Ruang sudah terbuka luas kepada Anwar Ibrahim untuk mensucikan diri dan membersihkan segala sangkaan, tuduhan liar atau fitnah yang selama ini telah dilemparkan oleh musuh-musuh politiknya.
Kalau saya jadi Anwar dan benar-benar yakin saya berada di pihak yang benar dan selama ini saya telah menjadi mangsa fitnah, hari ini saya akan mengambil peluang untuk menentang habis-habisan himpunan gay dan lesbian yang bakal dirasmikan oleh Ambiga.
Saya akan buktikan bahawa saya bukan saja tidak pernah meliwat dan jadi peliwat seperti yang dituduh, malah saya akan buktikan bahawa sayalah penentang no.wahid gejala gay dan lesbian yang dilaknat Allah dan dibenci oleh nabi ini.
Apa saya takut. Saya tidak akan sekali-kali gentar kerana saya berada di pihak yang benar.
Sebagai mana lantangnya saya dalam menentang gejala rasuah dan segala bentuk penyelewengan, begitulah kerasnya penentangan saya terhadap leluasanya gejala umat nabi Lut ini.
Bagaimana kentalnya semangat saya dalam merempuh gelombang kebobrokan dan pemborosan yang dilakukan oleh para penguasa dan ahli keluarga terdekat yang rakus dan zalim, begitulah kentalnya daya juang yang akan saya tunjukkan dalam membenteras sebarang bentuk kebebasan yang langsung tidak bermoral ini. Tiada mana-mana agama pun yang bersetuju dengan budaya jijik lagi kotor yang sedang dipromosi oleh musuh-musuh durjana ini.
Tidak ada apa yang saya takutkan kerana saya amat yakin dengan janji Allah dan Allah sangat bersimpati dengan golongan teraniaya dan menjadi mangsa fitnah sepanjang masa yang dirancang oleh si penguasa goblok yang tidak henti-henti dan terus-terusan menghina dan mengaibkan saya dan seluruh keluarga saya.
Apa pun, ia tertakluk kepada sejauh mana kesanggupan saya untuk terus menipu bukan saja rakyat, malah tidak terkecuali kesanggupan saya untuk terus menipu dan berlakon di hadapan Allah swt.
Manusia kita boleh auta ikut mana pun. Tapi untuk tipu tuhan ia memerlukan satu "mahakuasa" yang lebih hebat dari tuhan.
Saya insan kerdil. Mana mungkin.. Inilah had dan sempadan penipuan dan pembohongan yang boleh saya lakukan, kalau saya jadi Anwar.
I am with you Bro!
ReplyDelete