Thursday, November 10, 2011

KATA ALLAH....CELAKALAH KAMU YANG MENDUSTAKAN AGAMA...

Ikut mana pun, pendekatan toleransi dan tiada mana-mana kaum yang dapat semua perkara dan tiada mana-mana kaum yang harus hilang semua benda adalah pendekatan terbaik bagi sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Jika sesebuah negara yang majmuk sifatnya tapi tidak mengamalkan pendekatan sebegini pasti akan kacau bilau.

Kegagalan mengurus kepelbagaian etnik di Aghanistan dan India telah membuktikannya.

Formula win-win ini hanya diamalkan di dalam BN dan ia terbukti telah membawa keharmonian dan berada dalam keadaan boleh urus.

Gunalah pelbagai bahasa-bahasa jargon sekali pun, seperti hak asasi, hak menyatakan pandangan dan kritikan, ketelusan, amalan demokrasi atau dasar keterbukaan dan entah apa-apa lagi perkataan ciptaan kapitalis, tetapi jika tiada elemen toleransi dan situasi menang-menang antara kepelbagaian etnik, budaya dan kepercayaan, kehidupan dalam sesebuah negara itu pasti tidak akan aman.

Dalam keluarga kecil sekali pun, jika tiada toleransi dan budaya menang-menang, keluarga tersebut tidak akan hidup aman.

Ia ibarat orang yang cukup segala-galanya tapi sayang tidak berbini. Zuriat pun tak berkembang. Hidup tak serupa orang.

Cuba kita tanya diri sendiri tanpa emosi dan sentimen politik, siapa yang telah berjaya mempelopori budaya toleransi dan menang-menang di negara ini sejak sekian lama?

Jangan lihat kepada kelemahan pemimpin yang memimpin parti-parti politik di negara ini. Lihat kepada idealisma dan prinsip perjuangan parti. Jika pemikiran kita terjebak dengan personaliti pemimpin, maka kita terpaksa menolak siang-siang parti-parti politik seperti DAP dan PAS kerana elemen toleransi kaum dan kepercayaan agama tidak pernah menjadi agenda perjuangan mereka.

Malah, penambahbaikan polisi toleransi dalam ekonomi dan sosial selepas 1970, adalah berpunca dari cetusan ketegangan kaum yang ditiup oleh para pemimpin DAP pada tahun 1969.

Kita kena kembalikan pemikiran rasional rakyat untuk memikirkan semula perkara asas ini setelah lebih 10 tahun pemikiran mereka dibawa jauh kepada isu-isu ciplak dari barat yang tidak berpijak secara realiti akibat dari eksperimentasi pembangkang yang cuba mengubah pola pemikiran rakyat menurut kacamata mereka.

Semua bentuk pemikiran, cara hidup dan kaedah menyelesaikan sesuatu isu mahu diolah baru menurut versi dan acuan mereka. 

Itu sebab segala perkara yang selama ini menjadi asas dan rukun penting kunci kejayaan neegara kita sudah jadi bahan perdebatan yang tak berkesudahan.

DEB yang telah menyebabkan semua bangsa di negara ini maju telah dipersoalkan. Islam yang selamanya jadi agama rasmi dan dihormati telah diperlekehkan. Hak istimewa melayu dan kedudukan raja-raja yang tiada siapa berani menyentuhnya, hari ini sudah dipandang rendah.

Kebebasan agama bentuk baru telah diperkenalkan. Tidak pernah muncul isu kongsi nama tuhan. Tidak pernah timbul isu kesamarataan dalam agama. Tidak pernah timbul kerja-kerja merosakkan keaucian agama ini mendapat sokongan dari pemimpin Islam, tapi hari ini PAS pun sanggup bersekongkol. Apatah lagi Anwar.

Perkara-perkara baru, pelik dan asing sedang menjerat pemikiran pemimpin dan umat Islam di negara ini. Lesbian dan homoseks yang tidak pernah dikompromi selama ini pun sudah ada pemimpin Islam yang sanggup bertoleransi dan menyokong memberi simpati.

Dulu melayu Islam bertoleransi dalam memberi peluang kepada kaum cina dan india menjadi warga negara ini. Kini, melayu islam telah mengembangkan lagi sifat toleransi mereka sehingga perkara-perkara luar tabie yang telah menyebabkan umat nabi Lut dimusnahkan pun turut disokong. Disokong bukan oleh si jahil tapi oleh si pemimpin yang mendabik dada mengatakan mereka berilmu.

Hiss... Tak sanggup nak ulas lagilah... Memang cilako lahanat punyo kojo. Titik!!!!

No comments:

Post a Comment