Wednesday, December 28, 2011

ANTARA KHIR TOYO DAN ANWAR 2

Kenyataan Khir Toyo -Keadilan Akan Muncul Juga Suatu Hari Nanti

1. Ramai yang bertanya mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam minggu lalu ke atas saya. Sungguhpun saya mempunyai pandangan dan pendapat yang mungkin kontroversi, namun peguam saya menasihatkan agar tidak menyatakan apa-apa bagi mengelakkan subjudis. Ini kerana proses perundangan dan mencari keadilan belum berakhir.

2. Saya percaya sekiranya saya tidak mendapat keadilan di dunia ini pun, akan ada keadilan di hadapan yang Maha Berkuasa nanti.

3. Saya tahu ramai yang tidak menyukai saya telah mencanangkan bahawa saya mengambil rasuah. Hakikatnya saya dituduh di bawah Seksyen 165, Penal Code yang mendakwa saya mendapat suatu barangan dengan balasan yang tidak mencukupi daripada seseorang yang mempunyai hubungan rasmi dengan saya.

4. Sungguhpun saya tidak dapat mengulas perbicaraan ini, namun saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan bloggers yang mengulas dan memberi liputan yang adil kepada perbicaraan ini.

@@@@@
Cubalah bayangkan jika semua pihak samada pihak tertuduh atau para peguambela tahu bagaimana untuk menghormati institusi kehakiman negara seperti yang telah ditunjukkan oleh Khir Toyo dan peguambelanya.

Cuba pula bayangkan jika semua pihak yang kena tuduh berserta para peguambelanya bersikap seperti Anwar dan peguambela2nya yang sentiasa mencari jalan menjejaskan reputasi institusi kehakiman dengan pelbagai provokasi mengelirukan yang boleh menjejaskan pandangan dan penghormatan rakyat terhadap institusi terpenting negara ini.

Cuba juga bayangkan jika semua tertuduh dan peguambelanya menggunakan tektik menangguhkan perbicaraan sehingga 70 kali  bagi setiap kes. 

Cuba pula bayangkan jika semua tertuduh mengambil langkah seperti Anwar dengan meminta rakyat dan mahasiswa mentah yang tidak tahu menahu pasal teknik perundangan untuk turut sama campurtangan melalui demonstrasi dan rusuhan di dalam ratusan ribu kes yang disebut mahkamah hari ini.

Jawabnya.... hancur dan tiada yang lebih hancur melainkan hancurlah seluruh sistem keadilan dan keharmonian di negara ini.

Cuma kita masih boleh bersyukur kepada Allah kerana dari ratusan ribu tertuduh yang ada di Malaysia ini, hanya Anwar Ibrahim seorang saja yang bertindak songsang menjadi perosak kepada segala sistem dan institusi penting yang telah membolehkan Malaysia terus aman dan makmur.

No comments:

Post a Comment