Saturday, November 26, 2011

UMNO/BACKBENCHERS DISARAN SERAH TUGAS KPD MP BEBAS!!!

Sekali lagi terbukti kata-kata Tun M benar. Pemimpin UMNO sudah tidak tahu berhujah dan bagaimana untuk mempertahankan diri dari kritikan dan serangan pembangkang.

Tun M juga benar apabila menyatakan, pemimpin UMNO sudah tidak faham atau tidak tahu perjalanan sejarah negara.

Pemimpin UMNO terpukau dengan kehebatan hujah dan dalil bentuk baru yang dibawa oleh pihak pembangkang. Pemimpin UMNO tidak yakin ideologi dan perjuangan yang dibawa selama ini lebih baik dari hujah liberalisasi, transparensi dan kebebasan mutlak yang cuba dimomokkan oleh pembangkang.

Persidangan parlimen pada hari Khamis, 24 Nov telah mengesahkan secara jelas, apa yang diperkatakan oleh Tun M adalah benar.

MP bebas lebih faham dan lebih UMNO dari MP UMNO!

MP bebas lebih teguh berpegang kepada apa yang selama ini diperjuangkan oleh UMNO dari MP UMNO!

MP bebas lebih tahu sejarah UMNO dari MP UMNO!

MP bebas lebih nasionalis dari MP UMNO!

MP Bebas lebih tahu apa yang diungkapkan dari MP UMNO.

MP bebas lebih mahir mempertahankan UMNO dari MP UMNO sendiri!

Sungguh memalukan! 

Padanlah kerajaan BN hari ini naik "lunyai" dibelasah kiri dan kanan.

Patutlah apa saja dasar yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan sering saja dipertikaikan oleh rakyat jelata.

Patutlah pembangkang semakin hari semakin mendapat tempat di hati waima, masyarakat tradisi UMNO di hulu-hulu dan di kampong-kampong.

Patutlah DAP dan pemimpinnya yang begitu rasis sifatnya sudah berjaya menghilangkan jenama rasis mereka di kalangan ramai orang melayu.

Patutlah ramai melayu termasuk pak lebai dan Hj. Totok pun sudah boleh terima DAP.

Patutlah ramai melayu yang sudah lembut hati dengan DAP.

Tahniahlah YB Ibrahim Ali dan YB Zul Nordin. Anda memang hebat!

Saya cadangkan anda berdua submitlah kertas cadangan kepada MKT UMNO untuk menyumber luar (Out source) perjuangan UMNO kepada kepada MP-MP bebas.

Saya yakin kertas cadangan anda akan diterima baik oleh UMNO kerana UMNO sudah tidak punya barisan yang mampu buat kerja untuk mempertahankan ideologi dan prinsip perjuangan UMNO samada di peringkat parti mahu pun di peringkat pentadbiran kerajaan.

Tapi, saya juga nak ingatkan kepada YB berdua. Janganlah tamak sangat minta di out source semua pulak, sampaikan kerja-kerja membodek pemimpin pun turut mahu diambil-alih. Nanti apa pulak kerja yang tinggal kepada MP-MP UMNO lagi.

Buatlah kertas cadangan tu cepat sebagai persediaan awal. 

Jika UMNO masih juga gagal mengenengahkan winnable n capable MPs selepas PRU 13 nanti bolehlah buat Majlis Menandatangani MOU Kontrak Penyumberan Luar (out sourcing) Peranan dan Tugas MP-MP UMNO di Dewan Rakyat oleh MP Bebas Outsourcing Company Sdn Bhd.

Saya rasa EPU dan PEMANDU tiada halangan.

1 comment:

  1. Man, pilhanrayo dah tak lamo laei. Ontah ontah esok luso. Mereka (MP bebas) akan bercakap lebih UMNO daripada UMNO. Dalam PRU 13 kalau diorang ni bertanding atas tiket bebas, mampuih takkan monang do. Memang ngabihan bogheh yo. Gerenti hilang wang pertaruhan. Jadi mereka ini mintak ehsan dari Najib agar dipilih jadi calon UMNO. Takkan kau tak tau. Eden sekolah atap ni pun tau. Simple bona.

    ReplyDelete