Sunday, June 12, 2011

PAKATAN RAKYAT TUNGGU KDN ANUGERAH HALAL ISO- PRU13

ISA sebenarnya hanya wujud pada nama. Ia sudah tak berguna ibarat Quran buruk yang diletak di kepala tiang anjung rumah saja. 

Kalau ada pun gunanya hanya untuk menangkap sindiket pendatang asing. Lagi satu gunanya untuk menangkap ikan-ikan bilis yang kalau tak ditangkap pun tidak beri kesan besar kepada keselamatan dan keamanan negara.

Mat Selamat melayu Singapura yang tak berpengaruh langsung tu ditahan bawah ISA pun kerana untuk ambil hati Singapura. Bukan nak guna sangat pun.

Lagi satu gunanya ISA ni bila ada kes pemalsuan Kad Pengenalan. Apalah bahayanya semua kesalahan ini kepada keselamatan negara. Hujung kuku pun tak terjejas. Tak guna ISA semua kesalahan ni pun tak apa. Guna lain-lain peruntukan undang-undang pun boleh.

Kes kelulusan secara halal lebih 40 ribu permit pekerja asing kepada pekerja negara India tu lagi bahaya kepada keselamatan dan keamanan negara jika dibandingkan dengan kes sindiket pendatang asing secara haram.

Yang termasuk dalam kategori paling merbahaya diberi amaran. Yang bahaya sikit-sikit terus ditangkap dan disumbat ke Kemunting. Ikan bilis yang boleh diratah mentah-mentah digoreng sampai hangus tapi jerung besar dimasak 'half cook'. Mana tak kembung perut rakyat dibuatnya.

Jerung besar yang telah menelan keharmonian antara penganut agama dibiarkan bebas.

Jerung besar yang telah menghancur dan mengunyah keamanan antara kaum masih dibiarkan terus membaham sehingga semua kaum semakin selfish dan berasa resah-gelisah.

Jerung-jerung ini sudah memakan banyak korban. Bahasa Melayu sudah dimakan kitab Injil. Nama Allah sudah ditelan oleh agama Kristian. Masjid sudah diberi taraf demokrasi dengan membenarkan hiruk-pikuk pilihanraya secara bebas di dalam masjid.

Jerung-jerung ini juga sedang merobek-robek perlembagaan negara. Nama bangsa di dalam kad pengenalan pun mahu ditukar kepada bangsa anak Malaysia. Bilis-bilis yang bernama melayu sudah tidak selamat lagi kerana jaring-jaring halus 153 dan 152 yang melindungi bilis melayu dari ditelan jerung selama ini sedang dirobek-robek dengan geraham meritokrasi dan kesamarataan.

Taik-taik jerung sedang diproses dengan bahan pengawet dan pelbagai gelatin telah diadun serta diberi status halal agar seluruh rakyat yakin dan akan memakan saja taik-taik yang ditabur oleh jerung- jerung ini. Pelbagai taik-taik sedang ditelan bulat-bulat oleh rakyat hari ini kerana ia sudah dianggap halal.

Taik-taik liwat, seks, samarata agama dan hak-hak sebagai warganegara semua sudah diberikan status halal. Status halal bahasa melayu dan nama Allah telah diberi kepada agama kristian.

Jerung Bersih 1 dulu dibiar berenang sampai 100,000 ekor di jalan-jalanraya. Ikan bilis naik ke pantai dikuarantin sampai 2 tahun di Kemunting.

Julai nanti disasarkan seramai sejuta jerung Bersih 2 akan memenuhi jalan-jalanraya sekali lagi.

Hari ini jerung-jerung ini sedang enjoy semua kelonggaran yang diberi oleh KDN. KDN hanya memberi ingatan dan pesanan supaya berhati-hati dannjangan membekal atau memakan makanan taik halal ini secara berlebih-lebihan sehingga boleh membahayakan kesihatan pulak ekk...ok?

Kepal Nasi : Tunggu anugerah sijil halal ISO PRU 13...

No comments:

Post a Comment