Game plan yang sedang dimainkan oleh parti-parti gabungan pakatan pembangkang sejak akhir-akhir ini begitu sukar difahami. Pemikir politik pun "berpinau" memikir, apa lagilah rakyat atas pagar dan kumpulan majoriti senyap.
Perang mulut DAP-PAS dalam isu hudud, putaran semula pita sejarah dalam versi baru, pendirian PKR yang mengamalkan ideologi sesumpah dengan menyokong pendirian ke dua-dua parti yang jelas berbeza, amat memeningkan golongan atas pagar dan majoriti senyap.
Jika tahap peningbgolongan ini sampai ke tahap tepu, sudah pasti kredibiliti gabungan pembangkang ini akan terjejas pada pandangan mereka.
Game plan pembangkang ini pada pandangan saya terlalu tinggi untuk golongan atas pagar dan majoriti senyap. Golongan ini silap-silap haribulan boleh fed-up dengan karenah pembangkang yang tidak habis-habis memeningkan kepala mereka dengan pelbagai cerita dan versi luar kotak yang dibawa pembangkang.
Kemungkinan perkembangan ini akan memberi kelebihan kepada BN adalah besar.
Cuma sayangnya, BN pun buat juga perkara-perkara yang memeningkan golongan ini.
Langkah menjadikan namewee seolah-olah icon muda 1Malaysia sangat mengelirukan pemikiran golongan atas pagar. Melayu-melayu yang masih tebal kemelayuannya sudah pasti berantakan jiwa mereka apabila pencarut c%bai, penghina azan dan pengkeji lagu negaraku ini dimuliakan secara tidak berasas hanya disebabkan budak sekor ini seorang yang kreatif.
Kenapa dan atas pertimbangan apa namewee diberi pengiktirafan?
Saya secara peribadi tidak dapat sama sekali memujuk hati untuk bersetuju dengan pengijtirafan yang diberikan oleh PM Najib terhadao budak ini.
Memang saya tidak bermasalah untuk menyokong kepimpinan dan transformasi kepimpinan Najib, tetapi untuk menyokong secara membutakan mata dan hati atas setiap apa juga yang dilakukannya adalah satu penghinaan kepada minda sedar dan naluri saya sebagai melayu dan sebagai warga Malaysia yang taat.
Terlalu ramai melayu dan warganegara yang taat merasa terhina dengan pengiktirafan yang diperolehi oleh Namewee.
Sudah berapa kali bloggers, Utusan, NGO melayu dan lain-lain organisasi tidak tahu mana nak letak muka, apabila PM bertindak diluar jangkaan mereka sebagai pendokong kerajaan yang tegar.
Kami berpadu tenaga mempertahankan ISA dan mendesak supaya ditangkap ramai golongan yang sangat berkelayakan masuk ISA, tetapi apa yang berlaku, bukan saja tidak ada apa-apa yang berlaku, malahan ISA itu sendiri pun turut dihapuskan.
Kami beri tekanan kepada Ambiga, tiada apa-apa yang berlaku. Kami desak kenakan tindakan keras kepada Mat Sabu, pun taada apa-apa. Kami pertahankan agenda dan segala dasar negara yang berpaksikan perlembagaan, akhirnya kes murtad gereja dan isu percubaan menyamaratakan agama Islam dengan lain-lain agama terus berlalu ibarat air di daun keladi.
Tindakan semua pihak yang dikira boleh merosakkan pemikiran rakyat akhirnya bebas melakukan apa saja tanpa apa-apa tindakan. Mereka sangat kebal walaupun ternyata bebal. Seolah-olah semua undang-undang yang ada sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi mampu memghukum mereka.
Kami menjadi mulut, lidah, mata dan telinga kepada kerajaan tetapi akhirnya mulut dan lidah kami kaku. Kami merah mata dan telinga kami menjadi panas apabila kami terperangkap sendiri dengan tindakan luar jangka PM Najib dalam isu-isu yang kami perjuangkan.
Mana kami nak letak muka? Apa pula spinning yang kami nak lakukan dalam keadaan yang sudah terbalik ini? Adakah kami perlu cari pula "point" baru untuk menyokong penghapusan ISA? Macam mana kami nak tukar cara spinning dari menyanggah tindakan Namewee kepada menyokong pula tindakan Namewee dan menubuhkan kelab penyokong Namewee?
Adakah kami gagal memahami apa sebenarnya yang patut kami lakukan sebagai media pendokong kerajaan ATAU kerajaan yang sebenarnya gagal mengekalkan prinsip dan segala dasar yang selama ini telah menyebabkan kerajaan ini menjadi kuat dan dihormati oleh kawan dan lawan?
Hakikatnya kami para bloggers pendokong kerajaan yang kantoi, walaupun kami dah banyak kali kantoikan Mat Sabu, Karpal Singh, Namewee, LGE, Khalid Gagap dan ramai lagi.
Kami maju ke hadapan berperang dan menembak musuh tanpa gentar tapi apabila kami toleh ke belakang, tengok-tengok general kami dah taada dan lari lintang pukang. Lebih memedihkan, general kita pula yang membekalkan musuh dengan peluru dan meriam untuk mengebom kembali pertahanan kami.
Agaknya Mat indera dulu pun sama style macam general kita sekarang ni. Mat Indera claim dia berjuang mempertahankan tanahair, tetapi tindakan yang dilakukannya sebenarnya telah menambah-punahkan kehidupan dan keamanan negara ini.
Ada juga betulnya ungkapan bernas namewee.....c@bai betullah.
No comments:
Post a Comment