Friday, June 10, 2011

PAS YANG MENGHIDUP DAN MEMATIKAN....

Menarik sekali hujah yang diberikan oleh Tun M berkaitan dengan keruntuhan kerajaan Islam Pas. Keruntuhan yang dilakukan oleh penciptanya sendiri.

Manusia akan mati selepas tamat tempoh hidup seperti mana yang ditetapkan oleh Allah. Ada yang mati sebaik saja dilahirkan. Ada yang mati di usia lanjut dan ada yang mati muda, mati bujang dan mati lepas kahwin. Ada juga mati semasa bayi dan ada juga yang mati dalam peringkat janin lagi.

Tetapi belum kita dengar pula orang yang belum dilahirkan telah menemui kematian.

Paling ajaib pun yang kita dengar ialah Nabi Isa a.s dilahirkan tanpa bapa.

Keajaiban yang paling ajaib telah berjaya dilakukan oleh Pas, iaitu telah membunuh negara Islam Pas yang belum pun pernah dilahirkan. Membunuh undang-undang hudud yang belum pun nampak benih.

Pas juga cuba melakukan satu lagi keajaiban, iaitu membantu menghidupkan kembali agenda Malaysian Malaysia DAP yang selama-lamanya hanya bernyawa ikan.

Dalam masa yang sama, Pas juga memberi nyawa kepada sebuah replika yang sebiji menyerupai model yang telah 60 tahun dihidupkan melalui UMNO, iaitu replika negara berkebajikan.

Apalah nak jadi dengan Pas. Bertindak berlawanan dengan sunnahtullah.

Benda yang tak wujud mahu dibunuh. Benda yang nyawa-nyawa ikan diberi nyawa gajah. Replika yang tak bernyawa mahu dihidupkan. Benda yang sudah 60 tahun hidup subur mahu dimatikan.

Marilah kita sama-sama berdoa dan bertawakkal kepada tuhan agar para ulamak dam pemimpin Pas diberi petunjuk dan jalan seperti mana yang telah dilalui oleh nabi dan rasul, sahabat, pengikut sahabat dan pengikut kepada pengikut sahabat, seterusnya sehingga hari kiamat.

Abu Talib bapa saudara nabi pun tidak mendapat nikmat iman dan islam kerana tiada hidayat dari tuhan untuk dia keluar dari kesesatan.

1 comment:

  1. PAS yang merasakan diri mereka berada di tahap lebih Islam dari orang lain sepatutnya sudah dan mudah mendapat petunjuk dan hidayah tetapi apabila mereka bertindak 'keluar' tentunya membawa maksud pintu petunjuk dan hidayah kepada mereka sudah tertutup.

    PAS begitu yakin mereka akan sampai ke bulan dengan roket DAP.

    ReplyDelete