Wednesday, November 9, 2011

DOKTRIN SULIT PAKATAN TERBONGKAR...!!!???

1. Kredibiliti Najib & Rosmah mesti dipunah-ranahkan.
2. Media Perdana mesti dipandang buruk & jahat.
3. Label rasuah dan kronisma mesti terus jadi sticker UMNO dan para pemimpinnya.
4. Transformasi kerajaan mesti diperlekehkan atau sekurang-kurangnya kelihatan gagal.
5. SPR mesti nampak bersekongkol membantu BN dan bakal menafikan kemenangan pakatan rakyat.
6. SPRM mesti dilabelkan sebagai agen penyelamat dan pelindung kepada pemimpin BN yang rasuah dan menjadi agen UMNO untuk memerangkap dan menyelongkar penyelewengan kerajaan pentadbiran di bawah pakatan. 
7. Seluruh institusi penting kerajaan mesti dijejaskan kredibilitinya dan mesti dianggap sebagai alat UMNO untuk mengekalkan kuasa dan menghalang kebangkitan rakyat.

Semua gambaran 1-7 di atas mesti disebar dan diserap masuk ke pemikiran dan minda rakyat.

Jika misi ini dapat dijayakan secara berkesan, maka sebelah kaki pakatan sudah boleh dianggap berada di Putrajaya.

Keberkesanan perlaksanaan Doktrin 1-7 ini juga penting dalam usaha menepis dan melenyapkan kelemahan pakatan rakyat dari pemikiran dan minda rakyat. Antara kelemahan pakatan yang perlukan damage control segera ialah;

1. No. 1 standard la. Kerosakan beyond reasonable doubt kredibiliti ketua umum pakatan.
2. Kes murtad yang menggugat kesucian Islam dan sikap tegas Dr Hassan Ali. Isu ini juga turut membogelkan keikhlasan perjuangan PAS yang sering dikatakan suci.
3. Perjuangan songsang Ambiga yang boleh menjauhkan sokongan rakyat terhadap pakatan.
4. Krisis idealogi perjuangan yang semakin kronik dalam kepimpinan PAS. Ideologi Erdogan vs ideologi asal PAS.
5. Tanggungjawab mission impossible PAS dan pemimpin melayu PKR dalam mensucikan perjuangan DAP pada pandangan orang melayu.
6. Membendung tembelang DAP yang sedang berpura-pura untuk menjadi lebih Malaysian dari Malaysian dan lebih melayu dari melayu.
7. Banyak lagi. Tak larat tulis.

Jika damage control isu 1-7 ini dapat dilakukan dengan berkesan, sebelah lagi kaki pakatan akan dapat dijejakkan ke Putrajaya. 

Maka negara Malaysia akan dapatlah diperintah oleh pakatan. Maka akan terjadilah sesuatu yang selama ini memang termasuk di dalam perkara mustahil, iaitu Air dan Minyak sudah boleh bercampur. Ia berlaku di Malaysia.

No comments:

Post a Comment