Tuesday, June 7, 2011

PAS TAK SANGGUP TERUS MENJANDA..

Pas sudah semakin hilang fokus. Semua prinsip dan kaedah mahu ditukar baru. Matlamat juga sudah diletakkan di atas landasan baru. Kepimpinan pun sudah ditukar dari dominasi golongan ulamak kepada golongan profesional. Mahfuz Omar dan Mat Sabu juga turut digolongkan sebagai profesional.

Suasana yang sedang berlaku di dalam Pas ini boleh digambarkan seperti seorang lelaki yang telah lama menduda dan sedang gila mencari pasangan baru.

Menduda kerana kerana ditinggalkan isteri sejak tahun 1978. Setelah ditinggalkan isteri yang lengkap serba-serbinya, Pas berkelana ke sana kemari menunggu jika ada yang sanggup bersuamikan dia.

Disebabkan terlalu banyak pantang larang atau 'kepantangan datok nenek', ramai yang takut untuk hidup sebumbung dengan Pas. Jika mahu jadi isteri Pas, mesti sanggup pakai jubah atau sekurang2nya pakai skaf jika perempuan itu bukan muslim. Tak boleh salam dengan lelaki selain dari suaminya. Mesti sanggup berikrar untuk sama2 menegakkan hukum Allah di mukabumi. Mesti sanggup menjalani hukuman hudud jika didapati melakukan jenayah. Mesti tinggalkan undang2 toghut dan jahiliyyah. Mesti perjuangkan amal makruf dan nahi mungkar. Tidak boleh berkongsi kuasa atau berkawan dengan bukan Islam.

Pelbagai macam lagilah 'kepantangan ayah dan datok nenek yang digariskan oleh Pas jika mahu menjadi Isteri dia.

Akhirnya, tiada siapa yang sanggup bersuamikan Pas. Jika ada pun sekejap-sekejap seperti Siti 46, Siti Berjasa dan isteri rujuknya Siti Hamimah. Ada satu masa dulu kawin sulit dan bermutaah dengan DAP tapi bila sudah ramai yang tahu, cepat-cepat diceraikan.

Inilah yang berlaku sepanjang tempoh Pas berkelana mencari teman hidup untuk mengembangkan zuriat.

Disebabkan umur sudah lanjut dan masa sudah mencemburui kehidupannya, Pas akhirnya insaf dan sedar akan segala kesilapannya. Dia tahu disebabkan perangainya yang terlalu banyak 'kepantangan mak-ayah dan tok-nenek' inilah yang menjadi punca kepada hilangnya minat wanita untuk bersuamikan dia, sehingga akhirnya PAS gagal membenihkan zuriat dan generasinya tidak kembang-kembang.

Disebabkan 'sudah panik' kerana faktor usia dan keyakinan bahawa zuriat tidak mungkin dapat dikembangkan jika dia berterusan menjanda, maka melalui muktamar yang lalu, Pas secara nekad telah menyatakan keazaman untuk merobah segala perangainya yang terlalu banyak pantang larang.

Akhirnya, Pas nekad meninggalkan prinsip untuk menegakkan negara Islam. Pas juga sanggup tinggalkan prinsip menegak hukum hudud dan hukum Allah di mukabumi. Pas juga sanggup membenarkan sesiapa yang menjadi isterinya untuk bersalam dengan bukan muhrim. Pas juga tak kisah jika isterinya pakai baju warna warni dan mengenakan wangi-wangian jika keluar rumah. Malahan Pas juga bersedia berkompromi mencari calon isteri dari kalangan pengamal amalan toghut dan jahiliyyah asal saja dia dapat isteri yang kekal dan mampu mendatangkan zuriat yang ramai.

Itulah serba ringkas mengenai sebuah pengkisahan seorang manusia yang bernama PAS yang selama ini mengaku iman dan takwanya mengatasi lain-lain manusia di bumi Malaysia ini. Seorang yang menyangka dia sudah beriman dan konon mahu menduga imannya. 

Tetapi apabila harapan dan cita-cita yang diidamkan untuk diperolehi hasil dari prinsip perjuangan yang dibawa selama ini tidak menampakkan hasil yang baik di dunia, maka dia menjadi semakin hilang istiqomah dan kesabaran dalam menegakkan kalimah Allah. 

Pas menjangkakan Allah Taala akan 'reward' segala pengorbanan mereka semasa di dunia lagi, disamping akan mendapat balasan baik diakhirat. Tetapi tunggu punya tunggu punya tunggu, pulangan hasil kepada pengorbanannya terhadap agama tuhan tidak juga kunyung datang. PAS mengharapkan 'reward' tuhan itu diberi dalam bentuk 'kuasa memerintah'.

Akhirnya PAS naik 'fed-up' dengan penangguhan 'reward' tuhan. Pas pun berijtihad dan beristiqhorah. 

Jawabannya, apa nak jadi, jadilah. Susah sangat. Lambat. Entah bila tuhan nak reward. Jadi kita buat resolusi dalam muktamar, hapuskan semua dan segala 'kepantangan mak bapak datok nenek yang selama ini telah mendatangkan sial kepada perjuangan kita. Selagi kepantangan kita terlalu banyak, selagi itulah DAP susah nak bagi kerjasama dengan kita. Jika kita ikut faham agama, kita terpaksa pisahkan hubungan dengan Anwar kerana dia dah terang-terang rosak moral dan akhlak Islam.

Kita tawakkal sajalah pada tuhan. Tuhan Maha Pengampun.

1 comment:

  1. Pakatan Rakyat sudah sedar bhw rakyat tidak akan menyokong mereka kerana track record mereka adalah sangat buruk di Penang, Selangor, Kedah dan Kelantan jika dibandingkan dgn Kerajaan Barisan Nasional.
    Utk melalui jalan pintas ke Puterajaya pihak pembangkang yg diketuai oleh Cina DAP akan menganjurkan satu demonstrasi besar2an.
    Mat Sabu yg terhutang budi dgn Lim Guan Eng dan DAP Penang akan dikerahkan utk mengetuai demonstrasi lebai2 PAS beramai2. Mat Sabu memanglah seorang pakar dlm melakukan demonstrasi. DAP akan membiayai demonstrasi dan melihat dari jauh kaldai2 tungangan mereka berdemo.
    Sudah tentunya akan tercetus rusuhan di antara yg berdemanstrasi dgn pihak keselamatan Kerajaan.
    Jangan lupa yg Armada Amerika sudah siap sedia menunggu dekat Singapura kononnya utk mengadakan latihan tentera dgn Singapura.
    Apabila tercetus saja rusuhan, tentera Amerika akan masuk kononnya utk menjaga keselamatan sekutunya Singapura dan menyokong pihak perusuh utk menentang tentera Kerajaan Malaysia. Senario yg sama spt yg berlaku di negara2 Arab akan berulang di Malaysia. Kerajaan yg memerintah akan ditukar atas dasar rakyat inginkan perubahan kononnya.
    PAS tak usahlah bermimpi utk ke Putrajaya. Kebanyakan dpd pemimpin2 mereka akan terbunuh atau ditangkap atas kesalahan mencetuskan huru-hara.
    Yang berkuasa nanti adalah Cina DAP dgn sokongan penuh Singapura dan Amerika. Maka terbentuklah Republic of Malaysia dan akan bermulalah mimpi ngeri bagi kaum Melayu yg tidak sedar diri.
    Ingat kata2 Lim Kit Siang apabila BN mengadakan perhimpunan belia satu Malaysia, dia kata Najib patut ingat lebih ramai rakyat akan mengadakan perhimpunan spt yg telah berlaku di Tahrir Square di Mesir.
    Kan jelas hasrat Pakatan Rakyat utk mengadakan rusuhan?
    Hishamuddin yg lembab janganlah leka lagi - asyik2 memberi amaran demi amaran yg tidak sudah2.
    CEGAH SEBELUM PARAH.
    MELAYU MUDAH LUPA ...........

    ReplyDelete