Monday, November 14, 2011

PRU 13 BAKAL CIPTA SEJARAH..

Ke dua-dua pihak, BN dan Pakatan sedang memasuki pusingan terakhir persaingan untuk dinobat sebagai pemenang PRU13.

Damage control sedang giat dijalankan oleh ke dua belah pihak. Program dan dasar-dasar yang dikira mampu menarik sokongan rakyat juga ada yang sudah dan sedang dirangka. 

Setelah BN membentang budget popular 2011, kerajaan pakatan Selangor pula mengambil peluang dari pembentangan budget mereka untuk memperkenalkan gaji minimum RM1500 yang creative dan tricky. Atau lebih tepat lagi mampu mengelirukan rakyat, di mana akhirnya ia hanya boleh dinikmati melalui merit dan prestasi individu pekerja terbabit. Bagaimana mahu mengukur merit seorang buruh kasar atau tukang sapu pejabat SUK?

Akhir-akhir ini pembangkang kerap melakukan kesilapan demi kesilapan, tapi pihak kerajaan pula gagal memanafaatkan sepenuhnya kesilapan dan kelemahan pembangkang untuk membolehkan rakyat beralih angin sokongan secara radikal kepada BN.

Ini mungkin disebabkan pada masa yang sama BN juga turut melakukan kesilapan dan kelemahan tertentu, walaupun tidak seketara pihak pakatan.

Masing-masing, BN dan Pakatan punya penjaga gol dan pemain pertahanan yang lemah. Pemain yang cedera dan tidak cergas masih diberi kepercayaan untuk mengawal pintu gol dan pertahanan dari dibolosi pihak lawan.

Dari keadaan ini, mungkin BN lebih berpeluang untuk menang. Mungkin BN akan menang dengan jaringan yang besar tapi pada masa yang sama jumlah kena jaring pun besar juga.

Saya ramalkan BN akan menang 13-11. Mungkin pertandingan ini bakal mencipta rekod tersendiri yang sukar dipecahkan, iaitu pertandingan yang menghasilkan jumlah jaringan paling banyak dalam satu-satu perlawanan.

Ke dua-dua pasukan berpesta gol kerana kelemahan pasukan pertahanan dan penjaga gol masing-masing.

1 comment:

  1. Pada pandangan sayalah,demi keselamatan negara Malaysia, BN perlu di tumbangkan bagi memberi peluang kepada generasi penerus memperbaiki mana-mana kerosakan di dlm gabungan tersebut.

    BN kini umpama kapal yg berlayar tanpa rehat selama lebih dari 50 tahun.

    Oleh itu BN perlu direhatkan bagi menguatkan tenaganya untuk menghadapi cabaran di alaf akan datang.

    Belayar tanpa rehat akan membahayakan seluruh anak kapal iaitu rakyat Malaysia.

    Kepada rakyat Malaysia, walau pun kamu sayang kepada BN tetapi berikan lah peluang rehat kepadanya........terima kasih.

    ReplyDelete