Thursday, November 3, 2011

TANDA2 RAMALAN TUN M BENAR, SUDAH MAKIN JELAS...

Pemimpin melayu dalam PR semakin hari semakin tersepit. Walaupun begitu, pemimpin melayu dalam BN pun sama. Banyak kali tersepit. 

Semua ini terjadi kerana kuasa politik melayu yang sudah semakin lemah. Baik pemimpin melayu dalam PR, mahu pun melayu dalam BN, masing-masing terpaksa berkompromi, walaupun akhirnya ia boleh menjejaskan kesucian agama dan kepentingan bangsa.

Desperado pemimpin melayu dalam BN mungkin agak terkawal kerana sekurang-kurangnya mereka masih memegang tampuk kuasa. Tapi desperado pemimpin melayu dalam PR tidak ada batasan langsung. Mereka terlalu inginkan pengaruh dan sokongan semua pihak, demi untuk menjamin kemenangan pada PRU13.

Sudah banyak kali keimanan, keikhlasan dan kejujuran pemimpin PAS dalam mendaulatkan kesucian Islam tercabar, tergugat dan tergadai demi kelangsungan politik masa depan.

Tak payah disebut berulang kali. Selepas kompromi dengan isu murtad, terakhir, PAS sedang "biol" pula memikir bagaimana mahu melepaskan tengkuk dari terjerut dengan isu perhimpunan seksualiti kemerdekaan yang ditaja oleh Ambiga.

Kempen memperjuangkan hak asasi seorang pengamal sex bebas, lesbian dan homoseks tajaan Ambiga ini telah menyebabkan pemimpin melayu dalam pakatan terkedu dan bisu.

Mahu diluah mati anak, ditelan mati emak. Mahu didiamkan begitu saja tersengkang pula di tekak. Mana tak biolnya memikirkan.

Kalau disokong, alamat leburlah sokongan dari umat melayu Islam. Kalau ditentang keras alamat larilah sokongan kaum india dan cina. Kalau didiamkan saja, alamat mati keraslah perjuangan parti akibat sesak nafas tersengkang anak tekak.

Melayu BN pun sama 2x5.

Sampai hari ini semua orang masih cuba mencari rasional perlantikan si Nalakaruppan ni. Bila tengok track record kot-kot ada jasa, tak jumpa pulak.

Siasatan rawak mendapati hanya ada 2 faktor yang menyebabkan si Nalakarupan ini menjadi terkenal. Pertama, terkenal kerana pernah jadi tokey judi magnum. Kedua, kerana pernah menjadi rakan konspirasi merangkap pembekal ayam betina kepada Anwar Ibrahim. Itu saja.

Kekuatan parti pembangkang dan BN agak seimbang. Yang bakal memberikan kemenangan kepada mana-mana parti pada PRU13 nanti adalah golongan atas pagar dan silent majoriti.

Golongan ini mungkin sudah menjadi semakin buntu siapa yang harus disokong, bila melihat gelagat 2x5 pemimpin-pemimpin melayu dalam BN dan pakatan. 

Pemimpin melayu dalam BN dilihat terlalu bertolak ansur terhadap kemahuan dan kehendak kaum bukan melayu. Sakit hati melihat layanan istimewa yang diberi terhadap namewee masih belum hilang, timbul pula sakit mata melihat pengiktirafan yang diberi kepada Nalakaruppan.

Pemimpin melayu pakatan lagi nazak. Hak samarata agama disokong. Isu murtad diambil mudah. Tindakan DAP dan pemimpin bukan melayu pakatan mempertikai hak istimewa melayu dan kuasa raja-raja melayu pun dibiarkan. Hak asasi untuk golongan gay dan lesbian pun tiada siapa kalangan mereka yang bersuara kecuali pemuda PAS.

Semua ini terjadi kerana perpecahan kuasa politik melayu. Bila masing-masing sudah lemah, akhirnya semua desakan dipenuhi demi kelangsungan survival politik masing-masing.

Antan dan lesung berlaga, padi pun menyimbah keluar. Akhirnya tempolok ayam hitam dan karung itik putih yang penuh berisi.

Nafsu politik pemimpin melayu untuk mengekalkan kuasa dan mahu merampas kuasa sudah tidak dapat dibendung lagi. 

Mereka macam sudah nekad. Apa nak jadi pun jadilah. Tiada kompromi lagi. Dua-dua puak melayu sudah jadi seperti orang hanyut. Asal boleh  menyelamatkan diri dari mati lemas, ranting hanyut, dahan hanyut, tahi hanyut semua disambar demi survival politik.

Agaknya, Melayu akan maut menjelang 2020 seperti yang diramal oleh Tun Mahathir tu betul kot.

3 comments:

  1. Yes, you are right.

    Both coalitions have similar qualities, qualities that are in the process of destroying us all.

    ReplyDelete
  2. Saya seorang daripada atas pagar. Kali ni solid undian untuk BN,... PR tak meyakinkan..

    ReplyDelete
  3. Agreed. Both sides are 'f**ked"..and so are we! Pardon the language but thats the only word that is apt.

    ReplyDelete