Thursday, December 1, 2011

PENYAKIT LEMBU GILA MEREBAK KE PWTC...!!

PAU 2011 sedang rancak. Ketua Pemuda telah bentangkan rekod kerja pemuda yang pada pandangannya sudah buat yang terbaik. Ketua Pemuda juga sudah nyatakan kesanggupannya untuk tidak bertanding jika benar dia menjadi liabiliti kepada UMNO. Ketua Pemuda juga sudah nyatakan ikrar dan sudah bersedia untuk menggempur lawan. Pangkat dan harta bukan matlamat pemuda.

Ketua Wanita juga panas berapi. Kejayaan terbesar Ketua Wanita ialah berjaya menjadikan Pergerakan Wanita sebagai benteng terakhir untuk mempertahankan diri dan keluarga terpilih dari serangan penyakit "lembu gila".

Bukan saja wanita, pemuda juga turut berjaya dijadikan "Seladang Sepanyol" untuk menyondol sesiapa juga yang cuba masuk kandang lembu gila dan menyiasat dari mana punca virus-virus dan apa yang menyebabkan virus tersebut boleh merebak hingga ke kondo-kondo mewah.

Apa yang dikhuatiri hanya satu, iaitu jika virus lembu gila ini berjaya dibendung di kandang dan di kondo, ditakuti virus ini menjalar pula ke dalam UMNO, lebih-lebih lagi apabila "pembawa" virus lembu gila ini telah duduk di pentas utama UMNO di PWTC bermula dari semalam hingga ke hujung minggu ini.

Pembawa virus merangkap Ketua Wanita dan Ketua Pemuda ini tidak sepatutnya bebas keluar maauk dewan dan menggunakan mikrofon kerana mengikut kajian pakar veteriner pofesyenal Dr Noah, virus lembu gila ini akan cepat merebak ke seluruh negara melalui penggunaan mikrofon secara membabi buta mempertahankan lembu gila, kandang dan juga penternaknya.

Jika penyakit lembu gila ini sudah meresap ke batang tubuh UMNO, ditakuti akan wujud gerakan membunuh bukan saja lembu dan penternak, malah amat malang jika mereka memutuskan terpaksa bunuh UMNO sekali.

Jadi UMNO kenalah bertindak cepat. Jangan sampai virus lembu gila ni merebak pulak merosakkan UMNO.

Jangan sayang sangat. Walau pun tak sampai hati, kalau penternak pun sudah jadi pembawa virus, mahu tak mahu kenalah bunuh juga. Paling kurang pun kuarantin la...

1 comment:

  1. Jika ditakdirkan UMNO gagal mempertahankan Putrajaya pada PRU 13 nanti, inilah perhimpunan agung UMNO yang terakhir yang disiarkan secara langsung di televisyen.

    Mungkin itulah sebabnya Shahrizat melalak macam lembu betina. TPM Moohideen Yaseen menampakkan garangnya ketika mersamikan perhimpunan pemuda semalam. Mereka ini mungkin sudah merasai suam suam panas dibadan. Perwakilan lain juga boleh melalak bila membahaskan ucapan presiden nanti.

    Tahun depan takda dah siaran langsung jika PR menang dengan izin Allah.

    ReplyDelete