Thursday, June 30, 2011

BADAN BERTINDAK SUCIKAN INSAN HARAMI- BERSIH!!!

BERSIH bukan bermaksud Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. Lebih tepat lagi jika disebut BADAN BERTINDAK SUCIKAN INSAN HARAMI (BERSIH).

Tujuan tersirat di sebalik perjuangan Bersih ini adalah sebagai langkah untuk mengekang dan menutup terus persepsi ramai terhadap isu prima facie Anwar dari terus merebak menjadi pandangan umum dan majoriti rakyat.

Semua benteng pertahanan yang diguna untuk membela Anwar sudah roboh dan hancur kerana semua alasan dan bukti balas untuk menafikan semua yang berlaku terlalu rapuh dan asas untuk mempertahankan diri boleh dikatakan 'tiada'.

Jika dalam permainan bolasepak, boleh dikatakan Anwar bermain tanpa penjaga gol dan tanpa pemain pertahanan. Tiada pilihan, melainkan gawang akan terus dihujani serangan dan  jaringan dari segenap sudut.

Hanya satu kaedah saja yang boleh digunakan untuk mengelakkan jaringan demi jaringan yang mengaibkan, iaitu dengan mencari helah membatalkan permainan ini keseluruhannya. Dalam proses mencari jalan membatalkan permainan ini, strategi harus tepat. 

Pendekatan fanatik ala penyokong England harus dilakukan. Kekecohan dan kekacuan yang dilakukan oleh penyokong fanatik mesti dimulakan. Anwar dan pasukannya mencari helah ditengah padang agar pengadil dan penjaga garisan melakukan kesilapan percaturan. Kesilapan pengadil akan membuka ruang kepada penyokong fanatik untuk membuat kekacauan dan memaksa perlawanan dihentikan.

Badan Bertindak Sucikan Insan Harami (Bersih) diwujudkan untuk memansuhkan isu-isu dan skandal peribadi pemimpin no.1 Pakatan Pembangkang daripada menjadi racun yang boleh memusnahkan terus peluang pakatan pembangkang mengembeling sokongan rakyat pada PRU13 akan datang.

Mereka sedang memberi tekanan kepada pihak berkuasa agar melakukan kesilapan demi kesilapan yang boleh menyebabkan rakyat bersimpati dan melihat apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang benar.

Pandangan umum 'zalim dan terdesak' harus menjadi label kepada UMNO. Jika Badan Bertindak Sucikan Insan Harami (Bersih) berjaya membentuk persepsi ini dalam pemikiran rakyat, maka akan semakin ramailah rakyat memberontak dan bangun untuk bersama mereka menolak kerajaan yang dipilih rakyat ini.

Kaedah mengalihkan isu ini amat berkesan dalam menukar strategi dari pendekatan bertahan kepada pendekatan menyerang.

Ini yang sedang dilakukan oleh Anwar. Itulah asas tertubuhnya Badan Bertindak Sucikan Insan Harami (Bersih) ini ditubuh dan digerakkan sesuai dengan 'mood' keputusan kehakiman dan bela diri kes liwat 2 yang akan disambung pada 16 Julai akan datang.

Sekiranya pemikiran rakyat dapat dialihkan dengan berkesan, maka tidak mustahil kerajaan pimpinan UMNO akan ditolak oleh rakyat pada PRU13 nanti.

Jika ini berlaku maka Anwar akan diBERSIHkan secara rasmi oleh DAP, PAS dan PKR dari persada politik tanah air.











 

No comments:

Post a Comment