PM tolong tengok-tengokkan 3 isu yang dibangkitkan oleh jurublog Outsyed The Box sikit. Saya tengok kalau PM indecisive dalam 3 isu ni, sakit jugak kita nak main tepis-tepis gitu je.
2 dari 3 isu ni memang penyakit lama. Saka peninggalan Paklah. Tapi mau tak mau PM Najib kena selesaikan jugak hal saka yang mungkin mendatangkan puaka ni.
1 lagi tu berkait dengan keputusan tidak normal yang dibuat oleh menteri yang dikatakan mongoloid.
Saka tingkat 4 dah makin bermaharajalela. Masuk GLC sana masuk GLC sini. Ganggu syarikat sana ganggu syarikat sini. Kawal minda Pemandu kawal minda EPU. Sampaikan banyak keputusan ekonomi dan korporat sudah tidak dapat lari dari pengaruh dan gangguan saka tingkat 4.
Saka jadian lembu feedlot peninggalan Paklah ni pun boleh tahan kuat jugak. Boleh mengganggu ketenteraman keluarga UMNO. Rakyat pun sedang dirasuk dek puaka lembu feedlot ni. Kalau tak betul handle boleh timbul banyak fitnah dan menjejaskan BN.
Saka peninggalan Paklah ni kalau dibiar tanpa rawatan pemulihan boleh mendatangkan ketulahan pada BN. Tak percaya nanti tengoklah.
PM jangan bagi muka dan percaya sangat pada saka konon boleh membantu dan menaikkan semula seri wajah BN. Saka Paklah ni mungkin boleh beri 1 atau 2 kebaikan. Tapi dalam pada memberi 1 dua kebaikan, silap-silap keburukan lain akan datang berkali ganda.
Apa yang paling baik untuk menyelamatkan keseluruhan generasi hari ini, segala bentuk saka, hantu, syaitan dan jin peninggalan legasi Paklah ni harus dimatikan dan dihanyutkan ke laut.
Kalau PM tak berani matikan dan hanyutkan saka ni ke laut, takut nanti BN pulak yang akhirnya akan dihanyutkan ke laut oleh rakyat.
No comments:
Post a Comment