Sunday, November 6, 2011

WAMAKARU ANWAR VS WAMAKARULLAH...AKHIRNYA ANWAR TERKENTUT TAHIYYAT AKHIR.

Akhir-akhir ini mentaliti terdesak pihak pembangkang kelihatan semakin ketara.

Terlalu banyak isu politik tahap terlalu bodoh sudah dijadikan modal utama. Cara dan isu yang dimainkan langsung tidak menggambarkan nilai kematangan politik dan tuntutan demokrasi sebenar.

Mahu dilayan tiada kelas. Kita pula jadi bodoh sama macam dia. Jika dibiarkan tanpa counter attack ditakuti pula rakyat akan menganggap isu yang dibawa pembangkang sebagai satu kebenaran, walaupun hakikatnya isu tersebut berada pada tahap longkang.

Nak ulas pun rasa malu. Tapi apakan daya. Pembangkang di negara kita hanya ada kelas macam tu. Terpaksa jugalah layan. 

Ibarat Sepanyol lawan team Uthopia. Bila dah di tengah padang, kita walaupun juara bertahan, terpaksa jugalah lawan dan kena menang, walaupun saingan tiada kelas. Kalau kita biar saja mereka bebas di tengah padang, silap-silap juara bertahan boleh kalah. Dia boleh menyusahkan kita. Permainan ganas dan kotor boleh mendatangkan kecederaan berat pada pemain kita. Sikap ambil mudah boleh menyebabkan kita kalah.

Macam mana kita tak kata pembangkang tiada kelas. Semua isu dia main. 

Isu PM dan isteri naik haji pun dijadikan isu. Najib gantung buku panduan haji di leher seperti yang disarankan sewaktu kursus haji pun dituduh Najib guna tangkal. Najib diberi taraf dan tahap keselmatan selaku tetamu negara pun mahu diperlekeh. Gaji PM antara yang terendah di dunia itu pun mahu ditolak lagi oleh Tian Chua. Naik private jet pergi haji pun jadi isu.

Allah hai... Kenapalah sampai macam ni sangat mentaliti pembangkang. Rosmah tak usah nak cakaplah. Kalau ikut pembangkang, tak payah rujuk pada tuhan. Confirm...! Amalan Rosmah tak diterima Allah.

Kesian tengok tahap mentaliti longkang puak-puak pakatan ni.

Sejak akhir-akhir ini, seolah-olah sudah wujud satu kesepakatan puak-puak pakatan untuk hanya menghalakan segala peluru, bom berangkai, torpedo, pisau, pistol, waima duri limau hanya kepada batang tubuh PM dan isteri.

Mereka seolah-olah sudah dapat menghidu bau-bau kekalahan yang bakal mereka tempuh pada PRU13 akan datang. Mereka terlalu gementar jika kepimpinan Najib dapat diterima oleh rakyat.

Mereka sedar, jika majoriti rakyat dapat menerima kepimpinan Najib, maka itu adalah alamat yang sangat tidak baik buat pembangkang. Inilah perkara yang paling tidak boleh diterima dan paling mahu dielakkan oleh pembangkang dari berlaku.

Jadi, apa pilihan yang ada pada pembangkang untuk mengekang perkara ini dari berlaku?

Mahu tak mahu, mesti dicari jalan bagaimana supaya rakyat sentiasa memandang buruk dan menaruh syak serta prejudis dengan PM dan isteri.

Peringkat awal dulu perancangan rapi mereka untuk merosakkan imej Najib dan Rosmah hampir berjaya apabila orang kanan Najib si Razak Baginda dikatakan telibat dengan pembunuhan Altantunya. Kesempatan ini dimenafaatkan sebaik mungkin untuk merosakkan pandangan rakyat dengan memalitkan najib dan Rosmah terus dengan skandal pembunuhan Altantunya.

Akhirnya, masa menentukan. Hari ini mereka sudah tidak mampu lagi menggunakan isu ini. Allah swt hantar Zulkifli Nordin untuk memperjelaskan segala perancangan kotor Anwar untuk mencemar duli Najib dan Isteri.

zulkifli Nordin telah menyebabkan Anwar terkentut-kentut ditahiyyat akhir. Semua perancangan yang hampir berjaya telah BATAL. Bau busuk kentut yang keluar macam bau perut lembu korban yang dibiar  3 hari tanpa ditanam.

Sejak pendedahan Zul Nordin inilah yang telah memaksa Anwar & co terpaksa mencari santapan fitnah baru untuk memastikan rakyat terus memandang serong terhadap kredibiliti Najib & Rosmah.

Cincin 24 juta, confirm Rosmah tak pakai dan tak beli. Anak najib confirm tak shopping di Australia. Usaha-usaha untuk menyama tarafkan Rosmah dengan Imelda Marcos pada pandangan rakyat, nampaknya gagal. 

Usaha untuk menggambarkan Najib seorang PM yang kerjanya hanya mahu merompak khazanah negara dan membahagi-bahagikannya untuk kemewahan anak cucu cicit Tun Razak 7 keturunan, nampaknya melalui jalan buntu.

Kita seru dan peringatkanlah kepada Najib dan Rosmah. Usaha untuk meranapkan kredibiliti Najib dan Rosmah akan terus dilakukan oleh puak-puak bermentaliti longkang ini.

Batang tubuh Najib dan Rosmah akan terus dijadikan sasaran meriam, torpedo, senapang, pistol, pisau, paku karat dan duri limau puak mentaliti longkang ini, sekurang-kurangnya sehingga PRU13.

Wamakaru Anwar masih berusaha untuk mengatasi wamakarullah....

No comments:

Post a Comment