Wednesday, June 8, 2011

SURAT TERBUKA UNTUK NIK AZIZ DAN HJ.HADI..

Dengan Pas kita tak payah komen atau beri hujah ilmiah atau pun pakai ayat Quran atau hadis sangat sebab PAS lagi mahir kalau berhujah sambil menjunjung Quran ala Muawiyyah. Dengan bertindak menjunjung al quran pun Muawiyyah sudah berjaya mengelirukan dan melemahkan semangat tentera pasukan Ali r.a.

Akhirnya dengan senjata junjung quran itulah menyebabkan Ali r.a mengalah kerana tidak mahu umat islam ketika itu menjadi lebih teruk berpecah dan bertambah keliru dengan fitnah sehingga ke tahap mempergunakan agama untuk perebutan kuasa.

Dari segi seniority atau kemuliaan samada sebagai ilmuan agung atau sebagai keturunan senasab dengan nabi, sudah tentu Ali lebih tinggi kedudukannya di sisi tuhan. Ini diakui sendiri oleh Nabi Muhammad saw.

Tetapi Ali r.a lebih cenderung memilih untuk mengalah dalam peperangan berhadapan dengan Muawiyyah r.a. Berdasarkan ilmu yang mendalam, sudah pasti Ali r.a lebih tahu apa yang patut dilakukan ketika itu.

Apakah pendirian untuk mengalah itu satu kesilapan bagi Ali r.a? Sudah pasti tidak. Ali r.a tahu apa yang terbaik untuk dilakukan dalam keadaan kekeliruan dan fitnah yang keterlaluan yang melingkari pemikiran umat ketika itu.

Hari ini jika ada kalangan ulamak atau pemimpin Islam yang bersifat mengalah seperti Ali r.a, sudah pasti mereka akan dianggap takut untuk menegakkan kalimah Allah. Akan timbul pelbagai persepsi negatif terhadap golongan seperti ini.

Itulah yang membezakan kefahaman Ali r.a dalam memandang cara atau kaedah paling afdal untuk dilakukan ketika islam berhadapan dengan situasi sulit seperti yang dialami di zamannya.

Tidak mungkin ulamak dan cendikiawan islam hari ini faham agama melebihi kefahaman agama yang dimiliki oleh Ali r.a. yang disifatkan oleh Nabi saw sebagai gedung ilmu.

Tetapi, itulah yang dilakukan oleh Ali r.a. Dia mengalah atas maksud yang lebih afdal dan utama, iaitu untuk membolehkan seluruh umat Islam kembali berpegang kepada ajaran Nabi saw dan terhindar dari bahaya perpecahan yang lebih besar.

Malahan, dia dilihat mengalah dengan orang yang lebih jahil kefahaman ilmunya jika dibandingkan dengan dirinya.

Jika Ali r.a tidak mengalah dan sama-sama berkeras dengan fatwa dan ijtihad masing-masing, sudah tentu umat Islam ketika itu akan menemui kehancuran yang lebih dahsyat.

Sekarang cubalah masing-masing bermuhasabah. Adakah pendekatan politik yang sedang dilakonkan hari ini akan membantu menambah baik kedudukan umat islam atau pun akan menambah hancur kedudukan sedia ada?

Kepada pemimpin politik Islam, khususnya pemimpin politik yang bertaraf ulamak, sila-silalah renung dan kaji semula politik Ali r.a untuk dibuat rujukan. Gambaran keputusan politik yang ditunjukkan oleh Ali r.a itu sudah tentu lebih menepati ciri-ciri politik islam yang sebenar.

Ada sesiapa di antara ulamak politik yang berani berhujah mengatakan kaedah politik mereka lebih islamik dari politik Ali r.a?

Jika ada, sudah pasti kamu akan ditempatkan sekurang-kurang tinggal se rumah dengan Ali r.a di syurga nanti, jika tidak lebih tinggi.

Nota tambahan : Nabi Muhammad saw telah mengkhabarkan kepada Muawiyyah bahawa suatu hari nanti anak kamu akan membunuh cucu aku Saidina Hassan. Setelah mendengar berita itu, Muawiyyah telah bersumpah tidak akan berkahwin. Tujuannya ialah agar apa yang dikhabarkan oleh rasulullah itu tidak akan berlaku. Manusia tidak boleh melawan takdir. Akhirnya Muawiyyah telah mengidap penyakit ganjil yang berkait dengan kelaminnya hingga nabi saw memberitahu tidak ada ubatnya melainkan dia berkahwin.
Muawiyyah berkahwin ketika umur lebih 70 tahun dan dikurniakan zuriat.
Dari zuriat inilah terjadinya apa yang telah dikhabarkan oleh rasulullah saw.
Peristiwa ini juga mungkin boleh dijadikan bahan introspeksi terutama kepada ulamak-ulamak yang masih mempunyai sifat melawan takdir yang tegar hingga sanggup mempertahankan sesuatu yang telah nyata TULIN dan bertentangan sama sekali dengan agama.

Salam

11 comments:

  1. Untuk memenangkan UMNO saudara sanggup mengorbankan PAS. Kalau berani cubalah UMNO yang berkorban untuk negara ini.

    ReplyDelete
  2. what are you trying to say man?

    ReplyDelete
  3. ini kempen untuk menyuruh pas mengalah dan terima ajakan rujuk kpd umno....wahhh...jauh nar kamu konar pusing ye...... kena tengok dan kaji sejarah, sirah, ilmu strategi islam dll byk sudut la bro...

    ReplyDelete
  4. Kepada anon2 di atas, saya kata supaya semua fikir dan kaji politik Saidina Ali. Dan saya tanya adakah sesiapa yg cuba kata politik mereka lebih islamik dr politik yg diamalkan oleh Saidina Ali.
    Saya juga fokus kpd amalan keutamaan yg harus diikuti. Ini yg harus difikir dengan jujur dan asil olh para ulamak politik. Saya tak bincang siapa dn cara bagaimana harus menang atau mengalahkan org lain. Keutamaannya bagaimana matlamat utama menurut pandangan agama boleh dijayakan melebihi matlamat kedua atau ketiga. Bagaimana utk meletakkan ikut susunan.
    Saya tidk pasti samada sdr2 lebih cenderung utk meletakkan tempat bersemayam seorang raja di dapur dan meletakkan tempat tidur apek lempang di balairong.
    Atau adakah sdr2 ingin menyusun lengkapan dalaman sebuah rumah secara songsang, iaitu dgn meletakkan washing machine dan peti sejik diruang tamu dan meletakkan perabot2 mahal di dapur....
    Fikir2lah dgn penuh adil dan rasional.

    ReplyDelete
  5. YgMembenciPemfitnahSahabatJune 9, 2011 at 5:12 PM

    Tarik balik Nota tambahan mu itu dan bertaubatlah. Kau telah menghina seorang sahabat Nabi yang mulia, yang merupakan seorang pencatat wahyu, dengan menyebarkan khabar palsu dan menghinakan beliau bersekali dengan keturunannya!

    RUJUK artikel DR MAZA berkenaan kisah palsumu.

    http://bit.ly/byWR5X

    Rujuk Buku Al Awasim min Al Qawasim (defense against disaster) karya Qadi Abu Bakr untuk kisah sejarah yang tepat, bukan dari sumber palsu berteraskan syiah yang tidak diketahui pucuk pangkal.

    ReplyDelete
  6. Yang membenci pemfitnah sahabat
    Sila linkkan artikel yg dimaksudkan dan sila beri ruju.katya qadi abu bakar yg memberi sejarah tepat tu utk saya rujuk dan beri hujah yg sdr boleh mengatakan kisah sejatah karya itu paling tepat.
    Sdr secara langsung menuduh saya merujuk fahaman syiah. Adakah sdr menilai ketepatan karya tersebut menggunakan kaedah yg sama spt sdr terus menuduh saya berfahaman syiah? Jika itu kaedahnya marilah kita sama2 bertaubat krn itu satu keyakinan buta tuli terhdp fahaman org lain. Kita sbg org islam seharusnya bertaubat lagi dan lagi tanpa noktah. Byk kesilapan dan kesalahan yg tak kita sedari melainkan jika sdr menganggap sdr sudah sempurna dan tidak ada masalah dgn tuhan atau dgn manusia.
    Tuduhan menghina sahabat itu juga satu tuduhan tanpa sdr fahami maksud
    yg cuba digambarkan.
    Yg terang2 mengihina bukan saja sahabat malahan menghina nabi hari ini sudah terlalu ramai. Yg paling dahsyat ialah penghinaan yg dilakukan oleh ulamak politik yg sering mengubah fatwa dan prinsip agama mengikut selerea dan keperluan politik semasa mereka. Penghinaan oleh ulamak terhdp agama lebih besar hukumannya drpd penghinaan oleh seorg yg jahil krn kejahilannya.
    Sumber ilmu dan pandangan yg boleh didengari ialah dari sumber muktabar. Melalui mimpi yg menyuruh kita bertaubat pun maih boleh dipertikaikan, apatah lagi nasihat dr anonymous yg tidak bertuan dan tak mahu bertanggungjwb atas nasihat yg diberi. Anonymous is as good as ghost. Am i have to listen to ghost?

    ReplyDelete
  7. Bagi orang PAS, mereka rasa merekalah yang paling pandai ugama, hadis dan kitab sehinggakan hujah pihak lain dianggap tidak sah.

    Kebebalan dan kesesatan mereka umpama sebiji sawi di tengah hutan, sukar untuk dibaikpulih.

    ReplyDelete
  8. YgTidakAkanMendedahkanIdentitiJune 9, 2011 at 10:38 PM

    ‘Sila linkkan artikel yg dimaksudkan dan sila beri ruju.katya qadi abu bakar yg memberi sejarah tepat tu utk saya rujuk dan beri hujah yg sdr boleh mengatakan kisah sejatah karya itu paling tepat’

    -URL telah dipendekkan untuk memudahkan kamu.

    Terbunuhnya Cucu Nabi, al-Hasan dan al-Husein. Siapa dalangnya?
    http://bit.ly/ehUqHP

    Dosa Menyelewengkan Hakikat Sejarah dan Fakta – perenggan 5, 7, 8
    http://bit.ly/byWR5X

    Al Awasim min Qawasim (Defense against Disaster) oleh Qadi Abu Bakar Ibnu Al-Arabi
    http://scr.bi/d5v9rS

    Siapakah Abu Bakr Ibn al-Arabi?
    http://bit.ly/kKL2Xy



    ‘Sdr secara LANGSUNG menuduh saya merujuk fahaman syiah.’
    -Tunjukkan aku petikan dari komenku yang menuduh kamu berfahaman syiah. Aku hanyalah meminta agar kamu menggunakan sumber sejarah yang tepat.


    ‘Tuduhan menghina sahabat itu juga satu tuduhan tanpa sdr fahami maksud
    yg cuba digambarkan’

    -Petikan dari artikelmu --> ‘Akhirnya Muawiyyah telah mengidap penyakit ganjil yang berkait dengan kelaminnya hingga nabi saw memberitahu tidak ada ubatnya melainkan dia berkahwin’

    Jika ini bukan penghinaan pada sahabat nabi, maka apa?

    Aku tidak peduli apa yang kamu mahu sampaikan, aku cuma tidak suka dengan unsur yang berbunyi penghinaan seperti diatas. Aku tahu kamu cuma mengambil kisah sejarah tersebut dari pembacaan kamu dan tidak sama sekali kamu berniat menghina sahabat nabi, namun kisah itu tidak tepat dan bercampur dengan unsur rekaan syiah syiah yang memusuhi Muawiya yang telah berkonfrontasi dengan Ali RA. Dan aku telah meminta kamu agar menarik balik ‘nota tambahan’ dalam artikel mu dalam komen asalku kerana mempunyai unsur penghinaan dan berbau kepalsuan. Itu sahaja.


    ‘Byk kesilapan dan kesalahan yg tak kita sedari melainkan jika sdr menganggap sdr sudah sempurna dan tidak ada masalah dgn tuhan atau dgn manusia’
    -Tidak dinafikan dan aku tidak sama sekali aku menganggap diri aku ini sempurna.





    Moga Tuhan merahmati kamu. Semoga Tuhan merahmati aku.
    *Tidak perlu kamu terbitkan komen aku yang panjang berjela ini.

    ReplyDelete
  9. Yangtidakakanmendedahkanidentiti...
    Sangat malang aku terpaksa berhujah dgn org yg setaraf dgn membaling batu sembunyi tangan. Ini juga dikira 1 di antara kesalahan disisi agama. tuhan tidak sebarkan agama dgn cara anonymous, swbaliknya menggunakan nabi2 sbg medium utk mengajak manusia beriman kpd Allah. Agama wajib disampaikan secara ikhlas, jujur dan nyata. Nyata itu sbg bukti percaya kpd apa yg difahami dan ingin disampaikan. Jika tidak mahu bertanggungjawab terhdp apa yg ingin disampaikan tp memaksa supaya org yg ingin dinasihati itu menarik balik kenyataan dan menyuruh utk bertaubat, itu bermakna org iyu sendiri was2 dgn fakta sendiri.
    Saya di antara blogger yg bersedia mendedahkan identiyi dan bersedia bertanggungjwb terhdp apa yg saya hujahkan.
    Saya juga tidak mahu mempertikaikan sumber rujukan kamu dan saya juga tidak mahu menyuruh org lain menerima kitab rujukan saya dan menolak kitab rujukan kamu dgn mengatakan rujukan kamu tidak sahih dan tidak tepat. Kalau mahu diukur KPI kitab2 rujukan masing2, apa kpi yg boleh membuktikan rujukan masing2 masing betul?
    Ayat yg sdr maksudkan menghina sahabat nabi itu, kamu yg menuduh saya menghina sahabat. Walhal maksud saya bukan menghina dan saya berkeyakinana rujukan saya benar, spt juga sdr mengatakan rujukan sdr benar.
    Apakah jika saya kata ada seorang nabi yang disebut dlm kitab telah menghadapi dugaan tuhan dihinggapi kudis satu badan, itu bermakna saya menghina nabi tersebut?
    Apakah apabila kita tidak bersetuju dgn rujukan seseorg, org itu perlu buktikan rujukan mana dan sumber mana sbg bukti? Budaya memminta bukti setiap hujah org lain adalah budaya yahudi seperti budaya umat yahudi zaman nabi musa atau zaman nabi mihammad saw. Mau bukti tuhan itu wujud, mau bukti tuhan itu mmghidup dan mematikan dan pelbagai bukti lagi yg minta ditunjuk kod mereka baru mereka mahu percaya. Apabila nabi2 tunjukkan bukti pun masih tidak percaya dan minta bukti lain pulak.
    Perbandingan antara sahabat2 nabi bukan utk mengatakan sahabat itu buruk dan sahabat yg ini baik. Saya dan sdr juga tentu maklum dgn sabdaan nabi bhw nabi menyifatkan sahabat2 baginda ibarat bintang di langit dan jika kamu ikuti salah seorg darinya maka kamu tidak akan sesat.
    Perbandingan itu bertujuan utk mengambil pengajaran dari apa yg berlaku dikalangan sahabat utk dijadikan panduan dan rujukan terhadap apa yg berlaku hari ini. Tidak boleh bertujuan utk merendahkan salah seorg atau kedua2 dari mereka. Ini kefahaman yg diajar oleh guru saya dan sdr tak peelu pertikai dan tanya siapa guru saya yg pandai2 ajar macam tu.
    Artikel saya tidak relevan utk menyebut hujah siapa dalang disebalik pembunuhan hassan dan hussien. Itu tak perlu saya hujah di sini. Apa yg saya hujahkan ialah perspektif bagaimana dan apa maksud sahabat2 berperang. Ia tidak lebih dr semata2 utk menaikkan agama allah berdasarkan kefahaman masing2 yg diberi oleh tuhan.
    Apakah saya peelu menerangkan lagi bagaimana apabila bangun ditengah malam utk bersembahyang tahajud, masing2 Ali dan Muawiyyah menangis2 dihadapan Allah dan masing2 mengadu kpd Allah bahawa lawan masing2 lebih baik dari dirinya? Ali mengatakan muawiyyah lebih baik dan begitu juga sebaliknya. Ini cara dan maksud sahabat2 berperang. Sahabat dulu berperang dan bermusush tetapi kedua2 mereka sudah dijanjikan syurga oleh Allah dan bertaraf R.A. kita hari berperang dan berpecah krn politik, ditakuti kedua2nya akan masuk neraka.

    ReplyDelete
  10. apa masalahnya berhujah menggunakan anonymous... tak paham aku. yg penting isinya... begitu juga dlm bersedekah... yg penting niatnya ikhlas walau pun anonymous yg bersedekah... kalau bersedekah dengan cek besar2 ambik gambar masuk tv...bla...bla, jgn ko kata aku buat bandingan tak betul pulak...

    pihak ke3.

    ReplyDelete
  11. Pihak ke 3,
    Mana sama bersedekah dan memberi hujah atau nasihat. Bersedekah memang perlu ikhlas ibaratnya tangan kanan memberi tangan kiri tak tau. Hukum n cara menyebar ilmu kau nak samakan dgn konsep sedekah? Kitab songsang mana kau belajar? Kalau pakai anon pun boleh sebar agama dan ilmu baik suruh jin afrit je tak payah pakai ulamak ke guru ke... Suruh jin bisik di telinga org umno.

    ReplyDelete