu memusnahkan lawan sudah pasti cara paling berkesan ialah mencari segala kelemahannya dan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita itulah yang akan kita gunakan untuk membunuh karier politiknya.


Kenapa kita mesti gunakan kaedah memalitkan atau mensabitkan sesuatu yang kotor , jijik dan bertentangan sama sekali dengan keperibadian seseorang itu jika kita mahu berkonspirasi menjatuhkannya. Bukankah ini suatu tindakan yang sangat bodoh lagi tolol?


Apakah bodoh sangat kita mahu membunuh kerjaya seseorang yang memang sudah dikenali sebagai warak dan bermoral tinggi dengan tuduhan yang sama sekali akan menyebabkan tiada manusia akan mempercayainya?


Iblis pun tidak akan sesekali menggunakan kaedah bodoh ini untuk menggoda dan menyesatkan umat Adam. Adalah bodoh jika iblis cuba menyesatkan umat Adam yang alim, teguh iman dan warak dengan membisikkan ke telinganya supaya meminum arak atau berjudi.


Apakah Tun Mahathir yang begitu terkenal dengan kebijaksanaannya dalam merancang pelbagai strategi tidak terfikir akan analogi semudah ini?


Apakah DS Najib sangat bodoh dan pendek akal bertindak mengulangi kaedah yang sama berkali-kali? Apakah Najib tidak sedar bagaimana sulitnya Tun Mahathir ketika berhadapan dengan pertuduhan yang dikenakan kepada 1Manusia ini?


Hanya manusia yang tidak mahu menggunakan akal saja yang akan terus tertipu dan terperdaya dengan 1Manusia ini.


Dan hanya golongan yang tidak berfikiran normal saja yang akan mempercayai tindak-tanduk 1Manusia yang tidak normal.


Nabi ada menyebut, di akhir zaman akan lahir ramai ulamak yang begitu fasih dan lancar membacakan ayat-ayat tuhan tetapi hatinya seperti serigala.


Apakah ini termasuk juga ulamak-ulamak ‘subhah’ yang bertindak mempertahankan kemungkaran yang nyata?

3 comments:

  1. harus difikirkan kenapa org pro agama lebih pro kepada PAS.. harus difikirkan kenapa org surau.. pak imam.. ustaz.. pro PAS.. kaji dan pelajari dari PAS sebelum menghukum..

    ReplyDelete
  2. Siapa kata org pro agama lebih pro PAS...
    Siapa kata org surau...pak imam....ustaz pro PAS
    bagaimana anda membuat kesimpulan ini?

    ReplyDelete
  3. Memang agak sukar membicarakan soal amal makruf,nahi munkar

    dalam keselesaan bilik air-con,kereta Mercedes,kopitiam,coffee house

    di waktu org lain bersabung nyawa di Libya,Palestin,Syria

    kita bertelagah dan bertelingkah soal

    tembolok yg tak pernah kenyang

    kuasa yg tak pernah cukup

    projek-projek yang tak pernah lekang

    maka diciptalah alasan demi alasan

    bagi menghalalkan kezaliman dan penindasan

    muncullah slogan-slogan patriotik

    fitnah aib yang meloyakan

    pemimpin semakin jahil

    ulamak terus membisu

    MasyaAllah

    LK

    ReplyDelete