Saddam mungkin zalim pada sebahagian dari rakyatnya. Tapi tindakan lebih zalim dalam menghapuskan kezaliman Saddam, telah menyebabkan Saddam menerima simpati yang bukan sedikit.
Muammar Ghadafi juga mungkin bertindak tidak adil dan jahil kepada sebahagian rakyatnya, tetapi tindkan balas yang dilakukan terhadap Ghadafi adalah lebih jahiliyyah lagi.
Kesilapan dan kelemahan kepimpinan umno telah menyebabkan rakyat memberi kemenangan agak besar kepada pakatan pembangkang di beberapa buah negeri dalam PRU12 lalu.
Tetapi, pada hakikatnya, tindakan mengalih angin kerana tidak berpuas hati terhadap kerajaan, tidak juga menyebabkan kehendak hati tertunai.
Kelemahan dan penyakit yang diharapkan akan terhapus dengan hilangnya kuasa BN di negeri terbabit tidak juga hilang. Malah, sebahagian dari kelemahan dan penyakit lama yang menyebabkan rakyat marah ada yang semakin bertambah kronik. Penyakit yang tidak pernah berlaku dan jarang dijumpai juga turut muncul.
Penyakit merebut dan mengongsi nama tuhan tak pernah muncul tapi sekarang sudah berlaku.
Penyakit menyamaratakan semua benda termasuk agama pun belum pernah berlaku. Sekarang sudah terjadi.
Penyakit korbankan agama demi kuasa, dulu tidak berapa ketara. Tapi sekarang sudah dikorbankan secara terang-terangan. Kalau tak percaya tanyalah PAS.
Penyakit fitnah dan dusta terlampau, dulu pun tidak ketara sangat. Tapi kini, penyakit ini sudah tidak dapat diubati lagi. Ia sudah menjadi seperti penyakit umumi. Seseorang yang alim, tidak menyebabkan mereka itu terlepas dari mengidap penyakit kencing manis. Begitulah keadaannya dengan penyakit fitnah dan dusta terlampau, kini.
PM dan isteri pergi menunaikan rukun Islam ke 5 pun turut dijadikan sandaran untuk mereka lakukan amalan ketagihan dosa fitnah dan dusta.
Apa juga yang terkeluar dari batang tubuh PM dan isteri samada percakapan, perbuatan atau pergerakan, semuanya mahu dijadikan bahan untuk merekayasa fitnah dan dusta.
Walau pun benar dan tidak dapat dinafikan wujud kesilapan dan kelemahan PM dan isteri seperti juga manusia lain, tetapi tindakan balas yang dilakukan oleh musuh-musuh politik PM adalah jauh lebih berdosa dari dosa yang dilakukan oleh PM dan Isteri.
Penyelewengan itu adalah satu perbuatan dosa dan sipelakunya tidak akan terlepas, sekurang-kurangnya di akhirat jika tidak dihukum di dunia.
Menyebarkan penyelewengan atau kelemahan si pelaku dengan tujuan dan niat yang salah juga termasuk dalam dosa. Dosa ini adalah tertanggung di atas bahu tukang sebar dan tidak kena mengena dengan sipelaku.
Jika disebarkan cerita seseorang itu menyeleweng, tetapi pada hakikatnya ia tidak berlaku, ini sudah termasuk di dalam dosa memfitnah.
Merekayasa cerita penyelewengan dan menerbitkan fakta-fakta tidak benar mengenai cerita penyelewengan yang tidak berlaku atau tidak tepat seperti mana ianya berlaku, ia dikira jatuh di dalam kategori berdusta.
Dosa ke dua-duanya, iaitu fitnah dan dusta, adalah terlebih besar dari dosa penyelewengan atau kelemahan yang dilakukan oleh seseorang manusia.
Jika perbuatan Saddam itu hina, tindakan yang dilakukan ke atas Saddam itu lebih hina. Jika perbuatan Ghadafi itu kotor, perbuatan balas yang dilakukan ke atas Ghadafi adalah jauh lebih kotor dan hina.
Rosmah mungkin berdosa kerana tidak menutup aurat tetapi tindakan menghina Rosmah kerana tidak menutup aurat itu adalah lebih-lebih berdosa dan hina.
Jika amalan haji mereka berdua tidak diterima oleh Allah itu adalah di antara mereka dan Allah. Jika amalan mereka diterima oleh Allah itu juga adalah atas urusan Allah.
Adakah fitnah dan dusta yang dilakukan oleh puak-puak pembangkang ini akan menyebabkan Allah juga turut terpengaruh dan bertindak sama mencerca ibadat khusus Najib dan isteri?
Jika Allah memberikan rahmat dan perlindunganNya kepada seseorang hambanya, maka tiada siapa yang mampu mendatangkan bekas.
Tidak mungkin pembawa berita fitnah dan dusta itu lebih mulia kedudujannya di sisi Allah dari sipelaku yang berdosa. Jika sipelaku masuk neraka tingkat 1, si pendusta tentu masuk neraka basement 7.
Utk mnunai kn haji bkn skdar prgi shj.Brsih kn dri tu dlu.Dr sgala mcm dosa.Ibadah haji bkn skdar utk mndpt kn glaran,tp utk mnympurna kn rukun sbgai org Islam.sbgai pmimpin ada kh dia brsih dr pnyelewengn.Sbgai ktua kluarga ada kh dia mlaksana kn tugas sbgai suami dn bapa.Klau hal tudung pun dia tk mampu nk btul kn,apa crita?
ReplyDelete